Sempena bulan baik Ramadhan mari lah kita mengenangi nasih anak2 hidayah yang kini di tempatkan sementara di Yadim, Batu 16 Hulu Langat. Mereka di tempatkan disini buat sementara waktu sampai mereka dapat sumber kewangan untuk membina kemudahan yang baru. Bangunan lama mereka di sitakan oleh kerajaan negeri yang lebih memihak kepada agama Kristian.
Bangunan tempat mereka di teduhkan adalah milik kerajaan pusut YADIM. Mujurlah ada kemudahan ini dan pihak YADIM telah mengubahsuaikan bangunan YADIM ini agar dapat anak2 yang seramai 21 orang tidur. Anak2 hidayah bukan sahaja dari anak2 yatim, termasuk anak2 yang ditinggalkan oleh ibu dan bapa kerana tiada berkemampuan dari segi tempat dan kewangan untuk menampung mereka. Walaupun ada yang dapat menghubungi keluarga di kampung, tetapi waris2 mereka juga tidak berkemampuan. Ada anak2 ini tidak diuruskan seperti perlajaran mereka sebelum mereka ditempatkan di sini. YADIM adalah sebenarnya institusi kerajaan jadi sebenarnya tiada tempat khas untuk penginapan anak2 yatim.
Di sinilah, terimanya mereka segala bentuk pertolongan seperti tuition dan kelas ugama. Video diatas adalah program berbuka puasa yang dijalankan oleh beberapa rakan-rakan kami sempena bulan puasa untuk meraikan anak2 ini.
Semoga Allah merestui pertolongan kumpulan ini dan kami doakan agar anak2 ini akan dijaga oleh Allah selama2nya.
Amin.
P/S kebetulan TV3 juga meliputi cerita mereka bersama DS Rosmah Mansor, isteri DS Najib, PM Kita pada pukul 5 sekarang ini.
No comments:
Post a Comment