Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Saturday, February 21, 2009

ADUN Bukit Antarabangsa bakal MB Selangor yang baru selepas Khalid jatuh?

Mampukah Bukit Antarabangsa melahirkan Menteri Besar Selangor yang baru?

Kalau kita ikut blog ini:
http://www.utaraonline.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=1623
Utara Online Portal Rakyat Malaysia
Bahaya Di Semua Bukit - Gabungan Pakatan Rakyat dari PAS,PKR & DAP diminta berwaspada dengan bahaya disemua kawasan dun dan parlimen yang mereka wakili memandangkan cabaran getir ...

Walaupun masih terlalu awal, tapi ada yang mengatakan Peristiwa BukiteLanjanG is just a tip of an iceberg. Nobisha.blogspot.com pula pernah memperlupori "Art of Deception". Maka tidak mustahil, kes Eli Wong adalah pergolakan dalaman PKR. Kita tahu ada banyak isu-isu dalam seperti yang dinyatakan dalam blog ampangreform.blogspot.com yang masih bergolak didalam DUN Ampang.

Kita telah pula dengar kes Khalid Ibrahim dengan Lembu-lembu.Adakah ini secara suratan atau kebetulan (Kenny, Remy dan Martin - putar)? Adakah Kes-kes ini akan bertemu dimana YB Azmin kembali kepada pangkuan UMNO? Atau sebagai bebas pro-BN. Ada desas desus bahawa YB Azmin tidak puashati dan fed up dengan layanan dan kelokekan Khalid dan politik nerdnya terhadap mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Dan juga layanan Khalid terhadap kontraktor2 Bumiputera seperti dinyatakan dalam blog saya yang lalu (lihat posting Kera disusukan).

Kita tahu bahawa YB Azmin masih ada jambatan persahabatan dengan banyak pemimpin UMNO termasuk Dato' Zin Menteri JKR yang pernah turun padang ke Maryvale atas desakan YB Azmin perihal isu susur jalan keluar didepan Taman Sri UKAY. Walaupun teman fikir perkara ini tidak harus di politikkan tapi Dato' Zin telah turun padang melihat sendiri rintihan penduduk2 disana.
Kalau tiada persahabatan, lazim nya peristiwa turun padang tidak akan berlaku.
YB Azmin telah bertahun2 bertuankan Brother Anwar Bin Ibrahim, mungkin telah sampai masa YB Azmin harus mengambil jalan ronin (Tanpa ketua-bahasa Jepun) untuk kebaikan Melayu di Ampang dan Selangor secara amnya dengan merintis jalan ke satu jambatan perpaduan yang baik untuk bangsa dan negara. Dimana kalau tidak ke bukit yang pernah satu masa dulu begitu indah serta aman.

Dirgahayu dan Sejahteralah
Bukit Antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive