Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Tuesday, January 1, 2013

Pampasan perlu di berikan kepada semua mangsa tanah runtuh @NajibRazak

Bila saja tanah runtuh, semua orang dan media akan tumpu kepada Bukit Antarabangsa walaupun masih ada tempat lain yang lagi teruk dilanda tanah runtuh.

Bila pihak kerajaan menyatakan akan ada pampasan ramai blogger yang terus memberi andaian mereka ini akan diberikan pampasan yang lumayan kononnya disebabkan mereka ini menteri dan Wakil Rakyat.

Kita perlu lebib bersifat adil saksama manusia termasuk jangan cepat menunding cari kononnya akan berlaku kronisma dan sebagainya. Kita jangan lah jadi macam si Hadi Awang yang dari wahyu mana terus menyatakan seseorang itu kafir tetapi lupa mengatakan orang dia yang lebih.

Semua orang yang dilanda kemalangan seperti ini perlu di layan secara adil.  Semua mangsa mesti diberi pampasan yang setimpal dengan kesusahan yang ditimpa mereka. Semua pampasan perlu lah dinilaikan dan diagihkan secara adil/

Semasa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, pemilik banglo yang diarahkan roboh sebahagian rumahnya sampai sekarang tidak diterima apa2 pampasan. Walau telah keluar airmata darah sekalipun, MPAJ dan ahli2 majlis tidak akan memberi ia apa-apa pampasan.

UMNO-BN walaupu tidak berkuasa di Bukit Antarabangsa, masih mampu untuk memberi sumbangan secara peribadi. Projek pembaikian yang bernilai RM70 juta telahpun siap namun penduduk2 masih ternanti akan kehadiran wakil kerajaan yang meluluskan projek itu.

Sampai sekarang PM atau TPM tidak datang menjenguk dan pantau projek besar sekian rupa. Nasihat SiamangBukit kepada PM kena lah jengok. Tak kan duit RM70juta sahaja boleh menambat penduduk Bukit Antaranbangsa. Tidak sama nilai kalau PM datang dengan keperihatinan kerana masih lagi ramai yang trauma selain keluarga 16 buah bungalo yang ranap pada 6hb December 2008.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive