Semalam, saya bersantai minum di kedai mamak di Wangsa Maju.
Kebetulan saya sempat bersembang dengan seorang kawan dan bercerita panjang kerana sudah lama tidak jumpa.
Kamipun bersembang perihal seorang Wak ada kebun Durian. Setiap musim durian maka kami dan anak2 akan ke kebun beliau untuk bersantap sakan durian yang boleh dikatakan dari klon yang terbaik.
Wak ni kebetulan memang tinggal disatu kampung yang sama dengan kawanku di Muar.
Akupun bercerita yang Wak ini tiba2 sahaja telah memotong kesemua pokok durian dan ditanam semula dengan Kelapa Sawit atas konon sebabnya tidak ada harga lagi.
Tiba2 kawan saya bertanya samada saya tahu sebab sebenarnya beliau tebang semua pokok durian itu.
Maka cercerita lah kawan saya itu.
Bapanya, yang kebetulan kenal rapat dengan Wak ini pernah berkata dengan anaknya, iaitu kawan saya, bahawa Wak ini pernah bercerita mengapa dia tebang semua pokok. Walhal durian ini lah yang sentiasa menjadi sebab sanak saudaranya pulang ke kampung.
"Bila kita muda dulu, kita tanam durian. Bila musim durian, bapa dan emak monyet curi durian, kita tembak tanpa belas kasihan.
Dah tua ini bila kita tembak, kita tak tahan sebak tengok anak2 monyet itu menangis bila hilang ibu dan bapa mereka.
Kerana tidak tahan sedih maka, saya pun tebanglah semua pokok dan gantikan dengan kelapa sawit." katanya.
Jadi itulah sebabnya. Kerana saya pernah tertanya2 kepada dia kenapa dia tebang kesemua dan tidak tinggalkan satu pokokpun.
Nampaknya, bila kita tua nanti, kita kan lebih sensitif kepada alam sekitar.
No comments:
Post a Comment