Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Thursday, November 1, 2012

Urak Lawoi: Kajian suku Melayu yang lupa agama asal mereka

Saya berkesempatan untuk melayar internet beberapa hari dan terjumpa saya berapa kajian dari segi bahasa dan juga budaya yang telah membuktikan sesetengah suku kaum asal di Pulau Barat Thai dan Selatan Burma pernah satu kala berugama Islam, dan menjalankan budaya Melayu walaupun mereka ini sudah lupa akan agama mereka.

Mungkin disebabkan tiada hubungan dengan masyarakat atau kerajaan Islam yang pernah satu ketika dulu diperintah oleh kerajaan Kedah.

Urak Lawoi atau Orang Laut,pada pandangan saya, mempunyai hampir 80% bahasanya sama dengan Bahasa Piawai Melayu (http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=web&cd=1&ved=0CCEQFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.sealang.net%2Farchives%2Fmahidol%2FAmon.pdf&ei=aeKRUKiyIsfSrQfu14C4BA&usg=AFQjCNGM2zTQ8x6s8Yu2ebvod3SvnGe9XA&sig2=pCtv7-Mx_1agYxcr8EEraQ).

Didalam thesis diatas, ia mengandaikan dalam lingkungan 67% persamaan, namun saya kira ada perkataan tertentu yang mungkin tidak dapat dinilaikan persamaan oleh pengkaji kerana beliau sendiri tidak fasih dalam bahasa Melayu.

Pernah disebut bahawa Budaya suku kaum ini amat mirip dengan Adat Melayu Islam.

Namun bila suku kaum yang bergantung kepada ekonomi pelancungan, laut dan perikanan hilang agama mereka tidak dapat dipastikan.

Pada pandangan saya, ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan kerajaan Islam didaerah yang dimasih dibawah Tanjung Melayu yang bermula dari Selatan Burma ke Singapura.

Suku kaum ini masih mengamalkan akitivit ronggeng yang pernah satu ketika dulu sehingga 80'an masih dipraktikkan. 

Anda boleh dengar mirip macam dondang sayang atau aktiviti bergendang yang masih di jalankan oleh kaum Melayu Sarawak semasa acara santai nikah kahwin.
Persamaannya  dengan dondang sayang amatlah ketara.
Anda mungkin boleh tangkap satu dua perkataan Melayu.

Dan juga dari video yang berikut,  persamaan dengan Irama dangdut pun ada.
Dan juga ada seorang Melayu tua yang amat merupai mirip shabatku di Craven.

Antara pulau di Siam ini, Koh Lipe adalah antara pulau yang amat disukai pelancung.

Jadi pada pembaca2 Melayu yang sering kesana, pergilah jalankan kegiatan dakwah (3-hari) antara mereka di sana. Agar mereka dapat menemu kembali kepada Agama Islam yang pernah dianuti oleh leluhur mereka.

Dalam dunia internet, banyak sekali rujukan pasal Urak Lawoi.
Pengajaran untuk kita amat ketara.
Sekiranya, Melayu tidak kuat maka, tunggu sahaja masanya.
Kalau kita masih bergaduh dan mahu berpecah, mungkin dijalan ini juga akan berada sesetengah antara kita.
Kita bersyukur kerana kebijaksanaan pemimpin Islam ketika dulu telah meletakkan negara ini sebagai negara Islam dan bukan sekular, sebagai yang diminta oleh Pakatan Pembangkang.

Sekurang2 ugama kita kini dapat diperbadankan dan dipeliharakan walaupun memang ada sesetengah itu menyimpang secara moral dan etika, namun kita masih dapat berlawan dengan mereka yang kini mengajar ajaran sesat dan amalan bidaah.

Kawasan yang didiami oleh Urak Lawoi berada dalam kawasan2 yang kononnya dinamakan dan dibanggakan "Serambi-serambi Mekah", seperti Acheh, 4 negeri Melayu Thai, Kedah, Perlis dan Kelantan. Fikir-fikirkanlah.

Bila Melayu itu berpecah, kita tidak ada lagi lokus standi untuk mempertahankan agama kita bila kerajaan itu dikuasai oleh Kafirun walaupun anggota nya perdana menteri dan beragama Islam.

Agama Negara Agama Islam. Pertahankan dan elakkan pengaruh pluralisma dalam masyarakat kita. Kita tidak akan dapat mampu mengawal penyebaran agama yang lain dan ajaran songsang bila kita terima pluralisma dalam keagamaan.

Lhat video berikut, cubaan orang Kristian untuk meluaskan agama mereka kepada Urak Lawoi yang pernah dulukala berugama Islam.
AMARAN: ORANG ISLAM YANG TIDAK KUAT IMAN DILARANG TENGUK DAKYAH KRISTIAN INI.

 Minit 4:10 menyatakan "Secara senyap, ramai telah masuk Kristian dan kini berkembang"

2 comments:

  1. A stupid article yg cuma mengatakan melayu itu melayu ini tanpa sebarang fakta yg kukuh...Mesti sedara UMNO seekor ni...

    ReplyDelete
  2. Anon, tolong baca rujukkan lah bodoh. Ini mesti pengikut lembu awtN Nik Aziz dan Hadi yang sudah sesat agamanya.

    ReplyDelete

Blog Archive