Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Sunday, October 25, 2015

Timbalan Presiden UMNO: Adakah saya Scissors in the fold?


We must remind ourselves the Deputy President is elected to assist the president. Assistance in what way? He continually reiterated that his duty to the party is paramount to merely being an followship assistance in the party president.,
If he was an assistance to the President why wasn't him requested to assist the President when there was tons of money in the coffers? He was the BN Director of Elections then.
If the duty to perform to the Party is treated as a traitor to the Party, then I bet there is many more 'api dalam serkam'/'gunting dalam lipatan/duri dalam daging' in the party. And many of these traitors had been serving the party for many years, they are just probably fed up being treated look like an idiot. while the top leaders are just controlling from afar never really know what is the sentiment from the ground. A lot are being afraid to speak up because they are constantly being lablled as traitors. But until when?

Kita kena sentiasa mengingatkan diri bahawa Timbalan President di pilih untuk membantu President. Bantuan macamana? Beliau acapkali menyatakan tanggungjawab beliau kepada parti adalah lebih agung dari menjadi pembantu yang menurut arahan membabi buta kepada president.
Sekiranya, beliau adalah pembantu kepada President . mengapa beliau tidak diminta untuk membantu bila ada bertan-tan duit dalam simpanan. Beliau ketika itu adalah Pengarah Pilihanraya BN.
kalau tanggungjawab kepada Parti. di anggap mengjhianat parti maka saya berani kata ada ramai lagi 'api dalam serkam'/'gunting dalam lipatan/duri dalam daging' dalam Parti. Dan banyak yang penghianat ini telah berkorban untuk parti banyak tahun, mereka ini mungkin telah bosan di perbodohkan, sementara ketua di atas hanya mengawal dari jauh dan tidak pun tahu persasaan dari akar umbi. Ramai yang masih takut untuk menberi pendirian kerana takut di cop sebagai pengkhianat. Namun sampai bila?
 
_______________________________________________________________________________
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau bukan gunting dalam lipatan di dalam UMNO.

Malah Ahli Parlimen Pagoh itu mempertahankan tindakan beliau yang berterusan lantang menyuarakan apa yang tidak kena di dalam UMNO sebagai manifestasi sayangkan parti.

"Saya bukan 'gunting'.

"Kita sedang berhadapan dengan masalah dan saya tidak rela (berdiam diri) kerana saya sayangkan UMNO," kata Muhyiddin ketika menjawab soalan pada sesi dialog 'Berani Kerana Benar' anjuran Sinar Harian di Johor Baharu, pada Sabtu. Program itu disiar secara langsung melalui laman web, Sinar.TV

Tambahnya, selaku pemimpin yang berasal dari Johor, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah gentar untuk berhadapan dengan segala kemungkinan termasuk implikasi terhadap kedudukannya dalam UMNO.

Beliau mengakui walaupun masih menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO, namun dinamik peranannya terutama melalui aspek pengurusan parti sudah tidak sama seperti dahulu.

"Mesyuarat yang lalu saya tidak lagi mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti.

"Saya tak tahu bagaimana keadaan akan datang dan cara ini seolah-olah tidak menghormati keputusan orang yang memilih saya sebagai timbalan presiden parti," ujar Muhyiddin.

Selain itu, beliau mengakui ada mendengar khabar angin yang mengatakan wujudnya rancangan untuk menghalang beliau daripada merasmikan Perhimpunan Agung Sayap UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO Disember depan.

"Wallahualam, kalau ikut konvensyen atau tradisinya, timbalan presiden akan merasmikan perhimpunan sayap," kata beliau.
Muhyiddin turut berharap semua pihak di dalam UMNO memahami tindakan beliau tidak sepatutnya dilihat sebagai faktor menggugat kekuatan parti.

"Saya bukan merogol atau meliwat. Kalau pun presiden tidak mahu dengar tidak mengapa, cuma kalau silap mengakulah kesilapan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive