Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause
Showing posts with label APA Zelmey kutuk Ahmad Maslan Rai Anak Yatim. Show all posts
Showing posts with label APA Zelmey kutuk Ahmad Maslan Rai Anak Yatim. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Kes meraikan Anak Yatim Ahmad Maslan: Hina ke kalau anak2 yatim itu duduk bersila. Patut dipuji dan ditegur secara beradab kalau ada silap

Hari baik bulan baik ini eluknya kita membuat kebajikan lebih2 lagi memberi makan kepada anak2 yatim yang berpuasa.Walaubagaimanapun, kadang2 perkerjaan dan niat baik cara tidak sengaja di sengajakan memberi pengertian yang salah.
Umpamanya. lawatan Ahmad Maslan ke rumah anak2 yatim di Hulu Kelang (tak jemput aku pulak, padan muka dah kena belasah dek kaum) untuk meraikan anak2 dari Rumah Amal Belaian Kasih Hulu Klang, Rumah Anak Miskin Syifa dan Rumah Anak Yatim Al-Nasuha.

Anda boleh baca isu di blog bro Zelmey, http://zelmey.blogspot.com/2012/07/antara-dua-darjat-orang-kaya-vs-anak.html yang terbit dari blogger tersohor yang telah sengaja turun tahta nombor satu pro-BN, macam Muhammad Ali lah kot, lepas ini boleh rampas balik bila kembali ke BN. Ha hahaha.
Layan post nya yang mengutuk Ahmad Maslan http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/07/wassatiyah-umno-antara-dua.html/ Anda juga boleh layan doubleY yang menyangkal tuduhan mereka2 ini. http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/07/tuduhan-kononnya-datuk-ahmadmaslan.html

Ini adalah sedikit gambar2 yang menjadi kontroversial pada mereka.

Saya sedikit terkilan dengan komen2 mereka yang dibuat dalam bulan ramadan.

Macam2 persoalan dari saya kerana tidak sanggup seseorang itu dalam hendak melakukan kebaikan di luta sampai begini.

Pertama. adakah bersila itu hina?

Betul ke mereka in makan harta anak yatim?

Berat tuduhan itu bro, lebih2 lagi kalau tak betul. Niat orang kita tak tahu.
Adakah benar beliau melakukan acara itu sengaja hendak makan anak yatim dan hendak menghina mereka.

Pada lazimnya, budak2 kecil kalau di kampong halaman saya, akan kena duduk bersila dan orang2 tua duduk selesa sedikit.
Ini berlaku bilamana keadaan tidak ada kerusi mencukupi.

Dan selalunya juga sebagaimana yang telah saya alami, yang menguruskan tempat makan adalah PENYELIA rumah bakti itu sendiri. Mereka yang akan menyusun meja, kerusi dan aturcara. Saya rasa ini sudah menjadi 'standard' bagi rumah bakti ini.

Blog Archive