Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Wednesday, March 12, 2014

MH370: Mengapa kita tiba2 menjadi pakar penerbangan, SAR, electronic, komputer , imigresen , penyiasat, operasi anti-pengganas Dan lain lagi?#PrayforMH370#Pray4MH370

Mengapa kita tiba2 menjadi pakar penerbangan, SAR, electronic, komputer , imigresen , penyiasat, operasi anti-pengganas Dan lain lagi?

Mengapa ya.?

Pertama, kita rakyat Malaysia. Dan kehilangan MH370 ini sedikit sebanyak telah banyak menyentuh perasaan kita. Kerana sebagai orang Malaysia , kita senang bermesra dan menjadi rapat sampai hampir setiap kenalan kita sudah macam keluarga kita juga.
Mengikut teori 6 degrees of freedom, walaupun tiada satu pun saudara mara kita yang dalam penerbangan itu, sedikit sebanyak kita kenal rakan2 atau kenalan yang mempunyai talian rapat dengan mangsa dalam MH370.
Maka dengan itu ramai dijalankan kita akan merasa kesedihan dan ingin menolong mengurangkan beban keluarga mangsa.Teori
Maka terbitlah ramai pakar2 pemyelidik dan juru analisa penerbangan termasuk penulis sendiri.

Kedua, sudah menjadi adat resam manusia suka memandai2 dan ingin menunjukkan2 kehebatan mereka dalam kalangan kawan2 dalam menyelesaikan masaalah. Dulu di kedai kopi, sekarang ini pula menerusi FB dan wassap ground.
Maka terbitlah teori konspirasi demi menunjukkan mereka lebih hebat dalam menyelesaikan masalah yang kian membutu,

Ketiga, dalam kebuntuan, orang Malaysia ini akan cuba menjadi penglipur lara agar kebuntuan ini tidak terus menjadi kemurungan. Maka terbitlah, cerita yang karut mengarut , termasuk yang satira2 politik yang digabungkan dengan cerita 2 Malaysia yang lama seperti kerajaan langit, bomoh King yang dicampur adukan dengan cerita P Ramlee, menteri Pasola dan pasir berdengung.

Kami sebagai rakyat Malaysia , pakar2 kopi segera ingin memohon maaf sekiranya cerita2 ini terlepas ke media sosial. Ini tidak termasuk komen2 yang memang berniat jahat , dan kata2 maki hamun melalui media sosial. Kerana mereka2 ini tidak masuk dalam kumpulan kami dan kami sekeras2nya mengutuk tindakan mereka yang memang tidak berhati perut langsung,


No comments:

Post a Comment

Blog Archive