Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Tuesday, December 9, 2014

Permata Ampang yang hilang: Fuad Hassan Azahari.


Setelah hilang permata,  baru ku tahu nilai arwah ini yang sebenar kepada Ampang.

Aku telah menziarah ke rumah Arwah walaupun hanya beberapa kali pernah bersua dan berkata2 dengan arwah ini.

 Aku berdoa agar roh arwah ini berada di kalangan mereka yang beriman dan dicusuri rahmat Allah.
ALFATIHA
_____________________________________________
Fuad bin Hassan Azahari 
Anak seorang ahlul quran,guru segala qari 
Tertanam nur alquran dalam empunya diri 
Di zaman muda bangkit dia membela pertiwi 
Ketika remaja lainnya mabuk tari menari

Ketika teman sebaya berkereta dan berjas lawa 
Dia melempar ijazah membuka sekolah swasta 
Menolong anak Melayu tercicir tidak terbela 
Meski terpaksa bersarapan jam dua Di warung sekolah yang di dirinya,Yayasan Anda

Fuad Hasan mungkin tidak terkenal 
Sepertinya Anwar ibrahim teman seperjuangan asal 
Namun sumbangannya jangan dipersoal 
Kerna kita sendiri pun belum tentu dapat kekal 
Dapat Terus berjuang sepertinya sampai ajal

Warga PKPIM mustahil tidak tahu,
Fuad Hasanlah penghulu mereka sewaktu waktu 
Ke hulu ke hilir membuang waktu
Tanpa meminta upah,tiada diberi wang saku 
Tetap tegar berjuang tidak sekadar guru 
Membela generasi pelajar agar maju 
Mengerah anak muda bangkit bersatu 
Memurni peribadi umat,hidup harus berilmu

Pendokong ABIM mustahil lupa, 
Fuad Hasanlah sekretaris mereka 
Mengilik fail merata rata 
Menyiap laporan membentang kertas kerja 
Menghantar ABIM ke persada dunia 
Bekerja dia dan terus dia bekerja 
Tak tahu mana yang ABIM mana Yayasan Anda 
Semua kerja di pulun belaka 
Kerna cintanya mendakwah Agama 
Memertabat bangsa mengharumkan negara

Warga MBM tentu masih ingat 
Betapa Fuad Hasan menumpahkan keringat 
Mengemudi gerakan belia agar bersemangat 
Berpidato berhujjah berdialog hangat Memprotes kezaliman di seantero tempat 
Dengan hasrat dan cita cita tersemat 
Martabat insan harus diangkat 
Misi keadilan harusnya misi keramat 
Generasi muda mesti di angkat darjat 
Jangan dibiar pemimpin belia kepala berulat 
Kerna nantinya umat akan tersesat Minda terjajah hidup melarat.

Fuad Hasan adalah pejuang masyarakat 
Di gelanggang politik terus berkhidmat 
Tak kiralah wadah apa yang dia minat 
Bukankah tampak dia terus berbuat 
Membawa kebaikan mendatangkan manfaat 
Usahlah diungkit caranya yang kita tak minat 
Kerna kita pun bukanlah sempurna amat
Fuad Hasan sejak dulu memang Perkasa

Nampak macam sombong,tapi sangat berbahasa
Tiada lain dalam dirinya selain menumpah jasa.

Pada agamanya,negaranya dan bangsa bangsa 
Kerrna itulah ... Dia disayangi Tuhan Yang Maha Esa 
Memanggilnya pulang tepat masa 
Ketika dia menjadi khalifah qabilah BerJASA

Zulldaud Kajang 8 Disember 2014.

AL-FATIHAH...

SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT...

5 comments:

  1. Fuad Hassan ada masuk jel tak , kalau belum, belum masak lagi untuk jadi pejuang. Pejuang untuk hanya sebilangan kroni2 UMNO tak cukup .....................

    ReplyDelete
  2. Abang dia pula bela anasir2 jahat , Ah Long dsbnya..................... Itulah musibah mengangkat penjenayah2 seperti Tun Razak dan Mahathir yang berkerja dibelakang tabir lawan Tunku.

    ReplyDelete
  3. Nak jual politik UMNO kat Padang Mashyar nanti boleh????????????????

    ReplyDelete
  4. Yang mengutuk Ini semua cakap orang yang tidak pergi sekolah. Tiada bukti kukuh hanya jadi kakatua bercakap dengan orang yang telah sesat dalam agama PAS

    ReplyDelete

Blog Archive