Ini kerana semasa teman sedang 'draft'kan tulisan hari itu. Teman telah cuba nak install Celcom Broadband Manager yang baharu. Tetapi ada masaalah sampaikan Socket yang digunakan oleh TCP/IP telah di corruptkan. Ini pun teman terpaksa guna computer yang lain untuk blog.
Kalau benar, kenapa Teman fikir KLPLUS tidak patut di tutup? Sepatutnya kalau tak hendakpun, jual lah pada yang minat.
1. KLPLUS adalah antara kelab yang dimana ia tidak membabitkan dana kerajaan negeri, tapi di jalankan sebagai satu syarikat, dimana keuntungannya selari dengan prestasinya dalam liga bolasepak. Maknanya, pengurusan tidak ada lain melainkan kena menang setiap permainan. Tidak ada comfort zone kerana pengurusan2 ini ada KPI yang sentiasa di perhatikan oleh UEM nombor satu.
2. Model kelab ini sama dengan model kelab2 di England dan Eropah yang lain. Dimana prestasi melambangkan keuntungan.
3. Bila sebuah kelab itu berprestasi tinggi maka anak2 muda dan yang tua jugak akan berupaya untuk mengkaitkan diri mereka dengan ikon bolasepak yang bermain dengan Kelab ini.
4. KLPLUS pula boleh mengambil peluang untuk membuat lebih untung dengan penjualan jersey, maskot dan apapun cenderahati, termasuk TouchNGo, teket-teket PLUS highway (bergambarkan pemain2 KLPLUS sebagai koleksi peminat)
5. Tiada obsesi kenegerian bila menyokong Kelab2 seperti KLPLUS. Sepatutnya, kerajaan menganjurkan semangat kesukanan bebas dari kenegerian. Kita tenguk sahaja sikap2 'pengganas' dari sesetengah pengikut pasukan bolasepak Kelantan. Mungkin in satu saka yang di sanubarikan kepada rakyatnya oleh kerajaan yang telah lebih dari 20 tahun memerintah.
6. Adalah disarankan agar FAM membubarkan format kenegerian ini. Kita wujudkan skim bebas cukai bagi kelab yang dioperasikan secara syarikat. Pemilik saham kelab ini boleh dimiliki oleh individu atau institusi lain. Laba dari keuntungan di bebaskan cukai selama 5+5 tahun.
7. Kejohanan berdasarkan kenegerian boleh diadakan pada penghujung liga Malaysia. Semasa itu kalau penyokong2 bolasepak nak bakar kereta ke nak main mercun ke itu lantak depa. Kalau masuk lokap, tanggung sendiri.
8. Pada peringkat pemulaan, tiap-tiap negeri perlu mengadakan sekurang2nya dua pasukan. Misalannya, dari
- Pahang, Kuantan Rangers dan Felda Pahang United atau Chini Dragonballerz
- Johor - JB City Rollers ke. Muar Amorers,
- Melaka, Bandar Hilir Conquistadors, Masjid Tanah Big Ben,
- Negeri Sembilan, NS Strikers, Rembau Son-outlaws
- Perak, Ipoh Merriers, Maxwell United
- Pulau Pinang, Jelutong Lions, Back Island (Balik Pulau) Hitters
- Kedah, AS Taichi Masters, Kulim Grasshoppers
- Perlis, Arau Dribblers (satu aje cukup - negeri kecik)
- Kelantan, KB Voodoos (Budu?) FC, GM Civets (Musang)
- Terengganu, KT Ganu United, Marang Marooners
- Sarawak, Kuching Super Cats FC, Miri Headhunters
- Sabah, Kinabalu Trekkers, Tawau Wowers
- Wilayah Persekutuan, KL ++ dan Labuan Pirates
Apa pandangan atau saranan saudara pembaca?
No comments:
Post a Comment