Saya sudah lama teringin menyentuh isi ini.
Dulu guru Bahasa melayu dalam kelas saya juga seorang Baba yang bernama Koh KIm Bok. Guru saya ini amat pandai bermain gasing dan beliau pernah mengelilingi Malaysia bermain acara sukan ini mewakili negari Melaka.
Saya berbendapat bahawa Nyonya dan Baba ini sedikit special untuk masyarakat diMelaka. Kerana kita memang serasi dan amat hormat menghormati antara masyarakat Melayu dan China Baba.
Lebi-lebih lagi Bahasa Melayu dan budayanya adalah hampir sama melainkan kouniti Baba mempunyai unsur budaya China yang amat ketara. Siapa tidak kenal dengan Baba KimTeck seorang pelupur Dondang Sayang yang amat masyhur di bumi Melaka. Dan Andre Goh,, yang segak berbaju Melayu, telah mewarna dunia nyanyian berdekad lama,
Bahasa ibunda Baba ialah Bahasa Melayu. Mereka berpantun berjoget macam orang Melayu jugak.
Sebelum merdeka, kaum2 Baba dan Chetti pernah diiktirafkan sebagai Bumiputera dan mereka ini amat gemar lagu Melayu Asli.
-------------------------------------------------dari wikipedia----------------------------
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja.
Sejarah
Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.[2]
Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina.
Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya.
Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai King’s Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British.

No comments:
Post a Comment