Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Monday, May 2, 2011

Al-fatihah: Mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika



Hanya Allah sahaja yang boleh 'menawan' Osama.
Semoga Rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang yang beriman.
___________________________________________________________________
Al-Qaeda founder and leader Osama Bin Laden is dead, according to US media reports citing officials.
The US is in possession of Bin Laden's body, the reports say. President Barack Obama is due to make a statement shortly.
Bin Laden is top of the US most wanted list.
He is accused of being behind a number of atrocities, including the attacks on New York and Washington on 11 September 2001

Source: CNN

Hanya yang jahil menolak hukum Allah, hukum sains dan teknologi CCTV!

Cuba amati betul-betul dan dengan fikiran terbuka apa yang dihujah oleh Astora Jabat ini. Adakah antara rumusan yang boleh di terima adalah selagi saksi yang digunakan adalah lebih baik dari 4 orang saksi maka saksi itu boleh diguna pakai. 

Oleh kerana CCTV adalah juga cipataan Allah kerana ia merupakan alat yang mengikuti hukum Allah dan dengan itu CCTY adalah saksi yang tidak akan membuat dosa, tidak menipu dan mengikut hukum sains dan teknologi, yang juga hukum2 Allah. 

Semua umat Islam wajib mempercayai hukum2 Allah maka segala ciptaan Allah boleh di gunakan sebagai saksi keatas apa kejadian dalam bilik yang dimana saksi-saksi yang secara tradisi diperlukan sesuatu yang amat mustahil. Amati hujah qarinah yang telah saya tandakan warna biru-bold. Ini amat penting kerana kita dituntut menimba ilmu selagi mana yang boleh. Selagi kita boleh membuktikan CCTV tidak disalahgunakan atau diganggu fungsinya maka rakaman CCTV boleh diguna pakai kerana ia mengikut2 hukum Sains dan Teknologi.
Hanya orang yang jahil atau mempunyai muslihat politik sahaja yang akan mengatakan Qazaf mesti di guna pakai dalam menegakkan kebenaran. Dan orang2 ini semestinya menolak hukum Allah iaitu hukum Sains dan Teknologi yang tunduk kepada hukum2 qadar Allah. Ini dibuktikan bila mana Rahim pernah dituduh, tetapi mereka2 ini tidak pula menggunakan Qazaf terhadap diri mereka.

Dan ini pula terjemahan Yusof Ali bagi Al-Imran Ayah 61:

61. If any one disputes in this matter with thee, now after (full) knowledge Hath come to thee, say: "Come! let us gather together,- our sons and your sons, our women and your women, ourselves and yourselves: Then let us earnestly pray, and invoke the curse of Allah on those who lie!"
Ada kah ini yang SK buat? Kalau benar, DSAI mesti juga bersumpah laknat agar umat Islam yang lain akan dapat meneruskan kerja harian dengan lebih tenang. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui megapa hukumnya di beri kepada kita.
____________________________________________________
Hukum-hakam agama di Malaysia selalu berhadapan dengan masalah kerana banyak sebab, salah satu yang paling ketara ialah kerap dicemari dengan manipulasi politik pelbagai pihak. Ramai orang Muslim di Malaysia pula menjadi keliru kerana isu agama atau berkaitan agama yang dibangkitkan telah dimanipulasi dan dipolitikkan secara halus atas nama hukum-hakam agama.
Maklumlah bila orang yang main peranan dalam mengeluarkan hukum agama secara manipulasi politik bukan calang-calang orang.

Tetapi mereka adalah orang yang berpendidikan agama tinggi yang bergelar ustaz dan ulama. Justeru ramai kalangan orang awam terpedaya dan percaya tanpa menyedari mereka itu bermain politik dan melaksanakan manipulasi politik ketika mengeluarkan hukum agama.

Dalam perkembangan terbaru adalah contoh manipulasi politik dalam hukum agama yang dikeluarkan oleh pihak yang membela seorang pemimpin kanan pembangkang yang didakwa pelaku aksi seks dalam rakaman video.

Golongan agama itu menerusi hukum agama yang bersifat selektif dan tidak lengkap mendakwa bahawa pertuduhan zina hanya wajib dibuktikan dengan empat saksi sahaja. Perkara ini tidak tepat kerana ada pandangan kedua daripada ulama-ulama lain mengatakan pertuduhan zina boleh dibuktikan melalui qarinah, iaitu bukti bandingan yang kuat boleh digunakan bila tidak mempunyai empat saksi.

Malah jika ditolak qarinah sebagai bukti sekali pun seseorang pelaku seks jika disabit kesalahannya tidak akan terlepas daripada hukuman kerana mesti dilaksanakan ke atasnya juga hukuman takzir yang terserah kepada pertimbangan hakim atau mahkamah.


Selain itu tidak tepat juga golongan agama tersebut menggambarkan ajaran Islam menuntut orang Muslim supaya menutup aib orang Muslim yang lain tanpa pengecualian. Mereka membuat gambaran begitu kerana membawa sebahagian sahaja ajaran Islam dengan menyembunyikan sebahagian yang lain bagi membela pemimpin pembangkang berkenaan.


ajaran

Memang benar ajaran Islam menuntut orang Muslim menutup aib orang Muslim yang lain. Tetapi tidak secara mutlak. Kerana penutupan aib orang Muslim itu adalah bersyarat seperti dijelaskan dalam kitab-kitab fiqah, iaitu mesti orang Muslim yang wajib ditutup aibnya itu bukan yang terkenal sebagai zalim, jahat, rosak, fasik, rasuah, tidak bermaruah, tidak bermoral dan sebagainya.

Sedangkan jika orang Muslim terkenal sebagai zalim, jahat, rosak, fasik, rasuah, tidak bermaruah, tidak bermoral dan sebagainya, maka wajib atau harus didedahkan kejahatan serta hukuman pula perlu dilaksanakan ke atasnya.

Jika begitulah ajaran Islam memperlakukan ke atas orang Muslim di kalangan orang awam yang terlibat dalam kejahatan dan jenayah, maka sudah tentu lebih serius lagi tuntutan pendedahan dan hukuman yang perlu diperlakukan kepada para pemimpin yang terlibat dan kejahatan dan jenayah yang sama.

Begitu juga tidak tepat menganggap orang yang mendedahkan kejahatan dan jenayah orang lain tanpa saksi yang memadai seperti empat saksi dalam kes zina wajib dikenakan hukuman qazaf secara mutlak, iaitu hukuman 80 sebatan. Ini kerana hakikatnya hukuman qazaf dikenakan hanya ke atas pendedah atau penuduh yang tidak mengemukakan sebarang bukti.

Sebaliknya jika pendedah atau penuduh itu mengemukakan bukti yang kukuh walaupun tanpa empat saksi, iaitu bukti berupa qarinah, dia tidak dikenakan hukuman qazaf. Sebaliknya orang yang didedah dan dituduh pula yang dikenakan hukuman menurut prosedur takzir.

Hakikatnya isu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang itu bukan sahaja mendapat perhatian di Malaysia, tetapi turut mendapat perhatian juga di tempat saya di selatan Thailand dan seluruh negara Islam. Ini kerana pemimpin kanan pembangkang itu terkenal di seluruh negara Islam sebagai pemimpin pergerakan Islam berwibawa sebelum beliau didakwa terlibat dalam liwat kali pertama dan kedua.


Ramai di kalangan orang Muslim di Thailand dan seluruh dunia melihat pemimpin kanan pembangkang berkenaan sebagai mangsa politik dalam kes liwatnya. Bagaimana pun pandangan masyarakat Muslim sedikit berubah kebelakangan ini dengan pendedahan media berbanding masa lalu terutama selepas muncul pendedahan Wikileaks. Mungkin lebih ramai masyarakat Muslim akan berubah pandangan pula selepas video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang berkenaan dimuat naik ke Youtube.

Berdasarkan perbincangan dengan beberapa orang guru agama di selatan Thailand yang menonton mukadimah zina dalam video seks itu, saya mendapati ada di kalangan mereka berkata, ini tidak perlu lagi kepada empat saksi.


Malah ada juga yang berkata, ini lebih kuat daripada empat saksi, bukan dalam konteks hukum hudud yang tidak pernah dilaksana pada zaman awal Islam kecuali melalui pengakuan itu, tetapi dalam konteks hukum sains dan teknologi yang meyakinkan.

pemimpin


Sesetengah guru agama berhujah, sukar untuk percaya jika ada lebih empat orang hamba Allah mendedah tentang skandal seks seorang pemimpin termasuk mereka yang menjadi objek pemimpin berkenaan, sama ada wanita mahupun lelaki (yang kena liwat). Tetapi sebaliknya bila menonton rakaman video yang mengandungi adegan-adegan seks perzinaan sesuatu pasangan kerana meyakinkan.

Pandangan beberapa guru agama selatan Thailand ini tepat dan sejajar dengan beberapa pandangan ulama yang menganggap qarinah boleh meyakinkan dan boleh mensabitkan hukuman sekurang-kurangnya hukuman takzir. Rakaman video, rakaman audia, rakaman gambar, asid deoksiribonukleik (DNA) dan sebagainya adalah qarinah belaka.

