Syabas kepada persatuan peniaga yang sanggup memberi pelajaran yang berguna kepada AMBIGA ketua BERSIH 3.0 bila mereka memberi pendokong LGBT ini 'a taste of her own medicine'.
Bak kata orang putih, Don't get mad, get even.
20 orang peniaga ini mengadakan perhimpunan aman ditempat yang mereka pilih sendiri, iaitu didepan rumahnya sendiri.
Saya minta semua penentang BERSIH pergi ke warung burger ini untuk membersihkan semua burger ini dan kalau boleh kita majukan perniagaan mereka ini dan harapkan peniaga akan terus berniaga didepan rumahnya. Kemungkinan, Ambiga akan menyuruh jirannya untuk memaksa PDRM menutup warung sementara ini. Dan kita minta agar DBKL jangan akur dengan permintaan AMBIGA.
Dan jangan berhenti disitu sahaja. Lepas ini buat didepan A Samad Said pulak dan seterusnya didepan mereka yang medokong BERSIH di Dataran Merdeka tempuhari.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Barulah padan muka si Ambiga dan barulah dia tahu. Bila dah terkena batang hidung sendiri terdedahlah pula perangai sebenarnya ketika sekumpulan 20 peniaga mewakili Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berhimpun di hadapan kediamannya di Jalan Setia Kasih 1, Bukit Damansara.
Mereka ni mendesak agar pengerusi Bersih 3.0 si Ambiga meminta maaf secara terbuka kerana menganjurkan perhimpunan tersebut dan menjelaskan pampasan kerugian yang dialami para peniaga pada perhimpunan Bersih 2.0 dan terbaru Bersih 3.0 di sekitar Kuala Lumpur.
Dah jadi macam orang biol lah pula. Mana tak nya, si Ambiga memang lantang mengkritik dan sering mempertikaikan kewibawaan Polis Diraja Malaysia menjalankan tugas mereka.
Si Ambiga ibarat menjilat ludah sendiri apabila mendapatkan bantuan pasukan keselamatan itu semula untuk melindungi dirinya. Tempohari si Ambiga ni memperjudikan keamanan negara, mengutuk, mencerca dan mengancam keselamatan pelbagai pihak ditengah jalanraya.
Sekarang si Ambiga ni membuat laporan polis pula setelah merasakan keselamatan diri terancam.
Pertubuhan bukan kerajaan itu bertindak sebegitu untuk mendesak Ambiga meminta maaf secara terbuka kerana menganjurkan perhimpunan tersebut dan jelaskan pampasan kerugian yang dialami para peniaga pada perhimpunan Bersih 2.0 dan terbaru Bersih 3.0 yang lalu.
Pertubuhan ni mahu Ambiga merasai bagaimana sukarnya untuk menjalankan aktiviti harian apabila bantahan dan perhimpunan diadakan di hadapan rumahnya sendiri. Biar si Ambiga ni rasa bagaimana sukarnya untuk keluar rumah, menghantar anak ke sekolah ataupun terlibat dengan kecemasan apabila laluan dihalang dengan peserta perhimpunan.
Kata salah sorang dari mereka, "Hari ini baru permulaan, kalau Ambiga masih tidak mahu bertanggungjawab, kita akan himpunkan lebih ramai peniaga di hadapan rumahnya," tegasnya.
Barulah padan muka si Ambiga...!!!
Sumber: KLBOYZ
Itu baru demokerasi. Baru dia rasa, dia tak berhak nak complaint, kat depan tu bukan harta bapak dia. Sepatutny buat dalam kawasan pagar rumahnya. Banyakan lagai gerai kat depan tu. Biar dia susah nak keluar dari rumahnya. Biar dia terjerit terlolong dalam kawasan rumahnya, DBKL dan pulis tolong jangan masuk campur, ini negara demokerasi yang seperti Ambiga mahu.
ReplyDelete