Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Friday, October 25, 2013

Sistem Pemilihan baru berjaya merojakkan UMNO Ampang dan juga memenangkan Calon Kalah untuk PRU 14 #NajibRazak @NajibRazak

Pelik bin Ajaib.

Sistem Pemilihan UMNO kali ini membawa UMNO Ampang kepada satu situasi yang amat pelik.

Pertama, masing2 dari team yang berbeza dari Team Ketua Bahagian iaitu Dato' Ismail Kijo yang bertanding dengan niat untuk meremajakan (bukan merojakkan) Bahagian Ampang dan telah juga menyatakn hasrat beliau untuk tidak bertanding dalam PRU14.

Timbalan Ketua adalah dari Team Azman Wahid yang kalah teruk kerana berada di tangga kedua corot dengan 52 undi (Sekitar 10 cawangan). Namun ada yang menyatakan akibat permainan mereka agak tidak serasi atau rentak permulaan yang salah dengan gadingan yang tidak seiring sejalan membuat disaat2 akhir Team Azman-Dato Bad-Hatta berpecah dan melihat Azman wahid berganding pula dengan Sheikh Arziman dan Hatta tersendrian . Dato Bad pula meng'up'kan gamenya dengan jamuan Steamboat bersama wanita. Timbalan Ketua Bahagian membawa Dato' Bad ke satu platform yang kali kedua untuk dia menjadi Calon do PRU14 dengan harapan beliau dapat bersiap sedia untuk merampas kembali Lembahjaya atau Parlimen dari Pakatan Rakyat. Dengan kebijaksanaan Dato Bad ini beliau dapat menrencanakan program untuk lebih mendekati di sekitar Ampang termasuk di kawasan Bukit Antarabangsa.

Naib adalah seorang lawyer, Nadzim yang pernah bertanding di DUN Bukit Antarabangsa. Beliau adalah dari Team ASN yang kemudian menjadi ABN bila Dato' Bad berjaya menjadi dari jadi peserta solo menjadi peserta berkumpulan bila Safarizol digugurkan dari team A (Aziz) , S (Safarizul) dan N(Nadzim) diatas faktor, Mahu Menang dengan apa cara pun, tertentu.

Proses merojakkan bermula dengan masing-masing ke Sungai Limau dengan Team masing2. Timbalan dengan Bas, Naib dengan cara nya sendiri dan Ketua Bahagian menaikki kereta bersama barisan pegawainya yang akan menjadi pendekar2 peribadi di bahagian untuk bertempur dengan Naib dan Timbalan yang tidak sehaluan dengan beliau. Biduk lalu Siamang bergayut. Ki Ki Ki
 

Thursday, October 17, 2013

Dr Wahab versus Prof Dr Ridza from UIA.. siapa yang lebih hebat atau yang lebih benar? #NajibRazak

Aiseyman, kawan teman, pakar radio design, pun ada dikatakan terbabit dengan Datuk Dr Wahab.
Kawan teman (seorang Donatello Ninja Turtle Sapura) ini kebetulannya dari Bukit Antarabangsa. Ini membuat saya lagi berminat mengulas sedikit.


Kawan saya ini memang tegar bersama kita dan Dr Wahab semasa zaman beliau bersama Motorola melawan arus anti-Melayu dengan pendirian beliau yang akan sentiasa memberi ruang yang ekstra kepada graduan Bumiputera yang ingin bekerja di Motorola yang ketika itu terkenal dengan dasar anti-Melayu oleh pengurus di bahagian RND Motorola.
Saya berkesempatan menerima tawaran untuk dating interview dimana beliau arahkan tiket terbang saya dari Kelumpur direbatkan selepas saya ditemuduga,
Namun saya kurang sedikit setuju kalau Dr Wahab ini anti-Melayu. Saya pun kenal Prof Dr Reza. Prof ini pun hebat jugak. Saya tidak tahu kenapa RND Crypto ini tidak dapat diteruskan, Banyak factor kita harus selidik sebelum menuduh yang bukan2.
Berkenaan dengan Raj, saya ada juga dengar sindiket oursourcing membawa orang2 luar dari Benua kecil di Bharat, kerana saya pernah dihubungi jugak untuk memberi khidmat runding,
Selebihnya: disini.
 

Monday, October 7, 2013

Seramai 33,012 Jumlah Muktamad Keseluruhan Calon Layak Bertanding, tindakan disiplin di Ampang?

