Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Tuesday, January 21, 2014

Tindakan 90% tepat untuk memajukan Bolasepak di Malaysia oleh kerajaan negeri Terengganu



Saya amat teruja dengan tindakan kerajaan negeri Terengganu melaburkan dalam dua pasukan bolasepak.
Walau bagaimanapun ada pembaikan yang boleh di buat lagi.

Pasukan bolasepak kita boleh di kirakan tidaklah begitu memerangsangkan dari segi prestasi kerana tidak dalam ketegori 50 terbaik didunia. Kita kini berada di tangga 154, satu tangga di bawah LAOS. KJ - please take note. It is your KPI too.


1. Salah satu punca kemerosotan sukan ini adalah format pertandingan yang terlampau kenegerian. Format yang selama ini dijalankan oleh Negara2 top 50 adalah berdasarkan pertandingan komersial. Format yang saya cadangkan adalah penubuhan kelab2 secara komersial dan di sokong oleh Kerajaan melalui geran dan pelepasan cukai.
2. Saya cadangkan diujudkan segera liga2 seperti EPL
3. Dimulakan dengan setiap negeri menubuhkan sekurang2 nya 2 kelab yang dipegang syer oleh sesiapa sahaja melalui IPO.
4. Untuk 14 negeri, sekurang2 nya 28 pasukan boleh di mulakan. Kemasukan pasukan baharu boleh dipertimbangkan tahun ke setahun berdasarkan modal dan liga ini boleh dikembangkan ke 4 liga (88 pasukan).

5. Nama-nama kelab seharusnya tidak mempamirkan nama negeri. Namun, nama tempat seperti Kuantan rangers, Masjid Tanah Big Ben, JB Rangers, KB Red Warriors harus di beri dorongan. Ini menggalakkan pasukan itu boleh disokong oleh sesiapa sahaja. Saya, sebagai orang Melaka, tidak akan terdorong untuk menonton permainan Melaka kerana prestasi mereka tidak memuaskan selepas RTC tiada lagi dipucuk pimpinan Melaka.
6. Pertandingan antara negeri (Home State Championships) boleh dijalankan semasa off season. Bagi setiap negeri bolehlah diambil pemain berdasarkan status kerakyatan negeri masing2 atau telah bermaustatin lebih dari 10 tahun dan tidak pernah bermain untuk negeri lain.

7. Satu lagi sebab yang destruktif adalah struktur FAM yang tidak produktif. Seharusnya dirombak dan pembodek2 Tuanku dalam majlis pengurusan FAM harus di buang. Tuanju sebagai patron seumur hidup harus memantau KPI setiap pengerusi yang dilantik dikalangan rakyat dan bukan berdarah raja bergelar. Tuanku akan memastikan yang KPI dicapai dari tahun ke tahun.


_____________________________________________
KUALA TERENGGANU (15 Januari 2914) - Kerajaan negeri sedia membuat pelaburan besar dalam dua pasukan bola sepaknya bagi memastikan kelangsungan usaha pembangunan dan kualiti pasukan Terengganu FA dan T-Team, sekali gus untuk menjulang kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia, musim ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ini kerana kerajaan negeri melihat cabaran pasukan-pasukan lawan lebih hebat dan sengit berbanding musim sebelumnya.

"Masalah bajet kewangan tidak timbul, apa yang penting kita harap kedua-dua pasukan ini akan berjaya membawa pulang salah satu piala tahun ini," katanya tanpa mendedahkan jumlah pelaburan yang akan dilakukan itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pemain, jersi baharu dan menandatangani kontrak pasukan Liga Super Terengganu FA dan T-Team 2014 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) di Kuala Terengganu, lama tadi.


Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Menurut Ahmad Said, Kerajaan Negeri bersedia memberikan ganjaran sewajarnya bagi meningkatkan prestasi pemain sekiranya mereka menunjukkan permainan cemerlang dalam setiap perlawanan.

Katanya, pada tahun ini pasukan Terengganu FA dan T-Team membariskan pemain terbaik dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut.

Dalam pada itu, Ahmad memberi peringatan bahawa pihak pengurusan pasukan akan menggugurkan mana-mana pemain yang cuba menjual perlawanan dan tidak berdisiplin.

"Tidak ada kompromi dan pemain-pemain terbabit akan digugurkan sekiranya didapati terlibat dalam masalah ini," katanya yang tidak akan menerima mana-mana pemain yang ingin mencari keuntungan cepat tetapi membunuh masa depan dan karier mereka sendiri.

Pada majlis itu, Terengganu FA menerima tajaan sebanyak RM2.3 juta manakala T-Team pula RM2.7 juta. 

Ahmad Said bagaimanapun berkata, tajaan berkenaan masih tidak mencukupi untuk mengurus kedua-dua pasukan berkenaan dan kos selebihnya akan ditanggung kerajaan negeri.

Sementara itu, Wan Ahmad Nizam berkata hampir keseluruhan barisan pemain Terengganu FA dan T-Team musim ini terdiri daripada anak-anak Terengganu dengan sasaran membawa pulang Piala Malaysia musim ini.
Katanya, pemain yang sebelum ini bermain di luar Terengganu, telah dipanggil untuk berkhidmat dengan pasukan negeri sendiri.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Blog Archive