Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Friday, April 26, 2013

Professor Madya Datuk Dr Rozidah Talib Calun BN P99: Mengharungi Fitnah Pembangkang membuat dia lagi mahu berbakti kepada masyarakat dan wanita yang dizalimi



---------------------------------------------------------------
Sanggup harungi fitnah pembangkang untuk kembalikan kegemilangan Ampang
oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

KUALA LUMPUR 25 April - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Ampang, Datuk Dr. Rozaidah Talib berhadapan cabaran kempen pilihan raya yang getir apabila menerima serangan peribadi sebaik nama beliau diumumkan sebagai calon.

Pihak tertentu kini menyebarkan risalah gambar beliau bersama seorang lelaki dan dilampirkan dengan laporan polis berkaitan kes khalwat.

“Risalah ini disebarkan sebaik sahaja nama saya diumumkan sebagai calon. Lelaki dalam gambar itu adalah suami saya sekarang sementara laporan polis itu dibuat pada 2007. Saya tidak pernah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam,” jelas beliau dalam temubual eksklusif bersama Utusan Online di Pejabat UMNO Bahagian Ampang di sini hari ini.

“Kalau saya memikirkan kepentingan diri sendiri saya tidak akan bertanding kerana saya tahu apabila bertanding saya akan difitnah. Saya sanggup meredah api yang dilontarkan kepada saya kerana saya tahu Allah bersama orang yang benar. “

“Saya menerima tawaran bertanding semula di Ampang bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya mahu memastikan pembangunan Ampang berterusan. Kegemilangan kawasan ini terhenti sebaik sahaja diambil alih oleh Pakatan Rakyat,” kata Dr. Rozaidah.

Dr. Rozaidah merupakan Ahli Parlimen Ampang pada PRU-11 selepas menewaskan calon PKR, Dr. A Xavier Jayakumar dengan majoriti 19,732 undi.

Doktor pakar pergigian itu akan menentang Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamarudin yang juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Ampang selepas memenangi kerusi itu pada PRU-12.

“Sudah semestinya ini satu kemunculan semula dan saya menganggap ini satu amanah dah tanggung jawab yang cukup besar untuk mengembalikan semula Ampang kepangkuan BN.”

“Kita bukan melawan Zuraidah tetapi PKR dengan dasar-dasaranya yang ternyata menipu rakyat Selangor selama 5 tahun dan hanya 15 peratus manifesto PRU 2008 dilaksanakan oleh mereka,” kata beliau.

Sepanjang tempoh berkempen sebaik proses penamanan calon tamat pada Sabtu lalu, Dr. Rozaidah menerima sambutan positif daripada pengundi dan yakin BN mampu merampas semula Parlimen Ampang.

Ikuti pendedahan eksklusif Dr. Rozaidah dalan segmen Sembang Online PRU-13 di Utusan Online mengenai peristiwa tahun 2007 yang dijadikan isu oleh pembangkang sehingga menjejaskan pencalonan semula beliau pada PRU 2008.- UTUSAN ONLINE.

Sumber: Disini

No comments:

Post a Comment

Blog Archive