Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Friday, April 13, 2012

Pas mestilah kurang berungut dalam memperjuangkan Hudud.

Itu lah dinamakan "hikayat lukman nurhakim".
Kerja merungut adalah satu kerja yang paling mudah dalam dunia. Ibarat tukang audit. Kalau nak cari salah orang memang kerja orang yang sifat semulajadinya mencari salah orang lain. Tetapi dengan adanya ISO 9001 dan ISO27000 maka auditor zaman ini kena beri rumusan bagaimana untuk memperbaiki sistem yang sedia ada.
Barulah boleh dikatakan seorang yang berfikiran konstruktif dan bukan sebaliknya, iaitu destruktif, yang terdapat dalam sifat kebanyakkan pemimpin dalam PAS.
Berkononkan Sijil professional tetapi pada hakikinya tidak professional dan hanya tahu berkata2 tetapi lemah dalam perlaksanaan.
Kita perlu kembali kepada sikap bermusyawarah barulah kita semua dalam PAS, UMNO dan PKR akan sentiasa makmur dan sejahtera dalam NIKMAT ALLAH SWT.
_____________________________________________________________________

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap 'Tok Guru' sebenarnya tidak mempunyai ilmu untuk menghasilkan draf hukum hudud yang ingin dilaksanakan parti itu di Kelantan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana Menteri Besar Kelantan itu bukan pakar dalam pelbagai bidang ilmu yang merangkumi undang-undang syariah, usuluddin, baitulmal dan zakat, fikah dan hadis.

"Sebenarnya, Nik Abdul Aziz hanya pakar dalam bahasa Arab dan kerana faktor itu Draf Perundangan Hukum Hudud Kerajaan Pas Kelantan 1990 tidak dirangka sendiri oleh ulama-ulama Pas sebaliknya terpaksa meminta bantuan ulama dari Asia Barat yang mana kredibiliti mereka kurang diyakini oleh kerajaan negara mereka sendiri.

"Nik Abdul Aziz mengatakan beliau seorang Tok Guru, jadi kenapa beliau tidak merangka sendiri draf perundangan tersebut dan terpaksa meminta bantuan luar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas hasrat Pas untuk terus melaksanakan hudud di Kelantan biarpun ditentang oleh sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Menurut Ibrahim, hukum hudud Pas itu boleh diibaratkan seperti nasi basi yang sudah dibuang dan kemudiannya dikutip semula untuk dihidangkan oleh Nik Abdul Aziz.

"Setelah Pas ketandusan modal untuk menghentam UMNO, maka nasi basi yang dikutip itu dipanaskan semula untuk dihidangkan kepada rakyat Kelantan dan penyokong Pas lain semata-mata untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.

"Pas berkata hendak berbincang semula tentang hukum hudud di Kelantan, jadi sekarang saya ingin mencabar Nik Abdul Aziz bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohammad Sabu dan semua ulama Pas supaya merangka sendiri Draf Pelaksanaan Hukum Hudud itu tanpa meminta bantuan luar dan hebahkan kepada rakyat Kelantan apabila siap kelak," katanya.

Ibrahim menambah, pelaksanaan undang-undang hudud itu juga harus dikuatkuasakan di semua negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dan tidak terhad di Kelantan sahaja.

"Namun, saya sangsi apakah mereka mampu melaksanakannya kerana apabila digertak sedikit oleh Penasihat DAP, Karpal Singh semua ulama Pas termasuk Abdul Hadi akan menggigil, kasihan penyokong Pas yang mudah ditipu dan dipermain-mainkan.

"Justeru, adalah lebih baik Pas menumpukan usaha mendidik pengikutnya supaya mendalami ajaran Islam yang sebenarnya dan lebih penting jangan berbalah dalam bab politik sebaliknya bersatulah untuk memakmurkan ekonomi negara dan perkara baik yang lain," katanya.
Sumber: anak seberang

No comments:

Post a Comment

Blog Archive