Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Monday, October 4, 2010

Tidak batal wuduk seseorang yang menyentuh isterinya

Tidak batal wuduk seseorang yang menyentuh isterinya.

Ini berdasarkan sabda Nabi:


Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

____________________
Ingin saya tambah sedikit berkenaan isu pembatalan air sembahyang bila lelaki dan perempuan TERsentuh. Pengalaman ini berlaku semasa saya sedang menuju ke Mekah dari Madihah untuk pertama kalinya.
Rombongan kami di beritahu bahawa tidak perlu tukar mahzab bila nak mengerjakan UMRAH. Ini disebabkan mengikut satu mahzab Sunnal Wal Jammaah (Mahzab Maliki tak silap saya) bahawa sentuhan yang tidak sengaja antara perempuan dan lelaki tanpa syahwat tidak batal.
Persentuhan tanpa sengaja akan banyak berlaku semasa kita mengerjakan tawaf jadi untuk tidak membatalkan bila tersentuh maka amalan dulu menyebut kita kena masuk ke Mahzab lain yang tidak membatalkan wuduk bila sentuhan tidak sengaja.
Apa yang diberitahu oleh 2 orang ustaz Melayu yang semasa itu sedang belajar di Madinah dan telah dilantik menjadi 'guide' untuk kami telah mengemukakan hadis diatas menguatkan hujahan mereka.
Adalah tanggungjawab saya untuk melanjutkan ulasan dan huraian dua orang Ustad ini untuk semua yang lewati blog saya. Sekian.
Hanya Allah sahaja yang serba tahu.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive