Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Monday, July 18, 2011

Pemergian Dr Loq Loq kepada Penciptanya ada penduduk2 Bukit Antarabangsa ambil pot?

Saya di khabar pemergian Dr Loq Loq (Saya suka panggil dia Dr Oloq Oloq) semalam oleh seorang pemuda yang pernah juga bersengketa dengan nya melalui twitter. Dan apa yang di fahamkan ialah bahawa sehingga nafas terkahir beliau masih bertwitter dari atas katilnya, walaupun di nasihat agar lepaskan lah politik itu dan focuslah kepada ALLAH. Beliau hanya sekadar menjawab "Perjuangan".
Saya sebenarnya sudah lama mentafsirkan bahawa disebabkan PAS mengkafirkan UMNO dan dengan tindak tanduk PAS melakukan perkara yang dikatakan kafir bila UMNO buat, saya beranggapan bahawa PAS telah mengkafirkan dirinya dan pengikutnya sendiri. Maka pembaca2 disini tidak akan nampak saya memberi Al-Fatihah atau menggunakan Allahyarhamah kerana bagi saya status itu biarlah Allah menentukan. Saya minta maaf tetapi saya amat terguris dengan kata2 Ulamak di PAS yang banyak memecahbelah dari menyatupadukan umat Islam di sini. Pendirian saya ini juga ditegur oleh ahli2 UMNO yang lain. Semoga saya mendapat hidayah sekirannya saya bersalah.
Tapi ingin saya sentuhi lagi bahawa Dr Loq Loq telah membuat banyak perkara yang tidak disenangi oleh sebahagian besar di Bukit Antarabangsa semasa kes tanah runtuh dulu mahupun dari pihak PAS, PKR dan lebih2 lagi pihak UMNO dan BN. Anda boleh surf kepada blog saya yang terdahulu. Di Sini.
Dan di sini.

Saya tidak ingin menyatakan apa2 selain mengucapkan takziah kepada keluarganya.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive