Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Sunday, October 31, 2010

Unclear of the concept: Hari bertemu pelanggan

Unclear of the concept : "Hari bertemu pelanggan"

Pada jumaat pagi, 29 Okt 2010, mpaj telah mengadakan  program tersebut.
Ini adalah sebahagian daripada siri2 yg selalu diadakan Dan wujud sebelum tsunami politik 2008. Walaupun kaedah nya berbeza sedikit, program ini bukan kaedah yang baru. 

Dahulu program ini lebih bermirip apolitikal di jalankan oléh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Tapi kini banyak program2 MPAJ di 'hijack' oléh  Parti Keadilan Rakyat (PKR);  amat keterlaluan sehingga tidak disenangi oléh pemimpin PAS tempatan.

Menurut pemimpin PAS itu  dengan sinisnya, menyatakan, program yang di adakan pagi itu adalah kononya membaiki kepincangan di atas Bukit.

Apa yang pengusaha yang kontroversi ini mungkin lupa, masaalah yg sebenarnya adalah ketiadaan tindakan dari MPAJ masaalah2 dan
isu yang kian lama, dan rintihan yang berulang2 .

Aduan-duan adalah aduan-aduan yang sudah diterima dan seakan-akan telah di masukkan kedalam 'shredder' atau mesin pensiat kertas, kerana perlu di ulang dengan airmata marah tapi tidak akan diselesaikan oleh mereka melainkan hanya sekadar modal pilihanraya pembangkang.

Tengok sahaja rintihan seorang yang bernama En Hassan, pemunya  bungalow yang sebahagian kawasan banglonya di pecahkan kerana  jentera penyelamat telah merobohkan kerana hendak akses ke kawasan Tanah Runtuh atau Ground Zero. Pemikiran maju akan mengklasifikan  incident ini adalah sebahagian dari akibat bencana dan sebahagian sebagai keperluan bagi pihak berkuasa dimana apa kerosakkan perlu di pampaskan. Ada kah disebab Encik Hassan ini bukan pengundi Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang dulu?
.
Kita mesti berterimakasih kepda Encik Hassan kerana sanggup menepikan kepentingan diri dan keluarganya semata-mata untuk berkhidmat demi kepentingan kepada masyarakat.

Umno, melalui pungutan Tabung Bencana, telah membantu mengurangkan bebanan beliau tetapi jumlahnya tidaklah mencukupi.

Kita seru pada pihak kerajaan negeri agar janganlah bezakan bakti beliau dengan tuanpunya banglo yang mana pagarnya juga telah dirobohkan untuk membina jambatan sementara bagi jalan alternatif keluar masuk bagi penduduk-penduduk 9 taman dari kawasan Bukit Jaya dan Bukit Utama. Ada yang mengatakan pampasan mencecah ratusan ribu, dan ada pula mencecah Rm1.2 juta. Apapun jumlahnya, pampasan harus lah setimpal.

Kita mohon kerajaan negeri Selangor agar bersifat perihatin dan beliau di beri pampasan setimpal.

Jangan sekali menggunakan alasan MPAJ atau Zuraidah kehabisan dana sedangkan DS Anwar,  sebagai penasihat ekonomi negeri,  sedang sibuk mengatur caramana mengumpul dana PRU13 dari perbendaharaan negeri Selangor dengan melantik usahawan2 akumen untuk projek2 di SEDC dimana tiap2 mereka diusaha duit bancuhan kopi untuk dana PKR. Lebih-lebih lagi janganlah menuding jari kepada UMNO.

Sesungguh kualiti atau mutu kempimpinan juga diletakkan kepada kriteria bagaimana suatu kerajaan bertindak dalam keadaan dharurat.

Kepada Encik Hassan, kita berharap beliau banyak bersabar kerana Allah sentiasa bersama pada mereka yang bersabar.

2. Slogan Hari bertemu pelanggan ini mungkin telah banyak di hijack dan mungkin kini telah basi atau tidak sesuai kerana nampaknya tiada tindakan susulan atau kaitannya pada KPI.

Lebih baik di namakan saja, "Hari Bertindak MPAJ", atau "Hari Bertemu Pembayar Cukai" atau "Hari Pembayar Gaji MPAJ" .

Monday, October 25, 2010

Alhamdullilah, Saudara Blair Masuk Islam

Walaupun bukan Tony Blair, abang ipar kepada Lauren Booth yang baru memeluk Islam, kita berdoa agar hidayah yang telah sampai ke Lauren ini juga turut sampai ke abang iparnya,Tony Blair.
Kalau bekas Perdana Menteri Great Britain masuk Islam, saya syorkan Tony memakai nama, Mohammad Antoni Blair bin Abdullah, seakan macam nama AJK  di Bahagian Ampang, Selangor.
:)

Friday, October 22, 2010

Jom Makan-makan Cari Jalan.Apa ada dengan CRAVEN?

Jom Makan-makan Cari Jalan.Apa ada dengan CRAVEN?



Sejak teman mengkaitkan pengkhianatan keatas JMM dengan pengunjung Craven Restaurant di Bukit Antarabangs, banyak pula penghuni BA bertanyakan kenapa tidak sahaja tulis perihal Craven. Mungkin saranan ini secara scarstik kononnya teman menerima habuan makan nasi khandar yang lazat serta menjilat jari. Mungkin juga tulin, kalau hendak tolong Tuan Najib, pengusaha Craven, mana mungkin roti canai telur jantan memadai...

Craven ini berasal dari Penang, tanpa ditulis , tengok sahaja tuan punya kita dah tahu. Kalau hendak berurusan dengan teman baik tentang kerja atau bersantai, tulis ejaan betul-betul. Bukan 'CRAVEN A' sebagaimana yang tersasul dalam ucapan YB Zuraidah. Hello YB, CRAVEN A itu rokok. Mungkin kita boleh maafkan YB kerana rokok CRAVEN A begitu popular di Singapura negara asal YB ini.



Mengapa kita gunakan tema Jom Makan-Makan Cari Jalan (MMCJ), bukan Jalan-jalan Cari Makan(JJCM) seperti paparan TV3 tentang seorang pengacara yang dulu kurus kini dah jadi gemuk. Hahahah. Tak lama lagi boleh masuk Biggest Loser Asia...





Craven di Bukit Antarabangsa adalah tempat lepak, yang unik dimana kita boleh bersantai, boleh bincang pasal perniagaan, amal, ugama, mistik atau teman hidup atau jugak teman yang anu tak 'hidup'.



Bermacam2 ustaz kita ada,bermacam2 Mahaguru,pelbagai cerita2, mistik dan bukan mistik, tapi membingungkan.



Di Craven, sebelum kita bincang apa-apa, kita makan2 dulu.



Sambil makan baru kita cari jalan macamana hendak selesaikan apa-apa masaalah atau nak cari apa2 jalan untuk berniaga.



Anything under the sun. Janji, makan dulu. Tak makan, jalan keluar tidak nampak.



Di Craven lah bermula, jalan yang ditarkan oleh politikus PKR yang ingin menggulingkan Sdra Izzudin Che Din yang akanmenunaikan haj kali kedua. Semoga haji mahbrur, dan lupakan sahajalah politik PKR yang asyik kerjanya hendak menjatuhkan kaum sendiri. Nanti dapat haji Marlborough- masuk angin keluar asap.



Ssbelum nak belasah Lim Guan Eng, pekena dulu Penang Char Koey Tiaw baru cantik. Sebelum nak belasah rakan lain jantina, belasah dulu APAM manis. The best teh tarek dipekenakan sebelum mula APA2 perbincangan dengan APA.



Kalau nak cari teman bergaduh atau tarek apajua kereta, hubungi sahaja Meja sekretariat Craven A23 kita tunjuk bekas tahanan ISA.



Ample Basement parking, big screen, dan bola, bola dan bola. Biggest bookie in town, Bung Kinabatanganpun ada jua. Proffesor Cibai Law UM pun ada. Tapi sekali kala, YDP Perkasa. Yang pelik tapi benar, "the man who got conned by Mahathir". Tapi kalau tengok gelagat dia, he got conned by everybody.



Siapa boleh lupa, gelagak Rabii Laut. bukan Yahudi bukan terpuji, tapi pemikiran yang amat teruji.



Atau Cerita pelbagai Az, atau not so Az.

Az, yang bekas yang dijulangkan bakal, Az yang pandai bermain catur, atau Az yang kononya buat2 bodoh. Atau Az yang tidak peduli Apa.Hanya Frankestein pencipta raksasa?



Yand tidak so Az, bertahta dan tersungkur ditangan Az penyelaras.

Saturday, October 16, 2010

Siapakah yang mengkhianti JMM? Pengunjung Restoren Craven Bukit Antarabangsa di tahan POLIS

Kita dikejutkan dengan penahanan beberapa orang ahli  jawatankuasa JMM semalam oleh PDRM kerana disyakki cuba mengadakan perhimpunan haram. di Bangsar. Berita penuh boleh di dapati dari Utusan Malaysia Sabtu 16/10/10.
Teman  merasa pelik bagaimana PDRM dapat tahu atas perancangan oleh 6 ahli-ahli JMM yang mengikut sumber tertentu dirancang begitu rapi lebij kurang satu bulan yang lalu. Ini adalah satu rancangan yang ada mengatakan begitu rapi dimana perancangan hanya di beritahu dari mulut ke mulut. Ada yang selalu bersekongkol atau bersekedudukan dimeja yang sama pun tidak tahu atas perancangan ini. Ini pula yang mengatakan dia tidak tahu hanya beberapa minit sahaja sebelum perhimpunan itu hendak bermula.
Kita tahu bahawa IGP yang baru tinggal di Bukit Antarabangsa dan kita tahu juga banyak ahli-ahli parti pembangkang pun membuart port mereka di Craven yang saya kira tempat yang mesra untuk sesiapa hendak bermesyuarat atau merancangkan satu pakatan baik politik atau untuk kerja2 amal.
Kemusykilan kita sekarang adalah bagaimana Special Branch dapat maklumat mengenai perancangan ini walhal kita di Bukit Antarabangsa pun tak tahu.
Adakah yang tidak puas hati lebih2 lagi parti pembangkang mengatakan program ini walau di rancang tapi di beritahu  secara senyap2 oleh orang dalaman JMM sendiri. Tapi apa tujuan ini kalau ada kebenaran sekalipun? Cakap siang pandang2 Cakap malam dengar2. Itu lah peribahasa Melayu. Saya suspect perancangan ini boleh juga telah diketuai oleh ahli SB berhari2 sebelum itu.Mungkin di beritahu oleh Pihak Pembangkang, tapi En Izzudin Che Din, yang mungkin ada 'things to settle ' terhadap JMM telah pun pergi ke Mekah menunaikan haji. Jadi tidak mungkin dia.
Hanya Allah sahaja yang tahu. Simangbukit mengucapkan kpd mereka jaga diri dan kesihatan baik2 kalau diheret ke dalam lokap.


Perjuangan belum Selesai.

Soalannya, siapa yang mengkhianati JMM, masih tiada jawapan terkini.

Wednesday, October 13, 2010

Madagascar People Are Our Lost Malay Brother, Madagascar ppl r Sulu & Indonesian Malay

Madagascar People Are Our Lost Malay Brother, Madagascar ppl r Sulu & Indonesian Malay

(Some of the reference files here are olds, you can try to access manually to these links)
HISTORY



(IMG:http://www.un.org/esa/coordination/Alliance/common/map_africa.jpg)





Madagascar's population is predominantly of mixed Asian and African

origin. Recent research suggests that the island was uninhabited until

Indonesian seafarers arrived in roughly the first century A.D.,

probably by way of southern India and East Africa, where they acquired

African wives and slaves. Subsequent migrations from both the Pacific

and Africa further consolidated this original mixture, and 18 separate

tribal groups emerged.



Asian features are most predominant in the central highlands people, the Merina (2 million) and the Betsileo (1 million);



(IMG:http://www.alexjoe.com/alexjoe/images/portraits/boys.jpg)



the coastal people are of African origin. The largest coastal groups are the Betsimisaraka (1 million) and the Tsimihety and Sakalava (500,000 each).



(IMG:http://www.andrewleestrust.org.uk/resources/inuse/kids1.jpg)



The Malagasy language is of Malayo-Polynesian origin and is generally

spoken throughout the island. French also is spoken among the educated of this former French colony. Most people practice traditional religions, which tend to emphasize links between the living and the dead. They believe that the dead join their ancestors in the ranks of divinity and that ancestors are intensely concerned with the fate of their living descendants.



This spiritual communion is celebrated by the Merina and Betsileo reburial

practice of famadihana, or "turning over the dead." In this ritual,

relatives' remains are exhumed, rewrapped in new silk shrouds, and

reburied following festive ceremonies in their honor. (JUST LIKE HOW SOME IGOORT IN THE PHILIPPINES DO)





About 40% of the Malagasy are Christian, divided almost evenly between

Roman Catholic and Protestant. Many incorporate the cult of the dead

with their religious beliefs and bless their dead at church before

proceeding with the traditional burial rites. They also may invite a

pastor to attend a famadihana.



An historical rivalry exists between the predominantly Catholic coastal

people (cotiers), considered to be underprivileged, and the

predominantly Protestant Merina, (Asians of Malay descent) who tend to prevail in the civil service, business, and professions. A new policy of decentralizing

resources and authority is intended to enhance the development potential

of all Madagascar's provinces.





The written history of Madagascar began in the seventh century A.D.,

when Arabs established trading posts along the northwest coast.

European contact began in the 1500s, when Portuguese sea captain Diego

Dias sighted the island after his ship became separated from a fleet

bound for India. In the late 17th century, the French established

trading posts along the east coast. From about 1774 to 1824, it was a

favorite haunt for pirates, including Americans, one of whom brought

Malagasy rice to South Carolina.



Beginning in the 1790s, Merina rulers (Malay people) succeeded in establishing hegemony over the major part of the island, including the coast. THE MERINA OF THE CENTRAL HIGHLANDS FORMED THE KINGDOM OF IMERINA which unified the whole island under one Malayo-polynesian language called Malagasy it's closet lingustic relative is the Ma'anyan language of the island of Borneo.



Kingdoms of Madgascar:



http://www.worldstatesmen.org/Madagascar_native.html



Ma'anyan of Borneo (Malagasy’s closest linguistic relative)/Malagasy/TAGALOG of philippines



one - isa'/iráy/isa

two - rueh/róa/dalawa

three - telo/télo/tatlo

four - epat/éfatra/apat

five - dime/dímy/lima

six - enem/énina/anim

seven - pitu/fíto/pito

eight - Balu'/válo/walo

nine - suei/sívy/siyam

ten - sapuluh/fólo/sampu





In 1817, the Merina ruler and the British governor of Mauritius concluded a treaty

abolishing the slave trade, which had been important in Madagascar's

economy. In return, the island received British military and financial

assistance. British influence remained strong for several decades,

during which the Merina court was converted to Presbyterianism,

Congregationalism, and Anglicanism.



The British accepted the imposition of a French protectorate over

Madagascar in 1885 in return for eventual control over Zanzibar (now

part of Tanzania) and as part of an overall definition of spheres of

influence in the area. Absolute French control over Madagascar was

established by military force in 1895-96, and the Merina monarchy was abolished.

Malagasy troops fought in France, Morocco, and Syria during World War I.

After France fell to the Germans in 1942, Madagascar was administered

first by the Vichy Government and then by the British, whose troops

occupied the strategic island to preclude its seizure by the Japanese.

The Free French received the island from the United Kingdom in 1943.

In 1947, with French prestige at low ebb, a nationalist uprising was

suppressed only after several months of bitter fighting. The French

subsequently established reformed institutions in 1956 under the Loi

Cadre (Overseas Reform Act), and Madagascar moved peacefully toward

independence. The Malagasy Republic was proclaimed on October 14, 1958, as an

autonomous state within the French Community. A period of provisional

government ended with the adoption of a constitution in 1959 and full

independence on June 26, 1960.



http://www.worldrover.com/history/madagascar_history.html



RICE is a main staple of food on Madgascar. Rice is clearly a central factor in Malagasy culture because most people spend their lives cultivating rice. Rice, a part of the landscape, culture, and lives of the Malagasy, appears in daily routines, proverbs, and expressions in various forms where its underlying meaning is the same--life.





(IMG:http://www.fce%2d%6d%61%64agascar.com/images/photo_maison.jpg)



RICE TERRACES OF MADAGASCAR ARE SIMILAR TO THOSE OF INDONESIA AND THE PHILIPPINES



90% of rice grown in the world is from Asia. the other 10% is grown on Madgascar and other places.



http://www.riceworld.org/special/Madagascar/madintro.htm



The faces of madgascar:



The Asian Malays live in the Central Highlands and the people of African Descant lives on the Coasts.



http://www.alexjoe.com/alexjoe/madagasacr/page1.htm



SO DONT FORGET YOUR LOST BROTHERS ON MADGASCAR, JUST BECAUSE THE INDONESIAN MALAY & FIILIPINO MALAY SAILED 6,000 MILES AWAY FROM BORNEO AND SULU IN ANCIENT TIMES, THEY ARE STILL OUR MALAY BROTHER AS PART OF THE MALAY ETHNICITY AND THEY DESIRE TO BE REUNITED.



READ THIS: Madagascar and the future of the NUSANTARIAN WORLD:



http://www.lemurdolls.com/manusa.htm



http://users.cwnet.com/zaikabe/merina/



DID YOU KNOW IN THE MADAGASCAR FLAG the red and white refer to Madagascar's SE Asian links, the red-and-white Indonesian flag is said to be of pre-European origin, taken from the Indonesian's Majapahit Kingdom which the indonesian malays adopted in their liberation movement against dutch colonists?



FLAG OF THE KINGDOM OF MAJAPAHIT:



(IMG:http://atlasgeo.span.ch/fotw/images/i/id~jack.gif)



{is now the indonesian naval jack)



http://www.flags-by-swi.com/fotw/flags/id~jack.html



INDONESIAN FLAG:



(IMG:http://www.asianet.fi/materialbank/flags/Indonesia_flag.jpg)



MADAGASCAR FLAG:



(IMG:http://www.embassy.org/madagascar/flag.jpg)



RE-ESTABLISH YOUR MALAY BONDS WITH THE MALAYS OF MADAGASCAR.



(INDONESIAN MALAY) & (MADAGASCAR MALAY) & (FILIPINO MALAY) & (MALAYSIAN MALAY) UNITY, LET US UNIFY THE WHOLE MALAY ETHNICITY THROUGH OUR UNIVERSAL AUSTRONESIAN NATIVE CULTURE AND TONGUE WHICH WE ALL SHARE BECAUSE IT IS OUR FIRST CULTURE; REGARDLESS OF WHICH REGION A MALAY IS IN, THEY ARE STILL A MALAY BROTHER!!!!



LET US STUDY EACH OTHER'S HISTORY BECAUSE TOGETHER WE MAKE ONE HISTORY AND IT IS THE SAME; IT IS THE HISTORY OF THE MALAY'S ANCIENT SEAFAR, MIGRATION, AND SETTLEMENT OF ISLANDS IN THE INDIAN AND PACIFIC OCEANS AND EVERYTHING INBETWEEN WE CAN BE FOUND IN POCKES ADMIST THE ASIAN CONTINENT (CHAM MALAY) AND REMNANTS IN THE WEST COASTS OF SOUTH AMERICA.

Monday, October 11, 2010

Mingguan Malaysia: Apa itu ‘kuasa Melayu’? — Dr Hassan Ahmad. (Imbasan dari SiamangBukit. Kenapa saya kata hujahan Dr Hassan ini juga ada kelemahannya)

Siamangbukit: Komen saya dalam fon biru

Apa itu ‘kuasa Melayu’? — Dr Hassan Ahmad


September 26, 2010

26 SEPT — Orang Melayu baru sedar bahawa ‘kuasa Melayu’ di negara ini akan pupus, atau setidak-tidaknya Melayu tidak akan berkuasa lagi di negeri ini. Beberapa tanda digunakan untuk membuat ramalan tentang kemungkinan pupusnya kuasa Melayu di negara ini.



Hasil Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas dianggap oleh orang Melayu sebagai salah satu tanda terhakisnya kuasa politik Melayu apabila Umno dan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN) hilang kuasa majoriti 2/3 dalam parlimen dan jatuhnya negeri kuasa Umno sejak kemerdekaan ke tangan Pas atau gabungan parti-parti Pakatan Rakyat, dan hilangnya pengaruh politik Umno di Pulau Pinang. BN mula-mulanya kalah di Perak tetapi disebabkan tiga orang anggota DUN PR keluar parti dan menjadi anggota DUN mesra-BN, maka Mahkamah memutuskan bahawa BN-lah yang layak memerintah di negeri itu. Tetapi orang Melayu kekal memerintah di Kelantan, walaupun parti yang memerintah bukan BN/Umno tetapi Pas.
"Walaupun kuasa di tangan PAS, tapi tindak dan tanduk tiada yang mencerminkan kuasa Melayu. Dan Melayu masih tidak jugak kukuh dari segi ekonomi dan daya saing diperingkat kebangsaan. Penyelamat Melayu atau orang-orang Islam di sini dari segi ekonomi adalah kerana orang Melayu ramai dan tiada tarikan pembesaran ekonomi kaum bukan Bumiputera untuk berniaga dengan pesat di sini."

Orang Melayu mungkin mengenang akan kuasa yang diwarisi oleh orang Melayu dari sejarah pemerintahan Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu. Sejarah sebelum kemerdekaan menunjukkan bahawa sejak zaman berzaman, sebelum kedatangan penjajah Inggeris, yang memerintah di Tanah Melayu bukan orang lain tetapi orang Melayu, kerajaan Melayu, raja-raja Melayu, pembesar-pembesar Melayu. Benar, sejak Perjanjian Pangkor tahun 1874, British mulai ‘mencampuri’ urusan pentadbiran negeri Melayu, terutama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Federated Malay States. Tetapi sejarah itu tidak menunjukkan bahawa kuasa pemerintahan Melayu jatuh sepenuhnya ke tangan kuasa baru, iaitu kuasa British. Tidak. Raja Melayu tetap bertahta (tidak diturunkan dari tahtanya) dan memerintah walaupun dengan ‘nasihat’ pegawai British. Di Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah-Perlis) pentadbiran masih hampir sepenuhnya berada dalam tangan raja Melayu, menteri besar Melayu dan para pegawai pentadbir Melayu. British cuma menjadi ‘penasihat’.

Tetapi akhirnya kerana kelemahan raja-raja dan golongan bangsawan Melayu yang memerintah bersama-sama British itu, kuasa politik Melayu makin lama makin merosot sehinggalah sampai pada tahun 1946 apabila British kembali ke Tanah Melayu (selepas Jepun kalah Perang) untuk mentadbir semula Tanah Melayu dan kemudian cuba mengubah status Tanah Melayu atau ‘British Malaya’ menjadi ‘koloni British’ melalui rancangan Malayan Union-nya.

Orang Melayu seluruh Tanah Melayu bangkit menentang rancangan itu, kerana kalau tidak ditentang Tanah Melayu akan menjadi tanah ‘Jajahan British’, raja-raja Melayu akan hilang hak dan kedaulatannya dan akan dijadikan subject raja British dan bangsa Melayu menjadi ‘rakyat British’ sama seperti halnya dengan Hong Kong, tidak lagi sebagai rakyat raja Melayu atau negeri Melayu. Semasa seluruh bangsa Melayu di Tanah Melayu, termasuk Melayu di Singapura, bangkit menentang rancangan Malayan Union itu kaum-kaum lain tidak menyokong protes itu. Mereka mungkin itu adalah masalah orang Melayu, masalah raja dan negeri Melayu, bukan masalah mereka. Pada masa itu mereka bukan rakyat raja atau negeri Melayu. Mereka adalah ‘orang asing’ atau ‘pendatang’. Jadi, mereka tidak turut membantah kerana menganggap Malayan Union itu ialah masalah Melayu bukan masalah mereka. Barangkali mereka suka Tanah Melayu menjadi koloni British dan mereka menjadi ‘rakyat British’ atau ‘British citizens’.

Malayan Union yang gagal itu digantikan dengan kesatuan baru yang disebut Federation of Malaya yang diperintah oleh raja baru, iaitu the British raj (seperti di India) yang diwakili di Tanah Melayu oleh Pesuruhjaya British sebagai ‘ketua eksekutif’. Tetapi Federation of Malaya itu sebenarnya ialah Federation of Malay States atau ringkasnya Persekutuan Tanah Melayu, bukan Persekutuan Malaya. Ini menunjukkan bahawa ‘negeri Melayu’ tidak dihapuskan seperti yang cuba dihapuskan oleh British melalui rancangan Malayan Union-nya. Ada ‘Negeri Melayu’ bererti ada raja Melayu, ada kerajaan Melayu. Kita menyebut ‘sejarah’ ini untuk menangkis pendapat yang mengatakan bahawa sebelum kemerdekaan ‘Negeri Melayu’ atau ‘Kerajaan Melayu’, atau dengan kata lain ‘kuasa Melayu’ sudah tidak ada lagi. Maka orang pun percaya - dan ini termasuk para pemimim Melayu - bahawa dalam tahun 1957 lahirlah sebuah ‘negara baru’ yang disebut negara Federation of Malaya (kemudian dalam tahun 1963, menjadi ‘Persekutuan Malaysia’), tidak lagi ‘persekutuan tanah Melayu’ atau ‘persekutuan negeri-negeri Melayu’. Ini suatu penghinaan kepada bangsa Melayu yang sudah mempunyai negeri atau negara atau kerajaan sejak sekurang-kurangnya abad ke-13 lagi.

Kemerdekaan

Selepas kemerdekaan, Umno yang pada waktu itu mampu memerintah tanpa bergabung dengan kaum-kaum lain, sanggup berkongsi dengan kaum-kaum lain untuk memerintah negeri ini selepas British meninggalkan Tanah Melayu, demi ‘perpaduan kaum’ (konon!). Dalam PRU pertama (1956), UMNO memenangi lebih daripada 2/3 kerusi Parlimen. Calon-calon dari parti komponen Perikatan, iaitu MCA dan MIC, kalau saya tidak silap, semuanya atau hampir semuanya menang di kawasan yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu.

Itulah agaknya yang dimaksudkan oleh Melayu sebagai ‘kuasa Melayu’, iatu kuasa politik Melayu. Tetapi mengapakah sekarang orang Melayu takut ‘kuasa’ itu akan hilang? Apakah yang mereka takut: hilang kuasa Umno atau hilang kuasa Melayu? Dalam Parlimen, orang Melayu masih merupakan golongan majoriti, kalau kita ambil kira kerusi Umno, kerusi Melayu Pas, dan kerusi Melayu dari PKR. Kuasa Melayu untuk terus menjadi pemerintah di negeri ini tidak semestinya bererti kuasa UMNO sahaja.

Hari ini, sudah mulai banyak orang Melayu yang berkata, apa untungnya rakyat biasa Melayu jika Umno terus memerintah. Mereka melihat sebahagian orang Melayu yang berkuasa dalam Umno sudah tidak ada semangat dan jiwa Melayunya lagi, seperti ibu bapa mereka yang berarak menentang Malayan Union. Mereka dilihat tidak berani lagi ‘memperjuangkan’ nasib bangsa Melayu; Umno baru ini dilihat semakin menyerah dan bertolak ansur dengan apa sahaja kehendak dan tuntutan orang bukan Melayu, termasuk hal-hal yang mereka tidak tuntut namun diberikan juga, konon untuk mengambil hati orang bukan Melayu, sedangkan tuntutan Melayu dituduh sebagai tuntuan ‘rasis’. Sama ada ini hanya persepsi orang Melayu terhadap UMNO sekarang atau ini memang kebenaran, Umno kenalah kaji dengan jujur dan secara rasional untuk mengetahui sebabnya yang sebenar. Maka dalam keadaan nasib Melayu yang tidak menentu ini, lahirlah NGO Melayu yang dituduh ‘rasis’, iaitu Perkasa. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perkasa lahir kerana mereka menganggap Umno tidak lagi sanggup atau mampu mempertahankan hak dan kepentingan bangsa Melayu.

Dalam PRU yang lepas banyak penyokong tradisional Umno lari ke parti-parti lain, khususnya Pas. Apa sebabnya? Apakah mereka sudah kecewa dan hilang kepercayaan kepada Umno sebagai parti yang dapat membela nasib mereka atau apakah mereka percaya bahawa Pas dapat menjadi parti Melayu sebagai alternatif kepada Umno? Dasar-dasar apakah yang dibawa oleh Pas yang menarik perhatian mereka?
(Satu lagi masaalah disini untuk orang Melayu, PAS jugak dalam masa ini tidak menunjuk atau sengaja tidak memperjuangkan hak Melayu. Hak bukan sahaja dari ikrar perjuangan yang mungkin retorik tapi tindakan menyokong DAP dalam hal ehwal tanah juga mencermin samada mereka bersekongkol dengan DAP dalam menolak memperjuangkan hak-hak Melayu. Banyak hujahan DS Nizar amat mengelirukan dan anti-Melayu."
Masalah

