Sorry for this late posting.
Teman telah pergi keluar negara meliputi lapuran Olimpik Beijing yang baru habis semalam.
4 tahun teman akan ke London pulak...heheehe
Ingin saya kongsi bersama anda tentang isu yang membosankan yang dibentangkan oleh Majlis Peguam tempuh hari, iaitu perihal apa perlu kita buat bila seorang yang bukan berugama Islam masuk ke Ugama islam atau mengucap syahada.
Memang tidak di nafikan ada isu2 yang telah di gantungkan tanpa tali. Ini kemungkinan disebabkan banyak ulama2 kita tidak yakin apa Mahkamah Syariah perlu buat dalam isu-isu sebegini. Kerana banyak yang mereka ini mungkin takutkan kedudukan mereka dalam parti mungkin tergugat sekiranya mereka membuat satu rumusan yang tidak dapat diguna pakai dan boleh pecah apa2 pakatan. Kebanyakkan mereka ini mendapat idea2 mereka dari kitab2 orang lain. Umpama burung kakak tua.
Pendapat saya, dalam isu ini senang sahaja.
Sekiranya ada 'grey areas', kita gunakan sahaja konsep dimana ugama resmi adalah penentuan iaitu Mahkamah Syariah sebagai alat perundangan Ugama Rasmi boleh dan mesti digunakan untuk menentukan isu-isu ini termasuk kedudukan ugama anak-anak yang dibawah 18 tahun dan hak-hak si isteri atau suami yang telah automatis digugurkan kedudukan status kahwin mereka. Mereka-mereka ini mesti diberikan hak harta sepencarian kerana Islam tidak zalim.
Mereka yang mahu masuk Islam mesti di beritahu akan akibat2 sekiranya mereka tidak mewartakan status kemasukan mereka kepada ugama baru .
Dan juga diberi peluang untuk menyatakan seba, sekiranya mereka enggan wartakan. Dan satu permohonan resmi untuk pertimbangan secara tertutup hendaklah juga dikeluarkan bila mereka enggan mewartakan atas sebab keselamatan mereka.
Pada saya, ini adalah sealiran dengan konsep ugama islam sebagai ugama resmi, sebagaimana telah di terima oleh semua rakyat Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Kita tahu dahulu tidak ada isu. Hanya sekarang sahaja mereka2 dari PR ini mempertikaikan Islam sebagai ugama resmi dan Raja2 Melayu adalah ketua2 nya.
Kisah-kisah dan teropongan seorang siamang profesional di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Bukit Antarabangsa adalah kawasan berbukit ramai golongan artis dan professional tinggal. Blog ini kini mesra waktu pejabat. Sifat siamang adalah untuk melolong apa berita yang baik dan buruk di terima. Klik control play untuk mendengar lolongannya.
No comments:
Post a Comment