Sumber ASTORA JABAT

Sunday, May 1, 2011

Rancangan melenyapkan Anwar dari PKR kini bermula

Adakah penghantaran kepada S Manikavasagam ini di rancang? Kalau ya, oleh siapa? Kenapa Mani yang terima CD itu tidak orang lain...HAHAHAHA? Kenapa tidak Wan Azizah atau Nurul atau Ehsan. Atau the 3 stooges? Ataupun tidak pada pengedar kereta terpakai haram dari Singapore?

Kalaulah benar pelaku video ini bukan Anwar, kenapa tidak diam sahaja. Kerana lapuran S Mani, sudah tentu tahu Polis akan mengambil tindakan bila ada lapuran polis. 
Dan sudah tentu, Polis akan juga siasat siapa pelaku2nya dan siapa yang merakamnya.
Keadaan akan lagi runcing jika keputusan siasatan itu hanya berdasarkan dari keterangan kumpulan Datuk T sahaja. 

Jadi, bila dengan adanya lapuran polis oleh orang dari PKR sendiri, maka ada locus standi untuk PDRM menyiasat ke lubang cacing. Ini termasuk menggunakan apa2 yang perlu untuk memastikan pelaku itu bukan Anwar. 

Itu kalau bukan. Kalau ya, bagaimana. Tiap2 lapuran mesti ada hasil siasatannya. 
Ini bukan sahaja soal edaran, ia juga soal siapa yang melakukannya kerana hanya dia boleh membuktikan bahawa dia bukan sebahagian dari edaran haram video itu. 
Kalau si pelaku itu bukan orang  Islam dan dia tidak tahu menahu keatas rakaman itu, maka tiada apa tuduhan yang boleh dibuat melainkan 'China Doll' itu benar2 pelacur dan bukan Wan Azizah.

Sekiranya pelaku itu orang Islam, maka mahkamah syariah boleh menuduhnya berzina atau sumbang mahram.
Jadi, bagaimanapun , S Manikawavasaga akan ada peluang untuk naik pangkat sekiranya Jawatan yang disandang oleh DSAI dikosongkan atau pelaku Video itu bukan DSAI. It is an ALWAYS WIN situation.

P/S Kepada para pembaca budiman, saya mohon maaf sekiranya posting sebelum ini yang telah saya poskan hari itu menyinggung atau merangsangkan anda. Tujuan saya semata2 adalah untuk menunjuk bagaimana deformnya si anu itu sekiranya seseorang itu menggunakan kaedah Suction Pump. Kaedah ini sudah menjadi gejala yang tidak sihat yang diniagakan. Saya akan memaparkan cerita bagaimana seorang bekas pemimpin negara pernah menjadi pengamal kaedah ini dimana kalau terlebih boleh membawa mudarat terhadap diri sendiri.

Profil S. Mani:
S. Manikavasagam (born 27 June 1965[1]) is a Malaysian politician and is currently the Member of the Parliament of Malaysia for the Kapar constituency in Selangor. He is a member of the Keadilan (PKR) party in the Pakatan Rakyat opposition coalition.
Manikavasagam was elected to Parliament in the 2008 election, winning the seat of Kapar, previously held by the Barisan Nasional coalition.[2] Before his election, Manikavasagam was a prominent leader in the Hindu Rights Action Force (HINDRAF).[3][4]
In December 2008, Manikavasagam announced he would leave Keadilan, citing disappointment with the party's leadership in Selangor.[5] He eventually resigned from a leadership position within Keadilan, but not from the party itself.[6]  (Dia ni memang dah ada kes tidak puas hati dengan Anwar - SBA)

In June 2009, an arrest warrant was issued for Manikavasagam after he allegedly refused to respond to a subpoena to testify to an inquest into the death of an actress.[7] Manikavasagam applied to have the warrant set aside,[8] and eventually testified at the inquest.[9] Less than two weeks later, Manikavasagam was arrested over an unrelated public demonstration.[10]
______________________________________________________
Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand semalam. Manikavasagam, wakil rakyat PKR, juga mempersoalkan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan "Datuk T" mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu.
Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.
Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.
"Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza," kata beliau kepada pemberita di sini.
"Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?" kata beliau kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.
Katanya, CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini.
"Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan," kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam.
Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asal atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal.
"Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama," katanya.
Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand.
"Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan.
"Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN," kata Surendran.
Semalam, salah seorang "Datuk T" iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul.
Turut hadir dua lagi "Datuk T", bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Kelmarin, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.
Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar.
Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit.
Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua kali termasuk yang terbaru semalam.
Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu.
Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan "lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak."
Polis sedang menyiasat "Datuk T" di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Awal minggu ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini.
Beliau juga berkata akan "mendedahkan" identiti pelaku pada masa yang sesuai.
Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari kelmarin.
Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube.

Sumber: Sharpshooter

Saturday, April 30, 2011

Al Imran


Sementara itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris, berkata proses mubahalah ada dinyatakan di dalam al-Quran melalui ayat al-Imran ayat 61. 


“Perkara ini adalah kemuncak untuk mendapatkan kebenaran bagi mengelak tuduh menuduh... jadi mereka yang saling menuduh boleh bersumpah laknat untuk menyatakan apa yang dikatakan itu adalah perkara benar.
“Mubahalah dilakukan untuk menyatakan kebenaran dan menegakkan hujah terhadap sesuatu perkara yang tidak dapat dibuktikan dengan setiap individu berdoa bersungguh-sungguh dan bersumpah saling melaknat antara satu sama lain,” katanya. 

Friday, April 29, 2011

Video T: Sam Ketot dan kuncu2 biol cemari masjid Bandar Baru Sentul

Ketua AMK, yang dikenali sebagai Sam Ketot, berjaya mencemari kesucian Masjid di Bandar Baru Sentul yang dikatakan tempat Datuk Eskay dan TS Rahim Thambychik akan bersumpah laknat.

Saya dan rakan blogger saya telah ke sana untuk meninjau keadaan dan meyaksi pertama kali orang Islam bersumpah laknat dalam masjid. Saya mengaku yang saya tidak pernah saksikan dalam hidup saya sumpah laknat sebegini.

Keadaan nampak tenang semasa kami sampai diruang luar masjid. Nampak beberapa orang pemberita sedang duduk bersama beberapa orang yang tidak dapat dipastikan mereka pengikut pakatan pembangkang, BN, atau Atas Pagar.

Yang nyata keadaan bertambah tegang selepas solat Jumaat bila tampak seorang pegawai masjid itu sendiri sengaja menhangatkan keadaan menjerit Takebeer dengan kuat dan disambut dengan penganut ajaran sesat dengan lebih kuat lagi.

Pengikut2 Sam Ketot ini bagaikan orang terasuk syaitan asyik meracau dan ada cuba memijak pegawai JAWI yang agaknya datang semata2 untuk memastikan acara Sumpah itu dijalankan dengan cara yang betul dan tidak menghina masjid sebagai ruang untuk orang Islam beribadah dan juga untuk membersihkan dirin mereka dalam hal2 yang tertentu.



Sam Ketot dan samseng2 masjid telah mengambilkan kesempatan dengan mengugut Pegawai Masjid dan JAWI. Apa lagi, jadilah hero ketot ini yang tingginya lebih sedikit dari Ibrahim Pendek.

Yang peliknya bukankah Sam Ketot pernah mengaku beliau ada simpan banyak Video Lucah yang kononnya membabit pemimpin tertentu. Beliau yang membawa dan mnegupah beberapa pelajar Universiti yang masih berhingus untuk membawa spanduk "Qazaf" yang sudah pasti mereka ini di 'kaldaikan' oleh PGayR dan sudah ternyata bahawa mereka sendiri tidak faham hukum Qazaf. Sudahlah itu, Pakatan Pembangkan nampaknya dapat hanya menarik minat orang gila yang seperti dirasukkan hantu yang asyik mengugut mana orang2 Islam yang datang untuk menyaksikan sumpah laknat ini yang nampak marah dengan tindak tanduk PGayR dan PAS yang sengaja mencermari ruang minbar dengan memaki hamun dengan perkataan "Puki Mak" dan lain-lain lagi.

Bedebar hati saya, kerana ini dalam masjid. Kita harus bersabar walau bagaimanapun. Ini tidak mereka asyik terpekik terlolong macam Allah sendiri tidak tahu yang NYA Maha Besar.

Ikut sesetengah pihak, darah mereka ini halal kerana mencemari masjid dan bertindak melarang orang Islam lain untuk menggunakkan masjid untuk membersihkan mereka dari tuduhan menfitnah. Ini adalah jalan yang sudah disediakan. Pernah juga Anwar Ibrahim bersumpat sekali semasa zaman reformasi dahulu kala semasa saya juga pernah tertipu dengan imej yang di bawakan oleh Anwar Ibrahim.

Saya akan post satu link yang menunjukkan Sam Ketot berucap dan mengugut AJK masjid dan Pegawai JAWI. Kalau kamu tak nampak Sam, sahlah dia itu ketot.
Update: Kami balik dalam pukul 3. Pada pukul 4 ptg, Dato' Eskay datang dan membuat sumpah laknat.


Lihat juga di blog APA dan Taiping Mali.

Blog Archive