Saya rasa masalah ‘kuasa Melayu’ tidak terletak pada mana-mana parti politik Melayu atau pada soal ‘kuasa politik’ parti semata-mata. Kuasa politik bukan ditentukan oleh parti politik tetapi oleh rakyat, oleh pengundi. Sama ada kita suka atau tidak suka inilah demokrasi. Kuasa politik bukan terletak pada UMNO, atau Pas, atau DAP atau PKR tetapi pada rakyat. Dan rakyat hari ini, terutama golongan muda - ini termasuk pengundi Melayu yang masih merupakan pengundi majoriti di negara ini - nampaknya tidak lagi memilih parti hanya berdasarkan sentimen kaum tetapi berdasarkan soal sama ada parti itu dapat memerintah negara dengan adil, saksama, seimbang, bersih, cekap dan amanah. Mereka melihat apakah parti itu dipenuhi oleh golongan manusia yang perasuah, orang yang hanya mementingkan diri sendiri, kekayaan sendiri dan kesenangan kaum keluarga dan sahabat handai mereka, atau apakah parti itu dipimpin oleh orang-orang yang bersih dari segala macam rekod moral yang buruk, orang yang bercakap bohong, orang yang lebih mementingkan ekonomi ‘pasaran bebas’, ekonomi mesra pasaran, daripada ekonomi atau pasaran mesra-rakyat. Sehubungan ini saya teringat membaca suatu artikel dalam majalah Newsweek baru-baru ini yang menceritakan dasar ekonomi negeri China. Seorang pegawai tinggi kerajaan China berkata: In China we make the market economy to serve the people and the State, not the market, maksudnya, ‘Di negeri China ekonomi pasaran diarah berkhidmat untuk rakyat dan negara tidak untuk pasaran’. Barangkali kerana inilah China sekarang sedang berkembang untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi dunia mengalahkan negara-negara Barat dan Jepun.

(Negara China mempunyai kelebihan kuasa membeli disebabkan jumlah penduduk yang begitu ramai. Dalam konteks Globalisasi , isu 'to serve the Chinese people' tidaklah di terimapakai oleh Perjanjian Free Trader. Free market ekonomi is designed to serve the International Corporation, like Microsoft, GE, Thomson, etc, Malaysia boleh berkata begitu tapi dengan tiada 'puchasing power' seperti orang Republik China, mana dapat kita melaksanakan dengan tentangan dari kuasa2 Barat. It is the survival of the fittest. FT Agreements can dictate how a country that is a signatory to FTA should be run.)

Kalau sesebuah parti Melayu diketahui oleh rakyat semua kaum sebagai parti yang ‘bersih’, yang akan memerintah dengan adil tidak kira kaum, saya kira semua kaum akan tertarik dengan parti itu. Ini soal prinsip, soal moral, bukan soal perkauman.
(Saya rasa mereka yang tamak dari kaum China dan India tidak akan menyokong sebuah parti Melayu yang bersih. Sebab apa saya kata begitu. Sebabnya tiada laungan sedemikian yang dilaungkan oleh mana2 parti bukan Melayu. Isunya bukan bersih, isunya mereka memperlihatkan Malaysia ini di bina oleh kaum2 mereka sendiri sahaja walhal Melayu dilihat sebagai melukut tepi gantang dan tidak layak memerintah.Strategi2 yang dijalankan oleh sekumpulan strategis politik yang diketuai oleh Timbalan Menteri 2 Pulau Pinang telahpun di jalankan sebelum dan semasa pilihanraya umum yang lalu. Mereka mempergunakan media seperti The Star, The Sun dan surat2 khabar bukan berbahasa Melayu. Antara isu yang dipelopori oleh mereka ini adalah mempersoalkan dan merosakkan imej Ketuanan Melayu dan juga dengan sengaja menyalah terjemahkan Ketuanan Melayu sebagai 'Malay Supremacy'. Tindakan yang lain adalah dengan melaung-laungankan kononnya Hindu ditindas melalui Hindraf dan tindakan saman keatas kerajaan British oleh Moorthy di London. Pendapat saya, kita orang Melayu perlu juga menyaman kerajaan British kerana membahawa mereka dan kaum China ke sini dan juga menyaman kerajaan India dan Republik China dan Taiwan kerana membenarkan mereka kesini secara beramai-ramai seperti ada concerted effort untuk menyah-stabilkan kerajaan2 Melayu di sini. Sepatut mereka 2 ini dihantar ke Australia dan New Zealand. Lupakah kita polisi 'White Only' yang ditajakan oleh kerajaan British di Australia? Ini semua adalah strategi untuk melarang kaum China dan India ke Australasia. Kita perlu baca tulisan2 dari Anthony Burgess seperti the "Malayan Trilogy" untuk mendapat imbasan suasana penjajahan dan pengunaan buruh dari India dan China sebagai 'Colonial Stooges' untuk memperkukuhkan penjajahan British keatas orang-orang Melayu yang ketika itu tidak mahu sangat berkerjasama dengan British untuk merogol hasil-hasil semulajadi di Persekutuan Tanah Melayu.)
Jadi, soalnya, apakah dan siapkah yang salah jikalau ‘kuasa Melayu’ akan hilang. Jawabnya ialah, yang salah ialah orang Melayu sendiri, bukan kaum-kaum lain. Diberi kuasa yang banyak oleh rakyat, terutama pengundi Melayu, kuasa itu tidak digunakan dengan baik dan bijaksana; kuasa itu disalahgunakan, sehingga berlaku beberapa banyak skandal berlaku, skandal rasuah, skandal jenayah, skandal ekonomi. Selama 50 tahun orang Melayu mempunyai kuasa untuk mempertahankan hak dan kepentingan Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dalam soal dasar bahasa, dalam soal budaya dan lain-lain lagi, tanpa menjejaskan kepentingan kaum-kaum lain yang juga perlu diperjuangkan oleh penguasa-penguasa politik Melayu itu dengan adil dan saksama, sebagaimana dituntut oleh Perlembagaan, tetapi sejak mutakhir ini nampaknya keadaan orang Melayulah yang semakin terdesak. Maka lahirlah badan bukan kerajaan Melayu seperti Perkasa untuk mewakili suara dan keadaan rakyat Melayu yang terdesak itu.
(Rasuah bukan sahaja dilakukan oleh orang Melayu. Tapi di tunjuk ajar dan dilakukan juga oleh orang2 yang Bukan Melayu. Rasuah tidak dihadkan dengan warna kulit. Kenapa harus orang-orang Melayu sahaja di persalahkan. Tidak ada satu sentuhan perihal salahlaku oleh orang2 China tetapi bila bila rasuah berlaku, disalahkan sahaja orang Melayu yang menerima. Tidak disalahkan oleh orang China yang mula memberi.Kalau orang-orang Melayu hanya dipersalahkan, tidak kah ekonomi orang Melayu seharusnya lebih teguh. Kenapa kita lihat pertumbuhan mendadak ekonomi orang2 China dan jugak India. Dan kenapa diSarawak Bumiputera Iban,Melanau, dan orang Melayu masih ditahap yang agak kurang memuaskan. Tetapi orang China making memuncak.)
Kemiskinan di kalangan orang Melayu, penduduk majoriti negara ini, dan kemiskinan di kalangan kaum lain juga makin meningkat. Jurang perbezaan antara golongan terkaya dengan golongan majoriti yang susah semakin membesar. Jikalau dasar ekonomi negara ini mesra-rakyat, keadaan ini sepatutnya tidak berlaku. Kita sibuk memajukan keadaan fizikal negara tetapi lupa memajukan keadaan moral rakyat dan negara serentak atau selaras dengan kemajuan materialistik.
(Masaalah yang ketara adalah disebabkan model ekonomi kita lebih untuk menyedapkan citarasa kaum bukan Bumiputera, tidak kaum Bumiputera. Modal ekonomi kita seharusnya untuk mempertingkat pertumbuhan ekonomi kaum Bumiputera. Kerajaan seharusnya mempunyai index kepuasan bagi kaum2 Bumiputera bukan Indeks yang berdasarkan kepuasan kaum bukan Bumiputera. Umpamnya, kita harus mengurangkan projek kemajuan di Bandar tapi lebih di kawasan luarbandar yang mana penduduknya adalah terdiri dari Bumiputera. Kita harus membina mini hospital baru, infrastruktur ekonomi dan kilang di luarbandar, bukan didalam bandar. Mengujud dan mengawalkan Value Chain Halal hab dan Agro hab di luarbandar.Kita kena perlukan menyerapkan nilai Islam keatas rakyat tidak kira mereka ini Islam atau tidak.)
Nasihat saya kepada orang Umno ialah, tumpukan perhatian kepada reformasi atau transformasi moral dan budaya politik dalam Umno (dan juga MCA, MIC, PPP dll). Ini akan menjadi asas atau ‘model’ untuk membolehkan Umno menjadi ‘pejuang bangsa Melayu’ yang kredibel dalam bidang-bidang ekonomi, pendidikan dan sosial merentas kepentingan peribadi anggota-anggota parti itu sendiri. Saya tidak berkata bahawa ‘moral’ anggota-anggota dan kepimpinan parti-parti lawan semuanya bersih, hebat, cemerlang, Tidak. Yang penting ialah Umno sebagai parti Melayu yang terbesar (atau masih terbesar?) hendaklah memperbaiki dan menampilkan imejnya sebagai parti yang benar-benar berjiwa ‘kebangsaan’, parti yang dapat menjadi pilihan utama rakyat, tidak sahaja rakyat Melayu tetapi juga rakyat bukan Melayu berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, keseimbangan dan kesaksamaan merentas kepentingan kaum dan kepentingan peribadi para anggota parti.(Gaji Ahli Parlimen dan ADUN perlu dinaikkan kepada satu tahap agar imbuhan ini dapat menarik mereka yang profesional dan tidak korup, bukan hanya ala kadar. Dengan imbuhan yang tinggi maka tidaklah mereka cuba mencuba untuk mendapat duit kopi dari ahli perniagaan. Dengan ini fokus mereka adalah kepada mentadbirkan satu sistem kerajaan yang bersih untuk rakyat.)