Malam ini ada mesyuarat di UMNO Bahagian Ampang.
Tunggu siapa yang layak dan tidak layak bertanding
_____________________________
KUALA LUMPUR, 7 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli, hari ini mengumumkan jumlah muktamad keseluruhan perwakilan yang bertanding di semua peringkat termasuk bahagian adalah berjumlah 33,012 orang.
Daripada jumlah tersebut, 495 telah menarik diri, 334 pula dikenalpasti sebagai muflis dan mereka yang dikenakan tindakan disiplin berjumlah 39 orang.
Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis sidang media Pemilihan UMNO 2013 di PWTC di sini hari ini.
Dalam majlis yang sama, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Jusoh turut menerangkan bahawa mereka yang muflis akan dimaklumkan melalui saluran bahagian masing-masing.
“Ibu pejabat akan mengeluarkan tauliah kepada perwakilan yang disahkan untuk menghadiri persidangan di peringkat bahagian. Sekiranya mereka didapati muflis, maka nama mereka akan diberi tanda untuk dirujuk ke jawatankuasa pemilihan.
“Salinan daripada jabatan insolvensi akan disertakan bagi memastikan bahawa semua rujukan telah dibuat dan mendapati perwakilan ini tidak boleh menghadiri mesyuarat,” jelasnya dalam sidang media  di sini, hari ini.
Sementara itu mengenai kritikan yang disuarakan oleh kebanyakan perwakilan mengenai syarat yang terlalu ketat sehingga menyusahkan untuk berkempen, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli berkata  Jawatankuasa pemilihan hanya melaksanakan apa yang termaktub di dalam buku perlembagaan dan semua syarat tersebut diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi.
“Hanya Majlis Tertinggi yang boleh membuat perubahan dan Jawatankuasa pemilihan yang melaksanakan malah jawatankuasa pemilihan juga tidak ada kena mengena dengan sebarang tindakan disiplin yang dikenakan. Hanya lembaga disiplin yang boleh mengambil tindakan berlandaskan tata etika parti.
“Saya harap mereka yang hendak mengeluarkan pendapat sila rujuk buku perlembagaan,” jelasnya lagi.
Berikut adalah keputusan muktamad jumlah perwakilan Pemilihan UMNO 2013.
Jumlah calon peringkat pusat
Pengerusi tetap 1 calon (menang tanpa bertanding)
Majlis tertinggi -62 orang calon
Timbalan Pengerusi tetap – 3 orang calon
Presiden – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden – 1 calon (Menang tanpa bertanding)
Naib Presiden – 6 calon
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 3 calon
Timbalan Pengerusi Tetap – 5 calon
Ketua Pergerakan Pemuda – 5 calon
Naib ketua Pemuda – 4 calon
Ahli Jawatankuasa Pemuda – 77 calon
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalam Pengerusi Tetap – 2 calon
Ketua Pergerakan Puteri – 2 calon
Naib Ketua – 3 calon
Ahli Jawatankuasa – 30 calon
Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi tetap – 2 calon
Ketua Wanita UMNO – 3 calon
Naib Ketua – 3 calon (Seorang telah menarik diri iaitu datuk Hamidah Osman)
Ahli Jawatankuasa – 44 calon
Jumlah keseluruhan calon 260 orang
Peringkat Bahagian
Pengerusi Tetap Bahagian – 302 calon (muflis – 6, tarik diri – 9)
Pengerusi Tetap Pemuda 309 calon (tarik diri – 11)
Pengerusi Puteri – 222 calon (tarik diri – 1, disiplin – 1)
Pengerusi Tetap Wanita – 238 calon (tarik diri – 3)
Timbalan Pengerusi tetap bahagian – 330 calon (muflis – 2 tarik, diri – 1)
Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda – 305 calon (muflis – 5, tarik diri – 13)
Timbalan Pengerusi Tetap Puteri – 209 calon (muflis – 2, tarik diri – 3)
Timbalan Pengerusi Tetap Wanita – 227 calon (muflis – 1)
Ketua bahagian – 438 calon (muflis -1, tarik diri – 16, disiplin – 4)
Ketua Pemuda Bahagian – 435 calon (muflis – 6, tarik diri – 17, disiplin – 1)
Ketua Puteri Bahagian – 296 calon (tarik diri – 1)
Ketua Wanita Bahagian – 358 calon (tarik diri – 6, disiplin – 1)
Timbalan Ketua Bahagin – 421 (muflis – 8, tarik diri – 29, disiplin 2)
Naib ketua Pemuda – 435 calon (muflis – 3, tarik diri – 32)
Naib Puteri – 282 calon (muflis – 1, tarik diri – 8)
Naib Ketua Wanita – 380 calon (muflis, 2, tarik diri – 14)
Naib Ketua Bahagian – 530 calon (tarik diri – 32 displin – 2)
Ahli jawatankuasa bahagian – 8466 calon (muflis – 140, tarik diri, – 78, displin – 12)
Ahli jawatankuasa Pemuda – 5131 calon (muflis – 50 tarik diri – 53, disiplin – 3)
Ahli jawatankuasa Puteri – 3465 (muflis – 10, tarik diri – 34)
Ahli jawatankuasa wanita – 4843 calon (muflis – 32, tarik diri – 27, displin – 9)
Perwakilan G7 bahagian – 2775 calon (muflis – 33, tarik diri – 56, displin – 2)
Perwakilan G2 Pemuda bahagian – 740 calon (muflis – 10, tarik diri – 26)
Perwakilan G2 Puteri bahagian – 543 calon (tarik diri – 1)
Perwakilan G2 Wanita – 827 calon (muflis – 6, tarik diri – 16)
Pemeriksa kira-kira bahagian – 504 calon (muflis – 12, tarik diri – 8, displin – 1)
- MediaUMNO

Blog Archive