PRU13 kian menjelma. Pasang badan kini menjadi satu isu yang di perhangatkan, lebih-lebih lagi PM telah mengagihkan sebilangan kerusi pada NGO yang kononnya winnable (not loseable but probable).
Tidak semua jentera bahagian akan menerima sebulat hati. Sekiranya, calun-calun lompatan (dan ada yang gunting dalam lipatan ini) mungkin akan dipilih bagi sesetengah kawasan Parlimen yang dimana peluang untuk BN menang amat meruncingkan lebih-lebih lagi kalau kawasan nisbah kaum Cina agak signifikan maka memorandum sokongan dari puak-puak ini amat diperlukan. Kononnya, amalan memorandum ini dapat mencondongkan keputusan Najib kepada ketua-ketua NGO-NGO dimana Ampang dikatakan adalah kawasan yang mempunyai ibupejabat NGO yang terbanyak di Malaysia. (Pada mereka yang kurang arif tentang geografi, perlu diingat UKay Perdana tidak terletak di kawasan DUN Bukit Antarabangsa termasuk Taman Bukit Mulia mulai jalan di depan Suraunya mengarah ke Sungai Sering.)
Apa yang perlu tahu di kawasan getir ini penurunan sokongan sebanyak 5 % dari ahli UMNO boleh membuat sokongan kepada BN sendiri menurun dan boleh memudaratkan kepada peluang UMNO untuk menang seperti mana berlaku pada tahun 2008. Ini bukan sabotaj, ini normal dan macamana ahli UMNO menyuarakan pendapat mereka tentang kriteria-kriterua calun yang diputuskan di Pusat. yang kebanyakkan diputuskan oleh SB-SB dan budak tingkat 4 yang sesetengah tidak membuat kerja, membuat kerja sambil lewa dan mempunyai 'conflict of interest'.
Jadi, pada mereka yang mencuba nasib untuk mendapat perhatian dari PM, boleh gunakan peribahasa ini: Menang jadi arang Kalah jadi abu.
Melainkan tujuan kacau daun ini adalah semata2 untuk menangkan musuh. Satu taktik yang bagus. Kiri kanan boleh sapu duit.
Walau bagaimanapun pada mereka yang tidak ada rezeki, dan ingin merajuk tetapi masih sayangkan UMNO , jangan khuatir di Ontario pun ada UMNO, seperti dinyatakan dibawah ini.
Sumber: Disini UMNO Ontario
No comments:
Post a Comment