Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Saturday, November 19, 2011

Kisah sebenar kaitan Parlimen Mengelembu, Sharizat,KJ,Pak Lah dan Fidlot, the UNTOLD Story.









Tadi aku lepak dengan seorang sahabat dan topik samada Shahrizat mesti letak jawatan berkenaan isu perlaksanaan project Fidlot yang digembargemburkan oleh pembangkang dan juga blogger termasuk yang pro-kerajaan. Maka cerita ini aku berdasarkan perlibatan aku dalam projek Fidlot.
Projek ini diterbit semasa zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Aku kebetulan pada malam itu duduk dalam kereta di passenger seat depan dan Pak Lah, Shahrizat dan suaminya ada didalam kereta.
Aku tak pasti pula berapa orang lain yang duduk dalam kereta itu walaupun sempit tetapi tidak mustahil ada yang mat-mat yang tertentu dan berilmu tinggi dapat menyelit didalam kereta besar Sudah tentu bukan blogger GAP. Tidak tahu pula kalau ada mat-mat ini duduk atas bumbung mendengar perbualan Pak Lah dan Shahrizat yang lebih kurang macam ini:

Sharizat: Pak Lah nak minta tolong sikit.
PakLah (dalam keadaan mengantuk): Apa yang boleh saya tolong?
Shahrizat: Nak buat kerja politik ini mesti ada perniagaan Cash Cow
PakLah: (Bisik dalam hati-Amende Cah Cow ini? Lembu Tunai sambil mengangguk buat2 faham saja)
PakLah: Oh CASHCOW!. No problem.. (Sambil tersenyum)
Pak Lah terus menekan butang butang dan dial taliponnya yang canggih

---------

KJ: Salam, bapa mertuaku yang paling aku sayangi
PL: Ai, berapa banyak bapa mertua kamu ada ini? Sampai ada paling2 pulak.
KJ: Satu aje Pak. Jangan ikut sangat apakata alam maya tu Pak.
PL: Maya? Macam biasa dengar aje nama tu,
KJ: Alah Pak. Sumpah. Bapak seorang saje Father in Law saya. Ada apa yang bapak call saya ni?
PL: Bapak dengan Auntie Shahrizat ni. Dia nak cashcow. Aku faham kamu pun ada projek Lembu. Bagi saja lah projek lembu tu.
KJ. OK, Pak. Asalkan buek kek Rembau. Dan den tak kono bertanding kek Mengelembu.
PL: Sayang menantu aku.
KJ: Sayang bapa mertuaku.

1 comment:

Blog Archive