Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Thursday, October 25, 2012

Kisah Kuda Tua: Kronisma Melayu alaf baru musnahkan peniaga Melayu dan akibatkan Longkangan Otak (Brain Drain). Hello Talent Corporation

Berikut adalah kenyataan dari mantan PM kita, Tun Dr Mahathir. Sumber dan komen dari Bujai pula di sini merujukkan semakin hari semakin dilupa oleh syarikat-syarikat GLC yang sepatutnya menolong syarikat Bumiputera yang lebih kecil untuk menjadi berkemampuan and berdaya saing secara tersusun.

“GLCs are holdings in trust and were considered part of bumiputera equity,” said Mahathir (picture) at a press conference today after closing the Malay Economic Congress here. “Now the holdings belong to the companies concerned and they cannot be regarded as bumiputera holdings.”
The definition of whether GLCs are considered part of Malay equity could have implications on affirmative action programmes for Malays as many Umno leaders maintain that Malay equity stands at only about 20 per cent today, which is below the target of 30 per cent set in the New Economic Policy (NEP).

If GLCs, which comprise a large chunk of the economy and also make up a significant number of the benchmark FBM KLCI index components, were at one time considered to be Malay equity, it is possible that the 30 per cent target was exceeded in the past.
State oil company Petronas is also Malaysia’s sole representative in the Fortune 500 list of the world’s largest companies.


Sad to say that at certain point, GLCs like TM,  have policies which are beginning to sound more anti-Bumiputeras.

Bumiputeras, nowadays are finding it more difficult to get tenders, either they are imposed by the GLCs staff liking for established foreign products, or their appointment simply reject off-hand because they are unknown Bumiputera entrepreneurs.

These GLSs rather than try out the local products, which are substantially developed by talented Bumiputeras who require their product to be used inside the GLCs for track records (catch 22 situation lah), they prefer to use more established and better known market brands with excuses that they are financially strong, thus eliminating majority Bumiputera Small and Medium companies to make their tender evaluation much much easier or 'a walk in the park'.

Bukan GLCs sahaja.

Banyak syarikat Bumiputera ditolak permintaan mereka untuk membuat presentation kepada syarikat Bumiputera yang lebih 'connected'  semata-mata kerana ramai pegawai-pegawai Melayu kini merasakan diri mereka terbaik, terhebat dan mula memandang rendah kepada pengusaha Melayu yang lain, yang selalu tidak 'presentable' dan membawa kereta-kereta yang tidak ada kelas.

Syarikat yang 'well-connected' ini selalunya mendapat kontrak beratus-ratus juta ringgit atas dasar Bumiputera tetapi bila mereka didatangi pengusaha Bumiputera, mereka menggunaka alasan seperti " We are companies that won awards based on merit, and doesn't mean you are Bumiputera we are obliged to treat you special."

Macam ketam mengajar anak-anaknya berjalan dengan betul.

Walhal walaupun kerajaan ada ruang untuk mengalakkan penyertaan Bumiputera, namun usaha itu terbantut, bila terhenti (the buck stops here) di syarikat Bumpitera yang sering dan mudah lupa bahawa mereka ini adalah payung untuk syarikat-syarikat Bumiputera yang lebih kecil. (GTP tak da KPI ke? KPI kebanyakkan diutarakan melalui angkat tangan aje, betul ke?)

Keadaan menjadi lebih buruk bila wujudnya kronisma kelas tinggi Melayu dengan terbentukl rangkaian ala Freemason dikalangan bekas pegawai kerajaan yang bersara yang mendapat 'golden hand shake' projek besar-besaran kerana proksi-proksi ini pernah memangku jawatan Ketua Setiausaha (atau bawah sikit pun ada).

Dan kebanyakkan bekas pegawai ini tidak pula dijamin penyokong BN. Ada yang diam-diam bukan penyokong kerajaan dan keadaan ini memberi kesan 'double whammy' kepada BN.

"Kronisma alaf baru yang berlaku adalah diantara pegawai bukan Penyokong kerajaan BN namun yang dapat bahana dan dipersalahkan adalah BN. "
Tak ke majal.

Bagi pegawai seperti KSU yang hampir mahu bersara, projek di beri kepada kroni-kroni kalangan kawan-kawan seangkatan yang sudah berada diluar sana dengan syarat di lantik anak-anak mereka sebagai CEO.

Lantikkan ini selalunya dikalangan anak-anak mereka diusia yang amat muda (hello NFC!) dan kononnya mereka ini layak sehingga ramai mereka yang berpengalaman (dan tua) terpaksa ambil VSS (ataupun di Cold Storagekan) dan  kini terpaksa menjadi peniaga kelas ketiga. Back to basics, all inside the brain cannot use lah. It is world of know who not know-how.
Maka wujudlah brain drain yang diwar-warkan dikalangan Bumiputera. Atau Bumiputera tidak dikira sebagai brain atau drain (longkang..yang mana satu?)


Brain drain (Longkangan Otak) ini wujud diruang bumiputera yang sudah berusia (45 tahun ke atas) yang tidak mendapat tempat di syarikat GLC kononnya.

Mereka ini sudah jadi kuda tua (' gangnam style '?) mengikut CEO mereka yang selalu berumur 30-an. Ramai CEO muda ini bukanlah pandai sangatpun, mereka di lantik kerana bapa mereka bekas KSU atau menteri.
Yang lebih ngarut dan seksi

Sekarang ini kalau kamu pergi Vegas atau sewaktu dengannya, kamu akan nampak kelibat mereka yang suppose to be 'brains' berpoya-poya dengan kereta Porshe, BMW, Lamborghini, dll.

Fikir-fikirkanlah.

 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive