Beberapa hari yang lalu, perbualan kami berkisar pada kuda trojan dari PKR didalam UMNO.Ada PI amatur berhipotesis, bilamana BABI pergi ke jakarta, susul pula seorang Senator dan kemudian seorang yang penentang sebuah portal khabar dimana mereka-mereka ini pernah satu dulu ditahan dibawah ISA.
Kalau di analisakan corak ini, nampaknya si BABI bila datang ke ibunegara Indonesia ini akan di susul dan disondol oleh bekas2 pengikut mereka di sana. Adakah satu suratan atau kebetulan?
Lebih2 lagi lawatan itu berkisar kepada sebuah persatuan islam yang pernah satu masa dulu di asaskan oleh BABI dan disusurgaluhkan dengan 'anak'2 BABI yang kini ada yang menganggap telah menular sebagai kuda trojan atau trojan virus?
Kini timbul pula kisah perletakan jawatan Zaid dari PKR. Kitaran enikma kuda trojan kini kembali lagi. Kini dalam PKR itu sendiri.
Adakah Zaid juga seorang virus trojan yang di sumbat ke badan PKR? Soalan nya Zaid ini trojan untuk siapa? UMNO? atau rakan2 PKR sendiri. Pernah dikatakan oleh seorang tokoh politik, Aruah Dato' Mufti Shuib, bahawa "politik itu tiada kawan tetap dan lawan tetap".
Mungkin kah Zaid ini trojan DAP atau PAS? Kita tahu gerak perjuangan Zaid lebih bermiripkan perjuangan DAP, tapi kita juga tahu Zaid baru menjualkan bangunan UMNO di Kota Baharu kepada PAS. Dan kita tahu Zaid pun dah cakap, dia sekarang ini sudah bertaubat dan bukan lagi kaki botol, tapi mungkin kaki kicap atau tokyu kot.
Nampaknya politik Malaysia telah maju ke satu tahap yang lebih tinggi dalam segi pengintipan, macam CIA dan KGB dahulu kala, tapi lebih anggun.
Kalau ada pembaca yang tahu tolong beritahu jenis Anti-Virus yang boleh mengawas dan membersihkan virus2 politik ini.
Saya rasa politik kita yang terhebat di dunia kerana ia lebih melodrama dari senario politik di UK dan USA.
No comments:
Post a Comment