Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Thursday, May 5, 2011

Nak bayangkan bagaimana DAP memerintah Malaysia, tengok Video ini

Tengok video ini dan anda boleh bayangkan apa akan jadi pada Malaysia bila anak PAP, kepala segala kominis, memerintah.
Dengar kekejaman MM dan cara beliau memerintah, bagaimana dia menghukumi pembangkang.
MM is a political coward said in one of the commentaries....

__________________________________________________________

*MM - Minister Mentor = LKY

Banyak Cawangan PAS tidak di daftar dan banyak ahlinya sudah kena TIPU!

  1. Benarke? Atau cerita ini sengaja diada2kan oleh pihak PAS?
  2. Ataupun masih banyak cawangan2 PAS yang sengaja tidak didaftar dan bergerak secara haram.
  3. Ataupun penduduk kampung diTIPU (hahahaha) dan nyata masih banyak cawangan yang bergerak beranggapan bahawa cawangan mereka ini adalah cawangan yang WUJUD dan SAH.
  4. Angkara siapa?Yang Di pertua? hahahaha
  5. Jadi? Nasihat kepada mereka yang duduk terumbang ambing ini keluar saja dari PAS. Kamu ini sebenarnya tidaklah mereka mahu.
______________________________________________________________________________
ALOR SETAR, 4 Mei 2011 – Berikutan penyamaran yang dilakukan individu-individu tertentu di majlis 'penyerahan borang keahlian UMNO' pada 30 April 2011 bertempat di Kuala Sungai, Alor Setar, Kedah baru-baru ini, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kuala Kedah, Sdr Azizi Abdullah.

Individu yang dimaksudkan ialah Ahmad Rozuki (510930-02-5563) yang telah menyamar dengan niat melakukan penipuan sebagai Ketua Cawangan PAS Lahar Buluh sedangkan beliau bukan ahli PAS dan cawangan terbabit juga tidak pernah wujud dalam PAS Kawasan Kuala Kedah.

“Tindakan beliau semata-mata bertujuan menipu, sedangkan beliau sendiri bukan ahli PAS dan cawangan Lahar Buluh tidak wujud dalam kawasan Kuala Kedah,” ujar Azizi.

Tambah Azizi lagi, dakwaan Rahaiza Abd Rahim (gambar) yang kononnya seorang ahli muslimat PAS cawangan Kuala Sungai juga merupakan satu pembohongan kerana cawangan tersebut juga tidak pernah wujud dalam kawasan Kuala Kedah.

“Beliau sendiri (Rahaiza) tidak pernah mendaftar sebagai ahli PAS, macamana dia boleh mengaku dia ahli muslimat PAS.

“Penyamaran tersebut bertujuan jahat dan semata-mata mengelirukan orang ramai,” tegasnya. 


Sumber: Mujahidah

Wednesday, May 4, 2011

Kalau nak smash kawan, smashlah macam, ini baru real.

Rileks sejenak dan ambil rehat dari serious blogging.

Boleh percayakah smash trick macam ni?Tabek spring..
_______________________________________________________________
Mattias Oversjo was playing fellow Swede Jorgen Persson in a recent table tennis match when Persson hit a cross-table slam that took a wicked bounce and caught Oversjo short-paddled. So he did what any player would do: He hit a crazy, over-the-shoulder, turn-around, no-look forehand that bounced in for a winner.



Oversjo is ranked No. 421 in the world, which makes you wonder how much better the 420 guys ahead of him are.


Sumber Yahoo dan YouTube.

Nasihat Cucu Tok Selampik/Komen SBA: Apakah akan terjadi bila Bloggers pro BN leka dengan senjata baru yang sudah hilang setimnya?

Saya amat tertarik dengan tulisan Cucu Tok Selampit hari ini. Cuba baca dan amati. Memang ada kebenaran kalau ESKAY sendiri dianggap trojan mungkin bagi DSAI. Dan juga kelembapan PDRM untuk mengesahkan pelaku itupun sudah cukup memberi pandangan serong oleh orang2 Kampong, inikan lagi dari bandar. Banyak yang akan soal adakah ada juga dalam PDRM ini sengaja meng'dilly dally'kan climax yang ramai anggap akan berakhir dengan kepastian pelaku itu adalah orang tertentu?

Ataupun kita sendiri tidak percaya bahawa kes Video T adalah hanya daya usaha oleh 3 orang dan tidak ada kena mengena dengan UMNO walaupun TS Rahim adalah dalam majlis tertinggi UMNO?
Kita perlu ingat bahawa ESKAY adalah orang PKR dan Shuib dari PERKASA.
Kita perlu juga tanya diri sendiri kita. Apa akan kita buat sekiranya beban itu jatuh keatas diri kita sendiri. Apakah kita akan mengambil langkah yang sama? Kalau diri kita ESKAY apa perlu kita buat dulu?
Bertaubat? Selepas itu? Menegakkan kebenaran? Adakah cara mendedahkan video ini sebagai satu penyelasaian yang kemuncak untuk menegakkan kebenaran dan mempertahankan bangsa, agama dan negara? Apakah jalannya bagi ESKAY sedangkan dia dulu 'bapa ayam' bagi pelaku seks itu? Apakah perlu dia mendiamkan diri walhal ada yang lebih penting lagi iaitu kesejahteraan kaum Muslim dan bangsa Melayu yang diambang kemusnahan dan tidak boleh ditunggukan bukti taubatnya itu ikhlas?

Saya rasa salah satu juga permasaalahan dalam mengendalikan isu ini adalah keghairahan media utama seperti TV3 yang nampaknya telah terlampau taksub mengeluarkan berita2 sensasi dengan bersekongkol dengan kumpulan2 yang sentiasa mencari isu dan mempembesarkannya keinginan memperjelaskan sampai rakyat marhaen jadi mual dan kini mempersoalkan objektif sebenar TV3.

Adakah TV3 ini sebenarnya sudah di trojankan? Sengaja meng'over' berita sehingga rakyat merasa muak dengan tingkah laku mereka. TV3 seharusnya mengambil pandanga proactif yang serious, kerana gerak kerja mereka sejak kebelakangan ini akan merugikan kerajaan.

Kalau benar lah ESKAY berniat untuk bertaubat dan menyesal dan ingin untuk menegakkan kebenaran, kita tidak perlu takut. Dan sekiranya, si pelaku itu sehari dua sebelum PRU13 akan memusingkan ESKAY, kita mesti berkata pada diri kita , kita telah buat yang terbaik di atas kehendak2  ALLAH sebagai orang Islam dan redha lah kerana mungkin ini satu ujian dari ALLAH.

Dan sesungguhnya apa yang terbaik datang dari ALLAH dan yang jahat adalah kita manusia. Kita merancang hanya ALLAH menentukan.

Walaubagaimanapun kita perlu juga jangan bersikap gopoh kononnya telah menang, kita harus sentiasa bersikap adil walaupun situasi kini berpihak kepada kita kerana apapun ALLAH akan sentiasa menguji kita walaupun kita dalam aras kemenangan. Kerana kemenangan yang mutlak adalah kemenangan kita kerana sentiasa bersama ALLAH.

Hanya ALLAH sahaja yang tahu akan usaha naluri kita dan kita hanya insan kecil yang ingin menyembahNYA dengan sebaik mungkin yang kita boleh.

Semoga ALLAH maafkan apa kekurangan kita sebagai bloggers kerana kita walau bagaimanapun masih juga manusia ciptaan ALLAH.

Amin.

___________________________________________________________________________
Ramai yang bertanyakan kemanakah CTS menghilangkan diri sejak 4-5 hari lepas? Sebenarnya tidak ke mana-mana. Sekadar menyepikan diri apabila video seks kononnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dimainkan saban waktu, setiap detik dan waktu. Blogger-blogger UMNO dan BN begitu ghairah menyiarkan video-video berkenaan dalam pelbagai versi, ada yang dua minit, 20 minit dan ada video yang memaparkan sepenuhnya apa yang berlaku dalam bilik berkenaan.






Setiap blog sejak 4 - 5 hari lepas memainkan isu berkenaan dan tiada isu lain penting lagi. Rating blog yang memainkan isu lucah berkenaan naik mencanak-canak. Tiada isu lain yang perlu dikupas sebab Rakyat Malaysia terutama pencinta blog dan portal maya begitu dahagakan berita-berita sensasi dan video-video lucah terutama video berkenaan sehingga diperkatakan di setiap pelusuk negeri dan negara. Nasib baiklah siaran Media Prima tidak terikut-ikut dengan blog-blog yang berkenaan mempromosikan video lucah secara terang-terangan di siaran kaca TV, dengan menyiarkan keseluruhan kandungan video seks berkenaan. Kalau tidak bagaimanakah ibu bapa dan penjaga kanak-kanak hendak menerangkan kepada anak-anak masing masing tentang kandungan video lucah berkenaan.

Saya tidak menyalahkan blogger-blogger BN kerana memainkan isu video lucah ini dengan begitu teruja sekali. Kita tidak boleh salahkan mereka, kerana masyarakat Malaysia umumnya lebih berminat isu-isu lucah, gossip, bogel dan sebagainya. Blogger-blogger juga mahukan rating blog yang tinggi. Apabila isu video lucah yang kononnya pelakonnya merupakan Ketua Umum PR, maka berduyun-duyun posting dikeluarkan semata-mata mahu menjadi glamour dan terkenal. Tidakkah kita terfikir, blooger-blogger BN dan UMNO terlalu mainkan isu ini sehinggakan ianya bakal memakan diri parti pemerintah BN sendiri? Dalam bahasa English dipanggil "overkill issues?"

Apa yang akan berlaku selepas ini? Tiada siapa dapat mengesahkan Anwar Ibrahim merupakan pelakon dalam video seks tersebut. Pihak polis masih lagi berdiam diri. Masing-masing baik bloggers, wakil media, ahli politik dan Rakyat Biasa mempunyai pendapat dan analisis mereka sendiri. Namun, dari pengamatan penulis, blogger-blogger mesra Kerajaan telah "overkill" isu ini. Kenapakah saya mengatakan sedemikian. Apa yang berlaku selepas 4 - 5 hari video penuh berkenaan dimainkan? Apakah PR sudah berpecah? Apakah PKR sudah dibubarkan? Bagi penulis "political mileage" akan berpihak kepada Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim, walaupun selepas ini akan didapati merupakan pelakon di dalam video berkenaan, secara amnya kita tidak nampak riwayat politiknya akan berakhir. Jangan terlalu mudah kita membuat kesimpulan. Politik adalah berdasarkan kepada persepsi. Tiada benar dan tiada salah. Pergilah kemana-mana ceruk rantau. Masyarakat akan mengatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah mangsa politik. Saya pulang ke kampung sejak beberapa hari lepas. Ramai orang-orang kampung masyarakat marhaen memberi pendapat bahawa mereka tahu Anwar Ibrahim bersalah dan Rakyat juga tahu. Tapi janganlah membenamkan beliau sehingga beliau tidak bernafas, kata mereka.

Anwar Ibrahim telah mendapat satu keuntungan daripada propaganda video seks yang tidak kenal letih daripada rakan-rakan bloggers dan media iaitu kemenangan simpati. Setuju atau tidak Anwar telah mendapat perasaan simpati daripada Rakyat. Ini bukan saya kata, cuba lihat apa yang berlaku di ceramah Anwar Ibrahim dan Dato'Nik Aziz di Padang Majlis Daerah Machang, Kelantan pukul 9.00 malam, 30 April lepas. Ribuan Rakyat hadir untuk menyaksikan Anwar Ibrahim berucap. Tanpa dibawa dengan bas, tanpa digula-gulakan dengan buah tangan, tiada makan percuma atau dijanjikan sesuatu, Rakyat dari setiap pelusuk datang mendengar ceramah Anwar Ibrahim, walaupun saya yakin hampir kesemua dari mereka saya pasti telah menonton video berkenaan. Sebab apa? Inilah kemenangan simpati Anwar Ibrahim kesan dari isu yang dimainkan sehinggakan memakan diri.

Saya mahu pembaca-pembaca saya berfikir walaupun saya tahu, pembaca-pembaca blog lebih suka isu sensasi dan bukannya mahu berfikir. Apabila Dato' Eskay bersumpah hari Jumaat lepas, heboh satu Malaya, walaupun kita tahu orang yang bersumpah itu masih belum meninggalkan kehidupan minum minuman keras dan kaki perempuannya. Satu Malaya heboh Anwar Ibrahim sudah kena "checkmate". Cuba bayangkan, saya kata cuba bayangkan, apa yang akan berlaku sekiranya dua hari sebelum Pilihanraya Umum ke 13 akan datang, Anwar Ibrahim muncul di sidang akhbar sambil mengatakan, "Wallahi, Wabillahi, Watallahi, Saya Anwar bin Ibrahim, bukanlah merupakan pelakun di dalam video seks yang dituduh kepada saya." Agak-agak tuan-tuan, kemanakah undi Rakyat Marhaen? Kesimpulannya, jangalah kita menganggap politik Anwar Ibrahim kecil anak dan boleh dibuli. Berhati-hatilah dengan segala permainan politik dan jangan terlalu yakin diri dengan strategi kita. Segalanya berkemungkinan di dalam politik! Wallahualam.


Sumber: CTS


Monday, May 2, 2011

Kalau benar Nik Aziz kata Anwar tak bersalah, boleh tidak diapun sumpah laknat yang Anwar tidak berada dalam video?

Jawapan itu saya tak tahu. Kalau orang lain yang tidak pernah menengok Video T itu, boleh bersumpah laknat untuk menyelamatkan rakan politiknya.
Ini Lagi pasal sumpah laknat. Satu tulisan yang baik dari lidah cicak.

______________________________________________

Hukum-Hakam Mubahalah


Al-Mubahalah (المباهلة) membawa maksud al-Mula’anah (الملاعنة) iaitu saling laknat melaknati. Dalam ertikata lain, saling berdoa diturunkan laknat ke atas individu yang berbohong dari kalangan orang yang bersedia bermubahalah. (Sila lihat al-Qamus al-Muhith) Mubahalah ini suatu yang dibenarkan (disyariatkan) di dalam Islam bertujuan menyatakan kebenaran dan memusnahkan kebatilan, juga untuk menegakkan hujah ke atas orang yang berpaling dari kebenaran setelah kebenaran itu ditegakkan ke atasnya.
Asas kepada pensyariatan Mubahalah ini ialah firman Allah S.W.T.

فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ
Maksudnya: “Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpa ke atas orang yang berdusta.” (Ali Imran: 61) Ayat ini diturunkan sempena dengan kedatangan wakil Nasara Najran ke Madinah yang berhujjah dengan Nabi S.A.W. tentang keyakinan batil mereka berkenaan Isa A.S. namun mereka tetap berkeras dengan keyakinan mereka yang batil itu setelah Nabi S.A.W. mendatangkan hujah yang jelas kepada mereka. Lalu Allah S.W.T. menurunkan ayat di atas supaya Nabi S.A.W. mencabar utusan Nasara itu untuk bermubahalah, namun cabaran itu telah ditolak oleh mereka disebabkan rasa takut atas perbuatan dusta mereka.
Dalam mubahalah setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika dia berada di pihak yang salah. Sebagai contoh satu pihak diminta menyebut: “Ya Allah! jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku”. Sementara pihak yang lain menyebut: “Ya Allah! jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku”.

Apakah Mubahalah khas untuk Nabi S.A.W. sahaja?
Tidak ada bukti yang menunjukkan mubahalah adalah khusus untuk Nabi S.A.W. sahaja. Bahkan mubahalah adalah suatu perkara yang dibenarkan kepada umat Baginda S.A.W. sehinggalah berlakunya kiamat. Ia juga tidak dikhususkan bersama Ahli Kitab sahaja, sebaliknya terhadap setiap golongan yang berselisih. Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi di dalam salah satu fatwanya menyebut:

ليست المباهلة خاصة بالرسول صلى الله عليه وسلم مع النصارى ، بل حكمها عام له ولأمته مع النصارى وغيرهم ، لأن الأصل في التشريع العموم ، وإن كان الذي وقع منها في زمنه صلى الله عليه وسلم في طلبه المباهلة من نصارى، فهذه جزئية تطبيقية لمعنى الآية لا تدل على حصر الحكـم فيها
Maksudnya: “Mubahalah bukanlah dikhususkan kepada Rasulullah S.A.W. bersama Nasara sahaja, akan tetapi ianya umum kepada Baginda dan kepada umat Baginda samaada bersama Nasara atau lainnya. Ini kerana asal dalam pensyariatan hukum, hukum itu umum (untuk semua, bukan khusus untuk Nabi), sekalipun mubahalah yang berlaku di zaman Nabi S.A.W. antara baginda dan Nasara Najran. Ini hanyalah sebahagian perlaksanaannya terhadap makna ayat (al-Quran), bukan menunjukkan terhad kepada hukum dalam keadan itu sahaja.” (Bil. Fatwa: 6238) 
 
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyebut antara pengajaran dari kisah cabaran Mubahakah antara Nabi S.A.W. dengan Nasara Najran ialah:

