Pada jumaat pagi, 29 Okt 2010, mpaj telah mengadakan program tersebut.
Ini adalah sebahagian daripada siri2 yg selalu diadakan Dan wujud sebelum tsunami politik 2008. Walaupun kaedah nya berbeza sedikit, program ini bukan kaedah yang baru.
Dahulu program ini lebih bermirip apolitikal di jalankan olΓ©h Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Tapi kini banyak program2 MPAJ di 'hijack' olΓ©h Parti Keadilan Rakyat (PKR); amat keterlaluan sehingga tidak disenangi olΓ©h pemimpin PAS tempatan.
Menurut pemimpin PAS itu dengan sinisnya, menyatakan, program yang di adakan pagi itu adalah kononya membaiki kepincangan di atas Bukit.
Apa yang pengusaha yang kontroversi ini mungkin lupa, masaalah yg sebenarnya adalah ketiadaan tindakan dari MPAJ masaalah2 dan
isu yang kian lama, dan rintihan yang berulang2 .
Aduan-duan adalah aduan-aduan yang sudah diterima dan seakan-akan telah di masukkan kedalam 'shredder' atau mesin pensiat kertas, kerana perlu di ulang dengan airmata marah tapi tidak akan diselesaikan oleh mereka melainkan hanya sekadar modal pilihanraya pembangkang.
Tengok sahaja rintihan seorang yang bernama En Hassan, pemunya bungalow yang sebahagian kawasan banglonya di pecahkan kerana jentera penyelamat telah merobohkan kerana hendak akses ke kawasan Tanah Runtuh atau Ground Zero. Pemikiran maju akan mengklasifikan incident ini adalah sebahagian dari akibat bencana dan sebahagian sebagai keperluan bagi pihak berkuasa dimana apa kerosakkan perlu di pampaskan. Ada kah disebab Encik Hassan ini bukan pengundi Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang dulu?
.
Kita mesti berterimakasih kepda Encik Hassan kerana sanggup menepikan kepentingan diri dan keluarganya semata-mata untuk berkhidmat demi kepentingan kepada masyarakat.
Umno, melalui pungutan Tabung Bencana, telah membantu mengurangkan bebanan beliau tetapi jumlahnya tidaklah mencukupi.
Kita seru pada pihak kerajaan negeri agar janganlah bezakan bakti beliau dengan tuanpunya banglo yang mana pagarnya juga telah dirobohkan untuk membina jambatan sementara bagi jalan alternatif keluar masuk bagi penduduk-penduduk 9 taman dari kawasan Bukit Jaya dan Bukit Utama. Ada yang mengatakan pampasan mencecah ratusan ribu, dan ada pula mencecah Rm1.2 juta. Apapun jumlahnya, pampasan harus lah setimpal.
Kita mohon kerajaan negeri Selangor agar bersifat perihatin dan beliau di beri pampasan setimpal.
Jangan sekali menggunakan alasan MPAJ atau Zuraidah kehabisan dana sedangkan DS Anwar, sebagai penasihat ekonomi negeri, sedang sibuk mengatur caramana mengumpul dana PRU13 dari perbendaharaan negeri Selangor dengan melantik usahawan2 akumen untuk projek2 di SEDC dimana tiap2 mereka diusaha duit bancuhan kopi untuk dana PKR. Lebih-lebih lagi janganlah menuding jari kepada UMNO.
Sesungguh kualiti atau mutu kempimpinan juga diletakkan kepada kriteria bagaimana suatu kerajaan bertindak dalam keadaan dharurat.
Kepada Encik Hassan, kita berharap beliau banyak bersabar kerana Allah sentiasa bersama pada mereka yang bersabar.
2. Slogan Hari bertemu pelanggan ini mungkin telah banyak di hijack dan mungkin kini telah basi atau tidak sesuai kerana nampaknya tiada tindakan susulan atau kaitannya pada KPI.
Lebih baik di namakan saja, "Hari Bertindak MPAJ", atau "Hari Bertemu Pembayar Cukai" atau "Hari Pembayar Gaji MPAJ" .
No comments:
Post a Comment