Sejak ulasan blog ini untuk memboikot Jaclynn Victor, editor SBA ada menerima komen bahawa lagu ini ditujukan kepada rakyat Sarawak dan Sabah yang berugama Kristian. Maka di andaikan bahawa blog pos tempuh hari adalah bertujuan untuk memboikot gereja-gereja Kristian Baba di Melaka dan juga yang bermazhab lain di Sabah & Sarawak.
Gereja-gereja yang berbahasa Melayu ini selagi ia menjalanlan dengan tertib menjaga kerharmonian kaum tidak akan menghadapi apa-apa response dari mereka yang berugama Islam. Sosial kontrak antara agama ini memperkukuhkan perpaduan melalui bergerak dalam aman damai dengan Agama Islam sebagai agama rasmi.
Apa yang dipertikaikan adalah selama beberapa tahun di rakamkan tiba2 wujud pula satu posting dalam YouTube yang dikira disengaja dimuatnaik dengan kebenaran persatuan gereja untuk di perdakwahkan kepada orang Melayu Islam yang kononnya Malaysia ini untuk Yesus.
Kesalahan pertaman adalah tiada ungkapan atau disclaimer yang nyannyian ini adalah untuk orang-orang Kristian yang mengamalkan konsep Triniti, 3-dalam-satu Tuhan yang boleh menguris hati monotheist sebenar dimana hanya satu Tuhan yang behak disembah dan tiada yang bersekutu denganNya. Ini yang membuat rakyat Malaysia yang berugama Islam tidak senang dan merasakan terhina.
Jadi Tuan Menteri Koh Tsu Koon harus mengerti dan Jaclyn Victor harus mengerti bahawa sekiranya anda ingin berkecimpong dalam kegiatan agamanya maka beliau sewajibnya lebih bertanggungjawab dengan pengedaran video macam ini kerana lagu ini tidak disenangi oleh rakyat beragama bila mereka merasa ditipu dengan judul yang amat mengelirukan umat Islam.
Disini lah yang dimana umat Islam tidak dapat terima. Kecuaian Jaclyn Victor ada kemungkinan
disengajakan sebagaimana Pathiam membuat kesilapan yang
disengajakan menghantar buku Injil Indonesia ke Pelabuhan Kelang dan bukan ke satu pelabuhan di Sabah atau Sarawak,
Dan juga kita ingin mohon jawapan kenapa Malaysia ini untuk Yesus seorang yang lahir di Timur Tengah dan mungkin berkerakyatan Palestin.
Adakah ini juga di sengajakan?
--- Dari
Yahoo!News
Oleh Ida Lim
KUALA LUMPUR, Oct 28 — Perkasa menegaskan umat Islam di seluruh negara mesti memboikot penyanyi popular Jaclyn Victor kerana menyanyi lagu “Harapan Bangsa”, sebuah lagu Kristian dalam bahasa Melayu di mana kumpulan garis keras hak Melayu itu mendakwa merupakan satu penghinaan kepada Islam — dalam ribut antara agama terbaru meletus di Malaysia yang mempunyai penduduk yang mengamalkan pelbagai agama.
Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali turut menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (
gambar) sebagai tidak “bertanggungjawab” kerana tidak mahu mengambil pendirian jelas mengenai perkara tersebut.
Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan dan integrasi nasional semalam enggan mengulas mengenai isu tersebut dengan berkata: “Saya tidak mahu mengulas tentang itu. Mereka (Perkasa) boleh memboikot jika mereka suka. Ini sebuah negara yang bebas.”
“Tetapi apabila Tsu Koon berkata ia adalah hak Perkasa untuk memboikot penyanyi Jaclyn Victor kerana negara ini adalah bebas bagi sesiapa sahaja untuk bersuara, itu adalah kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab yang pernah saya dengar dari seorang menteri. Adakah ini jawapan terbaik daripada Menteri Perpaduan?“ Syed Hassan memberitahu The Malaysian Insider, dalam kiriman SMS ketika dihubungi semalam.
“Apakah seseorang penyanyi boleh menyanyi apa saja lagu walau mengguris perasaan pihak lain? Adakah itu hak bersuara?” soal beliau.
Syed Hassan menegaskan Jaclyn tidak sepatutnya menyanyikan lagu tersebut kerana beliau adalah seorang penyanyi yang majoriti albumnya dalam bahasa Melayu dan peminatnya juga beragama Islam.
“Lirik lagu tersebut tidak boleh dikatakan utk penganut kristian kerana liriknya menyebut antara lain ‘semua kaum, semua bangsa dalam negara ini mengharapkan engkau Yesus’.
“Org Melayu iaitu umat Islam tidak mengharapkan Yesus!” tambah Syed.
Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar juga menyokong gesaan Syed Hassan untuk memboikot bekas pemenang Malaysia Idol yang telah dicalonkan dalam enam kategori bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) akan datang pada 17 November di sini.
Abdul Rahman memberitahu The Malaysian Insider mereka akan meneruskan langkah boikot sehingga “mendapat pengesahan daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)” sama ada ia menyentuh sensitiviti penganut agama lain atau tidak.
Walaupun Jaclyn tidak menulis lirik lagu tersebut, Abdul Rahman berkata “ia tidak penting siapa yang menulis atau merakamkan” lirik tersebut kerana kempen memboikot adalah berpunca daripada perkataan dalam lagu tersebut.
Serangan Perkasa datang sebagai ketegangan agama yang terus akan dicetuskan di Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13, dengan perdebatan daripada parti politik mengenai kedudukan Islam di negara ini.
Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan rakyat yang beriman dalam agama lain mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama mereka secara bebas.
Victor, seorang penganut agama Kristian terbaru terperangkap dalam kecelaruan antara agama yang muncul diantara Islam dan agama lain. Kumpulan garis keras Islam telah mendakwa penganut Kristian Malaysia bersubahat dengan parti politik pembangkang tertentu untuk melantik seorang perdana menteri Kristian serta menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian tanpa mengeluarkan sebarang bukti menyokong tuntutan mereka.
Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata lagu “Harapan Bangsa” bukan untuk tujuan komersial dengan mendakwa ia telahpun direkodkan bertahun-tahun lalu.
“Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu.
“Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?”
“Saya sedar, mungkin disebabkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu membuatkan ramai yang melihat perkara ini sebagai tidak sensitif dan menganggap saya cuba menyebarkan fahaman Kristian. Saya menyanyi dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu.
Jaclyn juga berkata lagu itu tidak sepatutnya menjadi isu di Malaysia kerana amalan kebebasan beragama.
Penganut Kristian membentuk 9.2 peratus daripada 28.3 juta penduduk Malaysia, dengan kebanyakan mereka di timur Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu dan perkataan “Allah” untuk merujuk kepada Tuhan mereka.