Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Tuesday, November 1, 2011

Zaman Bloggers berubah arah?

Hari ini saudara blogger kita, APA, dengan posting terbaharunya telah dituduh sebagai blogger mirip pembangkang (Sila lihat ke salah satu komen yang ditulis oleh seorang Anon).
Anonymoussaid...:
ko dh bukan neutral lg dh..ko dh sama mcm bangsat pembangkang..blah la lu!

Saya anggap ini adalah satu musim dalam musim PRU dimana ketegangan antara bloggers dan peminat blog dalam menentukan sesiapa antara bloggers yang akan flip-flop kepada satu sudut lain yang berlainan arah asal.

Ada bloggers akan nampak paksinya lebih daripada haluan yang ditampilkan sebelum ini. Lebih kiri dari kiri. lebih kanan dari kanan.

Ada bloggers akan menuju arah kemana pulus ditiup atau akan lebih magnetik, dimana besi berani di situlah dia akan berpaksi. Ada bloggers akan sentiasa berpaksi kepada apa yang dalam dirinya lebih2 lagi kalau blogger itu blogger yang Pro-BN tapi berhaluan kiri. Iaitu blogger yang akan menjadi lebih kritikus kepada parti atas segala tindakan yang akan menjejas peluang BN untuk menang kali ini.

Sebelum itu lihat lah YOUTUBE ini dan saksikanlah pertukaran arah pemain2 pada minit ke 50.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive