Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Monday, August 19, 2013

Pemilihan UMNO: UBAH atau SEMAI,Kegilaan Einstein, Persidangan dan Politik Wang Part 1. #NajibRazak

Dalam kesibukan persidangan dan pertandigan di peringkat cawangan, nampaknya tabiat lama masih ada yang susah hendak di buang.
Mungkin disebabkan desakan hajat yang hangat membara dalam memanjat jawatan dan karrier dalam politik atau sistem yang reka menerusi perlembagaan tidak menguruskan kaedah penggunaan wang dalam politik.

Ada garisan kelabu atau 'grey line' antara apa yang mesti bayar dan apa yang tidak perlu keluar duit.
Wang kopi, duit minyak, upah penat datang mendengar lobi calun-calun, perlukah seseorang calun itu mengeluarkan dana untuk mendapat simpati dari ahli-ahli baik di peringkat cawangan, bahagian dan pusat. "Kalau tak bagi kalah, kalau beri salah". Begitulah ungkapan Presiden UMNO semasa beliau merasmikan persidangan Bahagian Ampang dua tahun lalu.

Diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Maka ramai lah yang 'aspiring candidates'  dari kalangan bukan berada, namun dari segi pendidikan amat layak untuk bertanding, untuk 'UBAH' baik di peringkat cawangan mahupun diperingkat bahagian.

Apa yang kurang,bukan salah, sistem dan kaedah baru yang diperkenalkan oleh Presdient? Sekiranya, kaedah yang ada sekarang tidak segera diperbaiki, poltik wang akan masih berterusan kerana masih ramai yang saya kira fikir layak untuk menambahkan 'bilangan dalam kolam yang berpendidikan tinggi atau yang berkaliber' tidak berkemampuan untuk bertanding sekiranya mentaliti ahli yang dibawah masih berebut untuk menjadi wakil bahagian kerana ada peluang mendapat duit dari calun-calun yang desperado sangat untuk menang. Ada pula yang sanggup mengeluar wang begitu banyak untuk memberi ketua kononnya untuk berkempen.

Ketua Bahagian Ceras pernah berkata dalam tabloid Utusan Malaysia bahawa sistem yang diadakan sekarang baik namun tidak memberi 'Level playing field' bagi calun2 yang layak tetepi tidak dikenali, dan sistem sekarang ini akan memberi advantage kepada mereka2 yang dalam golongan bangsawan politik yang berwang (bukan beruang)  dan yang ada nama (ini berlaku disemua parti). Walhal bagi mereka yang layak tiada ruang yang mencukupi untuk mereka berkempen kerana ramai yang tidak mempunyai dana mahupun 'inner circle' untuk memasarkan diri.

Apa gunanya, sistem yang baik namun kolam pilihan hanya diduduki oleh orang yang sama sahaja?
Maknanya, masih orang yang sama juga yang akan dilantik. Jadi apa gunanya, sistem sekarang yang hanya bagi saya seperti melepas batuk di tangga.

Saya sarankan bahawa sesiapa yang bertanding mesti diberi ruang dalam portal UMNO untuk berkempen, dimana semua calun harus menyerahkan atau upload profil, tidak kira dia PM ke atau ahli biasa , supaya kesemua ahli UMNO dapat menilaikan calun dengan sempurna dan membuat keputusan yang baik semasa pemilihan nanti.

'Informed decision' adalah satu kaedah yang mesti diguna pakai dalam sistem pemilihan UMNO. Kita perlu ingat hanya 65% Melayu/Bumiputera mengundi BN. Kita perlukan 75% untuk memerintah dengan majority besar pada PRU14.
Apa yang 'clear cut' adalah apa2 tindakan kita mestilah memuaskan sekurang2nya 75% Melayu-Islam dan Bumiputera barulah akan dapat kita 75% sokongan itu.

Albert Einstein pernah berkata "Insanity is doing the same thing all over again but expect different results". Kegilaan adalah membuat perkara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza.

Ampang dan Selangor sudah kalah. Buat lah perubahan yang menyeloroh Bukan sejemput-jemput sahaja.
.
Bukan "UBAH" tetapi  dimulakan dengan "SEMAI" sebenarnya di perlukan. Kerana sawah yang di ubah tanpa disemai tidak akan mengeluarkan hasil. Berilah peluang kepada muka-muka baru dari peringkat akar umbi bergabung dengan mereka yang berpengalaman .
This time around is all about "Collective Leadership".

Ini dalam Part 2.


Baca juga: http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2013/08/pertandingan-jawatan-dalam-umno-bukan.html

Dari: Black Monkey from Kuantan

No comments:

Post a Comment

Blog Archive