Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Monday, July 9, 2012

Panglima Perang Cyber diserang Samurai?

Gempar : Jabatan Perdana Menteri Putrajaya Diserang Penjenayah Bersamurai cc @PDRMsia


Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B. Mereka bersenjatakan pedang samurai dan parang telah berjaya menyelusup.

Cara mereka melepaskan diri memasuki JPM masih belum dipastikan. Samada mengamuk dari jalan besar merempuh kawalan kese...lamatan atau sebaliknya.Menurut info kejadian berlaku ketika penjawat awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.
Tanpa sebarang senjata, pengawal pintu masuk JPM tidak dapat menahan penjenayah tersebut yang telah mara ke dalam hingga ke kawasan taman di tengah kompleks JPM.

Selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan ditembak di kaki.
Motif serangan belum diketahui.Kereta polis juga diserang dan sebuah kereta kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya...Harap kawalan keselamatan dipertingkatkan demi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Tahniah PDRM yang berjaya mengawal situasi dari menimpa orang awam.
Penulis juga berada di tempat kejadian kebetulan mempunyai urusan di sini.Kejadian menyebabkan beberapa buah kereta peronda telah dikejarkan dengan SB juga turut sama mengawal keadaan dari memudaratkan orang awam.Gambar yang dipetik dari forum http://mforum.cari.com.my/See more


Source: Panglima Perang Cyber..

No comments:

Post a Comment

Blog Archive