Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Wednesday, August 1, 2012

Kematian Putra: RMC akan ditutup?

Saya telah sempat bertemu dengan beberapa orang Old Putra malam tadi yang membincangkan juga isu kematian seorang Penuntut Tingkatan 4 di RMC atau Maktab Tentera Di Raja.

Informasi dan perasaan murid2 tua ini agar Royal Military College ini ditutup kerana kualiti penuntut semak kebelakangan ini amat berkurangan dan tidak seperti dulu. Kegiatan Ragging telah menjadi lebih fizikal dan boleh memerengkan sesetengah penuntut.


Pendapat saya berbeza.Pada saya ini adalah satu pengedaran kematangan alumni dalam memcorakkan peranan Old Putra Association dalam membentuk graduan RMC dalam konteks komuniti , bangsa , agama dan negara.


Watak yang digambarkan kepada Penuntut RMC kini agaklah terlampau kebendaan, mengejar pangkat, kekayaan , authority dan kuasa. Ini agak 'stress' untuk penuntut2 bila harapan yang tinggi diletakkan ke atas bahu penuntut.


Apa tidak nya? 
Kalau disingkap keahlian Old Putra adalah mereka yang berstatus jeneral, laksaman, ahli korporat berjaya dan lain-lain.yang lain agak menyepi kan diri.


Dalam mengwujudkan kematangan yang lebih prihatin,  sifat persaudaraan alumni mestilah di ketengahkan berdasarkan kejayaan itu tidak mesti dipandang dari wang ringgit, dan perlu diukur dari sudut sumbangan mereka kepada masyarakat.

2 comments:

  1. Inilah padahnya bila ada unsur-unsur Asobiah. Masing-masing megah dengan old school. RMClah, MCKKlah,Macobala,entah apa-apala. Berapa kerat sangat product dari kolej-kolej ni yang betul2 berguna pada negara?? Rafizi?? Anwar?? Sebahagian jadi pengkhianat dan penyangak juga. Aku dari sekolah kampung dan beribu lagi seangkatan aku dari sekolah entah mana-mana berselerak seluruh dunia mengharumkan nama MAlaysia. Tak bermegah pun. Kau orang semua glamor melingkupkan kerajaan.

    ReplyDelete

Blog Archive