Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Wednesday, March 12, 2014

MH370: Mengapa kita tiba2 menjadi pakar penerbangan, SAR, electronic, komputer , imigresen , penyiasat, operasi anti-pengganas Dan lain lagi?#PrayforMH370#Pray4MH370

Mengapa kita tiba2 menjadi pakar penerbangan, SAR, electronic, komputer , imigresen , penyiasat, operasi anti-pengganas Dan lain lagi?

Mengapa ya.?

Pertama, kita rakyat Malaysia. Dan kehilangan MH370 ini sedikit sebanyak telah banyak menyentuh perasaan kita. Kerana sebagai orang Malaysia , kita senang bermesra dan menjadi rapat sampai hampir setiap kenalan kita sudah macam keluarga kita juga.
Mengikut teori 6 degrees of freedom, walaupun tiada satu pun saudara mara kita yang dalam penerbangan itu, sedikit sebanyak kita kenal rakan2 atau kenalan yang mempunyai talian rapat dengan mangsa dalam MH370.
Maka dengan itu ramai dijalankan kita akan merasa kesedihan dan ingin menolong mengurangkan beban keluarga mangsa.Teori
Maka terbitlah ramai pakar2 pemyelidik dan juru analisa penerbangan termasuk penulis sendiri.

Kedua, sudah menjadi adat resam manusia suka memandai2 dan ingin menunjukkan2 kehebatan mereka dalam kalangan kawan2 dalam menyelesaikan masaalah. Dulu di kedai kopi, sekarang ini pula menerusi FB dan wassap ground.
Maka terbitlah teori konspirasi demi menunjukkan mereka lebih hebat dalam menyelesaikan masalah yang kian membutu,

Ketiga, dalam kebuntuan, orang Malaysia ini akan cuba menjadi penglipur lara agar kebuntuan ini tidak terus menjadi kemurungan. Maka terbitlah, cerita yang karut mengarut , termasuk yang satira2 politik yang digabungkan dengan cerita 2 Malaysia yang lama seperti kerajaan langit, bomoh King yang dicampur adukan dengan cerita P Ramlee, menteri Pasola dan pasir berdengung.

Kami sebagai rakyat Malaysia , pakar2 kopi segera ingin memohon maaf sekiranya cerita2 ini terlepas ke media sosial. Ini tidak termasuk komen2 yang memang berniat jahat , dan kata2 maki hamun melalui media sosial. Kerana mereka2 ini tidak masuk dalam kumpulan kami dan kami sekeras2nya mengutuk tindakan mereka yang memang tidak berhati perut langsung,


Sunday, March 9, 2014

#Pray4MH370: Tien Chua sabotaj sebaik sahaja istihar perang kepada Najib?#PrayForMH370 $MH370


Setahu saya, sebaik sahaja Tien Chua istihar perang keatas kerajaan BN, MH370 hilang pada malam itu juga,
Pertama, ada unsur passpot palsu digunakan oleh warga Barat.

Kedua, Juruterbang dikenalpasti sebagai penyokong kuat PKR seperti kebanyakkan pemandu kapalterbang yang lain di MAS.

Ketiga, apa buat pegawai imigresyen? Tidakkah mereka mempunyai system yang canggih. Juga, tidakkah Negara Cina boleh double check lebih2 lagi penerbangan ini adalah code sharing oleh syarikat penerbangan Cina,

Perlu diingat Tien Chua juga ada terbabit dengan hubungan dengan Sultan Sulu kecing manis yang cuba langgar Sabah.
Dan hampir genap setahun peristiwa Sabah dilanggar penggannas.
Tidakkah ini bukan secara kebetulan.

Saya rasa Tien Chua perlu disoal siasat.....mungkin dia tahu apa yang terjadi.

 

Friday, March 7, 2014

Loyar2 kita bodoh sangat ke?air Johor ke Singapura

Ada kah peguam kita BODOH sangat sampai tidak dapat menangkis hujah menteri luar Sinagpurapura

SINGAPURA 6 Mac. - Malaysia hilang hak untuk mengkaji semula harga air mentah yang dibekalkan ke Singapura, tegas Menteri Luar Singapura, K. Shanmugam.
Beliau berkata, ini berdasarkan syarat-syarat yang termaktub di bawah Perjanjian Air 1962.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap laporan media Malaysia yang menyatakan pentadbiran negeri Johor berhasrat menyemak semula harga air mentah yang dijual dari negeri itu ke Singapura.
`Perjanjian Air itu juga dijamin di bawah Perjanjian Pemisahan yang memberi kemerdekaan kepada Singapura pada 1965.
"Kedua-dua perjanjian itu merupakan perjanjian antarabangsa yang penting kepada kami, kedaulatan kami dan keselamatan kami. Syarat-syarat yang termaktub di dalamnya tidak boleh diubah oleh sebelah pihak,’’ katanya.
Shanmugam turut menyentuh tentang perkembangan terbaru kerjasama dengan Indonesia untuk menangani isu jerebu.
Menurutnya, satu laporan media kelmarin mendakwa majoriti anggota suruhanjaya Parlimen Indonesia pada dasarnya menyokong Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan.
Berita ini disambut baik kerana Indonesia merupakan satu-satunya negara yang belum mengesahkan perjanjian berkenaan.
"Tanpa Indonesia perjanjian tersebut tidak dapat dikuatkuasakan," katanya.
Sementara itu, Singapura sedang berusaha untuk menyambung semula kerjasama di wilayah Jambi dan pegawai kedua-dua negara telah mengadakan beberapa pertemuan.
Shanmugam berkata: "Kerjasama ini dapat membantu kerja-kerja menangani jerebu di lapangan dengan menyediakan bantuan teknikal dan menyediakan para petani dengan kaedah-kaedah alternatif untuk membersihkan ladang mereka, melaksanakan perladangan mampu sara dan amalam pembakaran sifar.’’


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140307/lu_01/Malaysia-hilang-hak---K-Shanmugam#ixzz2vFgd1hFJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Blog Archive