Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Wednesday, May 8, 2013

Terimakasih kepada Kaum Tionghua kerana memberi peluang Bumi only untuk memerintah Malaysia.

Inilah era kaum Bumiputera dan India yang di beri peluang oleh Kaum Cina untuk memerintah Malaysia dengan asset-asset dari 133 ahli parlimen.
Tunjukkan kita mampu memerintah negara tanpa sokongan padu dari golongan yang telahpun menfaat dari Dasar Ekonomi Bahru.
Terimakasih kepada golongan Tionghua yang amat perihatin dan memberi ruang kepada kaum Bumi menunjukkan kemampuan,
Live goes on says APA. Kaum Bumiputera harus menggunakan peluang ini untuk mencorakkan wawasan 2020 to the last mile.
Kuasa ditangan anda, so bila lagi?

-----------------------------------------------------------------------------------------
Sejak beberapa hari lalu blog ini saperti juga ramai sahabat sahabat lain merasakan
dipermainkan oleh masyarakat Cina bila wujud "Tsunami Cina" dalam pola
pengundian PRU13 yang baru lalu yang kelihatan begitu bersepadu untuk cuba
menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh orang Melayu.Sebagai
orang Melayu blog ini terasa dikhianati kaum ini bila kerajaan Melayu pimpinan
Najib Razak saperti diperolok olokan dengan diberikan "sokongan palsu" setiap
kali beliau turun dalam program yang melibatkan masyarakat Cina.

Siapa yang tak marah bilamana MADU yang diberikan Najib untuk cuba memenangi hati
kaum ini sehingga kadang kadang menimbulkan kemarahan dan keresahan orang Melayu
akhirnya dibalas dengan RACUN dek termakan dakyah DAP yang menjanjikan bulan dan
bintang yang mustahil untuk di gapai.

Mahu saja aku terus terusan menghentam kaum Cina ini jika realiti kemajmukan rakyat
negara ini tidak mahu aku ambil kira.Tapi mana mungkin,kerana suka atau tidak itulah
"kuih masyarakat" Malaysia hari ini hasil dari "acuan" yang dibentuk pemimpin
terdahulu sewaktu mula mula menuntut kemerdekaan dari British dulu.

Itulah REALITI nya....dan suka atau tidak kita generasi yang ada hari ini dan generasi
akan datang tetap terpaksa menerimanya dan cuba mencari kaedah untuk terus hidup
dengan aman dan harmoni.Masyarakat majmuk Malaysia tiada lain pilihan kecuali cuba
menyesuaikan diri dengan gaya dan budaya hidup masing.

REALITI ini menuntut aku memberikan sokongan kepada Perdana Menteri agar satu
kaedah PENYATUAN MASYARAKAT dicari bagi menghentikan POLARISASI yang
berjaya diwujudkan Parti Cauvinis DAP dalam PRU baru baru ini dengan matlamat
menyemai benih kebencian masyarakat Cina terhadap kepimpinan Melayu.Menyisihkan
masyarakat ini hanya kerana mereka termakan dakyah DAP tidak akan membantu kita
mengwujudkan masyarakat Malaysia yang harmoni yang saling menghormati untuk
diwariskan kepada anak cucu kita dan ini akan hanya merealisasikan agenda jahat
anasir anasir asing yang memang mahu melihat rakyat negara ini berantakan.

Apapun suka aku mengingatkan masyarakat Cina yang dah tersilap membuat perhitungan
beberapa hari lalu agar kembali sedar akan kesilapan mereka mempercayai hasutan dari
Cauvinis DAP,yang kononnya Kerajaan Melayu ini mampu mereka tumbangkan walaupun
realitinya peratusan kaum mereka adalah lebih kecil dari peratusan orang Melayu.Lojik
akal sepatutnya memberitahu mereka yang hasrat mereka itu MUSTAHIL untuk dicapai.

Perlu juga diingat akan SIFAT orang Melayu itu sendiri bilamana keberadaan mereka
sebagai Penghulu Tanah Melayu ini mula dicabar oleh kaum yang satu masa dahulu
hanya merempat mengharap belas ihsan Tok Nenek Orang Melayu untuk diberi tempat
berlindung.Mereka akan bangun menentang dan bersatu dan melupakan apa jua sengketa
yang pernah wujud diantara mereka demi mempertahankan maruah,agama dan bangsa.

Itulah yang dilakukan oleh Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak beberapa hari
lalu demi menentukan Putrajaya kekal berada ditangan Barisan Nasional,walaupun
masih ramai yang tidak berapa Melayu dalam parti Pas dan PKR yang turut dikaldaikan
DAP sapertimana kaum Cina dikaldaikan untuk politik perkauman yang sempit.

Hari ini Melayu boleh berdiri megah bilamana "The Mother Of All Assault" yang
cuba dilakukan oleh DAP dengan menggunakan kaum Cina secara TOTAL masih
gagal menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan orang Melayu.

Jadi kepada kaum Cina di Malaysia...masihkah anda mahu mencuba sesuatu yang sia
sia atau anda semua kini sudah mempelajari sesuatu yang mungkin anda tidak jangka
tentang orang Melayu selama ini ?

Aku akan biarkan anda berfikir sehingga tiba pula PRU14...

Kepada sahabat sahabat seperjuangan,suka aku menyeru sahabat sahabat semua agar
kita sama sama membantu Perdana Menteri kita yang baru sahaja diberikan MANDAT
peribadi oleh rakyat Malaysia,membentuk halatuju negara ini mengikut cara beliau
sendiri.Cukup sudah rasanya kita menzahirkan kemarahan kita terhadap bangsa Cina ini dan
kini marilah kita sama sama bersama Najib Razak dengan wawasan kepimpinan beliau.

LETS MOVE FOWARD

No comments:

Post a Comment

Blog Archive