Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Saturday, March 10, 2012

Hung Parliment: Siapa yang akan menjadi PM? Pilhan Antara Tengku Razaleigh dan Anwar...



Semalam saya berkesempatan untuk bermakam malam di Langgak Golf bersama veteran UMNO.

Ini adalah salah acara yang ke sembilan yang dinamakan JJCM atau Jalan-Jalan Cari Makan oleh satu alumni
Seperti norma sesuatu majlis yang dianjurkan oleh ahli politik,acara soal jawab akan diadakan.

Menjawab soalan berkenaan situasi politik, pendapat ikhlas dari wakil rakyat dari Gua Musang ini bahawa tidak mustahil akan berlaku sistuasi hung Parliment yang boleh membahayakan keselamatan negara akibat ketidak stabilan politik kerana masing-masing akan meloni secara aggresif dan juga tidak mustahil DAP akan memajukan 'Malaysian Malaysia' dan akan disokong oleh PAS dan PKR kerana terdesakkan kuasa.(SBA-sudah cerita perihal hung parliment, lama dah)

Tidak mustahil Mandarin akan jadi bahasa rasmi kedua dan Agama Islam akan disamaratakan dengan agama lain. Ini hanya sekadar pandangannya kemungkinan yang boleh berlaku kerana nothing is impossible in Politics.

Kerana banyak sangat point yang telah diuntarakan, pada hemat saya Tengku Razaleigh, adalah seorang negarawan dan banyak yang disebut2kan oleh kedua pihak nampaknya lebih putar dari belit. Ini termasuk blogger pembangkang dan juag penyokong kerajaan.

Umpamanya, berkenaan GFV, pendapatnya adalah sudah sampai masa tanah FELDA yang terbiar di 'monetize'kan dan telah pernah diilhamkan oleh Tans Sri Ghazali Shafie (atau JAWI - tak pasti pulak) tetapi yang akan menjadi pasti adalah sebagaimana yang berlaku. Orang2 melayu akan menjual saham mereka dalam masa yang singkat bila keuntungan mencapai 10 kali ganda. Pendapatnya amat bercanggah dengan apa yang dilaporkan oleh media STAR dan pembankang.

Tabiat Melayu ini telah banyak dimonopoli oleh orang2 bangsa bukan Bumiputera.

Pada pendapat saya, memang ada kebenaran tentang ini. Usaha kerajaan yang baik yang akan dirosakkan oleh orang Melayu sendiri dan diambil kesempatan oleh bukan Bumiputera.

TR berkata sudah sampai masanya, orang2 Melayu kena berfikir agenda Melayu yang sebenar dan bertanya samada selama ini BN dengan tidak sengaja hanya menjalankan agenda yang akan hanya mengguntungkan yang bukan Bumiputera.

Pendapat saya, fikir2kan lah 30% agihan DEB hanya bermakna agihan sekurang2nya 70% untuk orang Tionghua keturunan Han.

Sekiranya, berlaku 'Hung Parliment hanya satu antara dua sahaja yang boleh berlaku:

Pertama, 'Hang all the lawyers'   kedua, Hanya TR sahaja yang layak menjadi PM Malaysia.
 
SBA- banyak point yang diutarakan oleh TR dan akan saya utarakan dalam posting yang lain

No comments:

Post a Comment

Blog Archive