Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Friday, March 7, 2014

Loyar2 kita bodoh sangat ke?air Johor ke Singapura

Ada kah peguam kita BODOH sangat sampai tidak dapat menangkis hujah menteri luar Sinagpurapura

SINGAPURA 6 Mac. - Malaysia hilang hak untuk mengkaji semula harga air mentah yang dibekalkan ke Singapura, tegas Menteri Luar Singapura, K. Shanmugam.
Beliau berkata, ini berdasarkan syarat-syarat yang termaktub di bawah Perjanjian Air 1962.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap laporan media Malaysia yang menyatakan pentadbiran negeri Johor berhasrat menyemak semula harga air mentah yang dijual dari negeri itu ke Singapura.
`Perjanjian Air itu juga dijamin di bawah Perjanjian Pemisahan yang memberi kemerdekaan kepada Singapura pada 1965.
"Kedua-dua perjanjian itu merupakan perjanjian antarabangsa yang penting kepada kami, kedaulatan kami dan keselamatan kami. Syarat-syarat yang termaktub di dalamnya tidak boleh diubah oleh sebelah pihak,’’ katanya.
Shanmugam turut menyentuh tentang perkembangan terbaru kerjasama dengan Indonesia untuk menangani isu jerebu.
Menurutnya, satu laporan media kelmarin mendakwa majoriti anggota suruhanjaya Parlimen Indonesia pada dasarnya menyokong Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan.
Berita ini disambut baik kerana Indonesia merupakan satu-satunya negara yang belum mengesahkan perjanjian berkenaan.
"Tanpa Indonesia perjanjian tersebut tidak dapat dikuatkuasakan," katanya.
Sementara itu, Singapura sedang berusaha untuk menyambung semula kerjasama di wilayah Jambi dan pegawai kedua-dua negara telah mengadakan beberapa pertemuan.
Shanmugam berkata: "Kerjasama ini dapat membantu kerja-kerja menangani jerebu di lapangan dengan menyediakan bantuan teknikal dan menyediakan para petani dengan kaedah-kaedah alternatif untuk membersihkan ladang mereka, melaksanakan perladangan mampu sara dan amalam pembakaran sifar.’’


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140307/lu_01/Malaysia-hilang-hak---K-Shanmugam#ixzz2vFgd1hFJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive