Kenapa kita mesti sokong Reezal Merican?
1. Pada mulanya, sayapun sama jugak dengan beberapa rakan blogger megutuk Sdra Reezal yang di anngap kurang membuat kerja rumah perihal wang dari Turf Club Pulau Pinang
2. Tapi bila saya mengimbas dan baca balik surat akuan terima dari PA Ketua Menteri, maka saya rasa ada yang kurang kena
dengan sesetengah hujah yang diutarakan oleh rakan2 blogger termasuk aku-peduli-apa.blogspot.com. Mungkin En Peduli Apa
ini terlebih taksub untuk 'cut and paste' hujahan dari Ahli Parlimen Rasah mengenai pertanyaan beliau di Parlimen tempoh
hari.
3. Ada sedikit perbezaan dalam intipati apa yang dibentangkan dalam Parlimen dan isu yang di bentangkan oleh Reezal.
4. Perbezaan dia adalah dari segi model perbendaharaan. Yang di bentang oleh PM ketika menjawab soalan isu kod tarif hasil
dari perjudian adalah nisbah.
5. Nisbah perbendaharaan adalah nyata lebih lebih besar dari apa yang di raihkan dari hasil untuk program bantuan kepada
Warga Emas dan Miskin. Maka hukumnya adalah berbeza.
6. Sekiranya, nisbah nya amat kecil maka sifat campur aduk telah berlaku walhal di dalam isu kedua, nisbah nya adalah
lebih besar dan kutipan itu bukan untuk tujuan perbendaharaan negeri sebagaimana kutipan cukai, tapi adalah bertujuan
untuk golongan2 tertentu, iaitu Warga Tua dan Miskin.
7.Dan Kerajaan Negeri telah ketahuan bahawa yang termasuk dalam golongan ini sebahagian besar adalah yang berugama Islam.
8. Kutipan ini adalah bercorak 'one-off' (program) dan bukan pembayaran cukai, maka layanan terhadap kewangan ini adalah
berbeza mengikut sensitif kaum dan ugama. Seperti yand di bidas oleh ADUN Pulau Pinang dari PAS. Bukan hanya Islam , ugama
lain termasuk Christian dan Buddha juga memandang hina terhadap judi.
9. Soalan yang boleh di tanya kepada kerajaan negeri. Adakah isu ini antara tindakan strategi DAP kerana kita tahu selang
beberapa hari kita terdengar isu hartanah yang paling luas di pulau mutiara itu hendak di bangunkan adalah tanah yang
dimiliki oleh Turf Club itu.
10. Adakah duit RM500K merupakan satu 'sogokan' kepada DAP untuk meluluskan projek tersebut?
Kisah-kisah dan teropongan seorang siamang profesional di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Bukit Antarabangsa adalah kawasan berbukit ramai golongan artis dan professional tinggal. Blog ini kini mesra waktu pejabat. Sifat siamang adalah untuk melolong apa berita yang baik dan buruk di terima. Klik control play untuk mendengar lolongannya.
Bebel Without a Clause
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(126)
-
▼
October
(11)
- Unclear of the concept: Hari bertemu pelanggan
- Alhamdullilah, Saudara Blair Masuk Islam
- Jom Makan-makan Cari Jalan.Apa ada dengan CRAVEN?
- Siapakah yang mengkhianti JMM? Pengunjung Restoren...
- Madagascar People Are Our Lost Malay Brother, Mada...
- Mingguan Malaysia: Apa itu ‘kuasa Melayu’? — Dr Ha...
- Lagi ahli parlimen mati.
- Kenapa kita mesti sokong Reezal Merican? PAS bidas...
- To nuke or not to nuke (Part 3 and final)
- Kempen 'Tumbuk' Azmin Ali sampai tersungkur
- Tidak batal wuduk seseorang yang menyentuh isterinya
-
▼
October
(11)
Nasi sepinggan yang asalnya HALAL bila kau titikan setitik air kencing maka jadilah dia NAJIS.
ReplyDeleteJadi tk usahlah nak hujah bab nisbah utk menghalalkan yang haram.
Tiada penghalalan dalam isu ini. Hanya harus. Hujah saudara mungkin tak tepat kalau dalam darurat. Hujah ini di lihat dalam sudut perbendaharaan apabila duit dari sumber haram didapati bercampur dengan duit halal yang lain. Apakah hukum duit ni ditolak?
ReplyDeleteBanyak misalan air kencing tertelan semasa dharurat tapi tak nak saya nyatakan di sini.Ini bukan sudut porn!