Akhir kata, ‘kuasa Melayu’ tidak bererti kuasa untuk orang Melayu yang berkuasa melakukan apa sahaja menurut nafsu mereka, memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dan memusnahkan hak dan kepentingan bukan Melayu. Kuasa Melayu bererti kuasa untuk mentadbirkan negara dengan cekap, adil, bijaksana, bersih, bertanggungjawab untuk kepentingan negara, bukan untuk kepentingan etnik atau kepentingan golongan dan orang-orang perseorangan yang berkepentingan peribadi. Kuasa Melayu tidak bererti kuasa anti-bukan Melayu, atau hanya kuasa pro-Melayu, tetapi kuasa untuk semua rakyat, kuasa untuk mewujudkan kemajuan, kesejahteraan, kemakmuran untuk semua rakyat. Kalau ini maksud kuasa Melayu, tidak ada sebab mengapa rakyat mesti takut kepada kuasa ini. Yang kita takut ialah, jika kuasa Melayu ini diberikan kepada atau jatuh ke tangan orang Melayu yang tidak layak menerimanya dan tidak mampu menggunakannya dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan negara. — Mingguan Malaysia. (Meritokrasi penuh perlu dilakukan dengan tidak boleh tidak -i.e. serious- untuk kaum Bumiputera dimana 60% dari model ekonomi di peruntukan untuk Bumiputera. Nisbah 60% adalah adil dan hanya ini boleh kaum Bumiputera dapat mencapai sekurang2 30% ekonomi. Ini berdasarkan 'Success Rate', 30% target kita capai . hanya 15% sahaja. Kalau 30% , maka KPI mesti 60%.)

Saturday, October 9, 2010

Lagi ahli parlimen mati.

9/10 Batu Sapi MP Edmund Chong of PBS dies in car crash in Kota Kinabalu; he was 54/STAR

Thursday, October 7, 2010

Kenapa kita mesti sokong Reezal Merican? PAS bidas Guan Eng isu duit Lumba Kuda

Kenapa kita mesti sokong Reezal Merican?


1. Pada mulanya, sayapun sama jugak dengan beberapa rakan blogger megutuk Sdra Reezal yang di anngap kurang membuat kerja rumah perihal wang dari Turf Club Pulau Pinang

2. Tapi bila saya mengimbas dan baca balik surat akuan terima dari PA Ketua Menteri, maka saya rasa ada yang kurang kena


dengan sesetengah hujah yang diutarakan oleh rakan2 blogger termasuk aku-peduli-apa.blogspot.com. Mungkin En Peduli Apa


ini terlebih taksub untuk 'cut and paste' hujahan dari Ahli Parlimen Rasah mengenai pertanyaan beliau di Parlimen tempoh


hari.

3. Ada sedikit perbezaan dalam intipati apa yang dibentangkan dalam Parlimen dan isu yang di bentangkan oleh Reezal.

4. Perbezaan dia adalah dari segi model perbendaharaan. Yang di bentang oleh PM ketika menjawab soalan isu kod tarif hasil


dari perjudian adalah nisbah.

5. Nisbah perbendaharaan adalah nyata lebih lebih besar dari apa yang di raihkan dari hasil untuk program bantuan kepada


Warga Emas dan Miskin. Maka hukumnya adalah berbeza.

6. Sekiranya, nisbah nya amat kecil maka sifat campur aduk telah berlaku walhal di dalam isu kedua, nisbah nya adalah


lebih besar dan kutipan itu bukan untuk tujuan perbendaharaan negeri sebagaimana kutipan cukai, tapi adalah bertujuan


untuk golongan2 tertentu, iaitu Warga Tua dan Miskin.



7.Dan Kerajaan Negeri telah ketahuan bahawa yang termasuk dalam golongan ini sebahagian besar adalah yang berugama Islam.

8. Kutipan ini adalah bercorak 'one-off' (program) dan bukan pembayaran cukai, maka layanan terhadap kewangan ini adalah


berbeza mengikut sensitif kaum dan ugama. Seperti yand di bidas oleh ADUN Pulau Pinang dari PAS. Bukan hanya Islam , ugama


lain termasuk Christian dan Buddha juga memandang hina terhadap judi.

9. Soalan yang boleh di tanya kepada kerajaan negeri. Adakah isu ini antara tindakan strategi DAP kerana kita tahu selang


beberapa hari kita terdengar isu hartanah yang paling luas di pulau mutiara itu hendak di bangunkan adalah tanah yang


dimiliki oleh Turf Club itu.

10. Adakah duit RM500K merupakan satu 'sogokan' kepada DAP untuk meluluskan projek tersebut?

Tuesday, October 5, 2010

To nuke or not to nuke (Part 3 and final)

To nuke or not to nuke that is the question (Part 3)
Writing this report makes me now realize, the time consuming activities for planners and complex decision makers have to bear and spend.

Wouldn’t one want a systematic computer aided tool, which could alleviate the problems and issues when a complex decision has to be made?

I had the opportunity to use a tool developed by local engineer. As this tool is solely developed to fulfill the needs for an affordable Analytic Hierarchy Process (AHP) based decision making tool, I found that this much better to just submit the report and conclude the summary of the decision model.

So, here it goes. This report can be downloaded from this website here, the whole AHP file (bsg format) can be downloaded here. A trial version of the software can be downloaded from http://www.bsuredecisions.com. It is made by Malaysians for Malaysian software, so support if you can. It is the only company in Asia Pacific who has the leading edge AHP engine.

The weighted impact of the factors to the decision
 Legend: DT - Data Compared, PW - Pairwise Compared


Rating Table


Rating Table and Criteria Weights (Red signifies the top 80% of the weights)





BOCR

Based on Benefits-Opportunities-Costs-Risks modeling techniques using AHP as a judgment tool, the decision are for a nuclear power plant to be built in Malaysia as it proven to be provide more benefits and opportunities in the long run over the costs and risks imposed by other alternatives. One could see from the above calculations that Nuclear has higher score in all the BOCR methods.

Hydropower is the next best option for Malaysia to meet its power needs in another 10-20 years time.

Monday, October 4, 2010

Kempen 'Tumbuk' Azmin Ali sampai tersungkur

Sebagai membalas pantun Azmin Ali yang amat kurang ajar sekali terhadap Tun Dr Mahathir. Maka seluruh penduduk Bukit Antrabangsa dan juga YDP Perkasa Hulu Langat yang pernah juga mengundi Azmin Ali sebagai ADUN Bukit Antarabangsa) dalam pilihanraya umum yang lalu mengencam hebat penggunaan bahasa oleh Azmin terhadap Tun Dr Mahathir (http://aku-peduli-apa.blogspot.com/).
Tidak kah tahu banyak2 program yang dijalankan oleh penduduk2 di Bukit Antarabangsa hampir 90% adalah dari orang UMNO mengikut ahli Majlis yang terdulu yang dijatuhkan akibat angkara orang2 Azmin Ali.

Maka jangan terperanjat nanti bila satu hari nanti YB Azmin Ali terjumpa lipas dalam minumannya.

Rupa2nya YB Azmin sudahpun tahu betapa marahnya penduduk di Bukit Antarabangsa. Beliau tidak datang ke beberapa2 Majlis Rumah Terbuka kerana takut air beliau akan di kencingkan.

AWAS YB Azmin jangan datang ke Bukit Antarabangsa.
Kedatangan mu akan di perhatikan oleh PERKASA di sini...Jangan silap langkah nanti YB Bukit Antarabangsa tersungkur di Bukit Antarabangsa.

Tidak batal wuduk seseorang yang menyentuh isterinya

Tidak batal wuduk seseorang yang menyentuh isterinya.

Ini berdasarkan sabda Nabi:


Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

____________________
Ingin saya tambah sedikit berkenaan isu pembatalan air sembahyang bila lelaki dan perempuan TERsentuh. Pengalaman ini berlaku semasa saya sedang menuju ke Mekah dari Madihah untuk pertama kalinya.
Rombongan kami di beritahu bahawa tidak perlu tukar mahzab bila nak mengerjakan UMRAH. Ini disebabkan mengikut satu mahzab Sunnal Wal Jammaah (Mahzab Maliki tak silap saya) bahawa sentuhan yang tidak sengaja antara perempuan dan lelaki tanpa syahwat tidak batal.
Persentuhan tanpa sengaja akan banyak berlaku semasa kita mengerjakan tawaf jadi untuk tidak membatalkan bila tersentuh maka amalan dulu menyebut kita kena masuk ke Mahzab lain yang tidak membatalkan wuduk bila sentuhan tidak sengaja.
Apa yang diberitahu oleh 2 orang ustaz Melayu yang semasa itu sedang belajar di Madinah dan telah dilantik menjadi 'guide' untuk kami telah mengemukakan hadis diatas menguatkan hujahan mereka.
Adalah tanggungjawab saya untuk melanjutkan ulasan dan huraian dua orang Ustad ini untuk semua yang lewati blog saya. Sekian.
Hanya Allah sahaja yang serba tahu.

Blog Archive