Menteri sedia kaji tukar nama Harimau Malaya
PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan bersedia mendengar pandangan orang ramai mengenai cadangan untuk menukar gelaran Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak kebangsaan kepada Harimau Malaysia, yang dikatakan lebih mencerminkan konsep 1Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pertukaran nama gelaran Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia, bagaimanapun bermakna rakyat perlu melupakan analogi di antara pasukan negara dengan spesies Harimau Malaya, yang terkenal dengan sifat keberaniannya.
''Sekiranya ada orang yang mahu tukar nama kepada Harimau Malaysia, maka kita perlu lupa perkaitan pasukan kita dengan sebarang spesies binatang, kerana tidak terdapat spesies Harimau Malaysia di dunia.
''Saya bersifat terbuka dan jika pertukaran gelaran ini dapat membakar semangat 1Malaysia dan menyatukan rakyat, kita boleh lakukannya," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil pengakap Malaysia yang akan menyertai Persidangan Pengakap Sedunia di Brazil pada 9 hingga 14 Januari ini.
Sebuah akhbar tempatan melaporkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah meminta gelaran Harimau Malaya diubah kepada Harimau Malaysia, bagi mencerminkan semangat 1Malaysia serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, Indonesia menggunakan gelaran Garuda untuk pasukan bola sepak mereka, walaupun gelaran itu tidak melambangkan spesies binatang dalam dunia nyata.
''Garuda bukan sejenis binatang tetapi ia merupakan burung mitos dalam penulisan Sanskrit yang tidak pernah wujud," katanya.
Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu beremosi apabila menyentuh mengenai penggunaan gelaran Harimau Malaya.
''Penggunaan gelaran Harimau Malaya seperti juga dengan penggunaan gelaran Seladang, ia tidak melambangkan kawasan geografi, tetapi melambangkan sifat positif haiwan itu.
''Penggunaan gelaran Harimau Bengal dan Harimau Sumatera masing-masing di India dan Indonesia juga tidak terhad kepada wilayah tertentu," katanya.
Kisah-kisah dan teropongan seorang siamang profesional di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Bukit Antarabangsa adalah kawasan berbukit ramai golongan artis dan professional tinggal. Blog ini kini mesra waktu pejabat. Sifat siamang adalah untuk melolong apa berita yang baik dan buruk di terima. Klik control play untuk mendengar lolongannya.
Bebel Without a Clause
Showing posts with label Shaber Cheeky. Show all posts
Showing posts with label Shaber Cheeky. Show all posts
Tuesday, January 4, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)