أن السُّنَّة في مجادلة أهل الباطل إذا قامت عليهم حجة الله، ولم يرجعوا بل أصروا على العناد أن يدعوهم إلى المباهلة، وقد أمر الله ـ سبحانه ـ بذلك رسوله، ولم يقل: إن ذلك ليس لأمتك من بعدك, ودعا إليه ابن عمه عبد الله بن عباس لمن أنكر عليه بعض مسائل الفروع، ولم ينكر عليه الصحابة، ودعا إليه الأوزاعي سفيان الثوري في مسألة رفع اليدين ولم ينكر ذلك عليه، وهذا من تمام الحجة
Maksudnya: “Bahawa menjadi sunnah dalam berdebat dengan ahli kebatilan, apabila telah ditegakkan hujah namun mereka enggan kembali kepada kebenaran sebaliknya terus berdegil, maka diseru mereka agar bermubahalah. Allah telah memerintahkan rasul-Nya berbuat demikian. Tanpa Allah menyatakan ini bukan untuk umatmu selepas ini. Sepupu baginda Abd Allah bin ‘Abbas juga pernah mengajak mereka yang membantah dalam beberapa perkara furu’ bermubahalah dengannya. Tiada seorang sahabat Nabi SAW yang membantah tindakan itu. Juga al-Auza‘i pernah mengajak Sufyan al-Thauri bermubahalah dalam masalah ‘mengangkat tangan’ tanpa ada yang membantah tindakannya. Ini adalah hujah yang kuat” (Ibn Qayyim, Zad al-Ma‘ad 3/562-563begin_of_the_skype_highlighting              3/562-563      end_of_the_skype_highlighting) Al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab juga pernah menyeru orang-orang yang menentangnya untuk bermubahalah sepertimana yang tercatit di dalam salah satu risalahnya:

وأنا أدْعُوْ مَنْ خَالَفَنِيْ إلى أحَدِ أرْبَع: إمَّا إلى كتاب الله، وإما إلى سنة رسوله، وإما إلى إجماع أهل العلم، فإن عاند دعوته إلى المباهلة
Maksudnya: “Dan aku menyeru kepada sesiapa yang menentangku kepada salah satu dari empat perkara: samaada kembali kepada Kitab Allah, atau kembali kepada Sunnah RasulNya, ataupun kembali kepada ijma’ para ulama atau jika dia degil juga aku menyeru dia kepada Mubahalah.”
Syarat-Syarat Mubahalah
(Disusun oleh al-Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Humaidhi (Kuliah Syariah dan Usul al-Din di al-Qasim) dalam tulisannya bertajuk Hakikat Mubahalah menyebut 5 syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu mubahalah dilaksanakan.)
1. Mengikhlaskan niat kerana Allah S.W.T. tidak boleh tujuan mubahalah ini dilakukan kerana hendakkan kemenangan dan memuaskan hawa nafsu. Sebaliknya ia dilakukan bagi tujuan menegakkan kebenaran, membela orang yang berada di atas kebenaran, menzahirkan kebenaran dan berdakwah kepada Allah
2. Berilmu. Mubahalah hendaklah dilakukan setelah adanya penjelasan dan dailog.
3. Orang yang menuntut Mubahalah itu terdiri dari orang soleh dan takwa.
4. Dilakukan selepas tertegaknya hujjah dan menzahirkan kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas.
5. Mubahalah itu dilakukan dalam perkara yang penting dari urusan agama, diharapkan dengan terlaksananya mubahalah tersebut terhasilnya maslahah kepada Islam dan Umat Islam, atau bagi menolak mafsadah.

Kesan Mubahalah
1. Ibn Hajar al-‘Asqallani berkata: “Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan.”
2. Seorang ulama India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari (الشيخ أبوالوفا ثناء الأمرتسري) telah melakukan mubahalah dengan Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang mendakwa dirinya seorang Nabi. Lalu Allah S.W.T. membinasakan Mirza Ghulam Ahmad selepas setahun dari hari mubahalahnya. Manakala al-Syeikh Abi al-Wafa’ terus dipanjangkan umurnya hampir 40 tahun selepasnya. (Sila lihat al-Qadyaniyyah Dirasaat wa Tahlil oleh Ustaz Ihsan Ilahi Zahir. m.s. 154-159)

Wallahu a’lam.
Sumber LIDAH CICAK 

Blog Archive