Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Monday, December 29, 2014

PAS: Kami 'surrender' pasal hal banjir. Kami hanya tahu buat program2 anak sunat, ibu tunggal dan ceramah bangkang dari longkang sahaja

Inilah hakikat kenapa mereka2 ini mengelupur2 bila Najib keluar Negara.

Saya dapat maklumat ini dari bekas orang kuat PAS semasa isu Azizah nak naik jadi wakil rakyat Kajang.

Beliau fed up dengan Hadi Awang kerana tidak menepati janji untuk berpakat2 dalam pakatan pembangkang.

Katanya, kalau dah berpakat tu buat sahajalah apa KETUM dan Tokong suroh.

Kalau tak mampu jadi kuda, keluar ajelah dari pakatan,
 

LKS: Bapak datang main air aje sementara itu anak bercuti di Paris. Ini nak kena Flying Kick

Akhirnya dengan penuh malu tetapi penuh juga muslihat, Kit Siang, si Apek Tua atau seringkali juga disebut sebagai UNCLE ANGKER mula meredah banjir di Kota Bharu setelah mendengar taklimat sebaik-baik sahaja tiba di sana daripada Husam Musa, yang tidak ada apa-apa jawatan dalam Kerajaan Negeri Kelantan kecuali sebagai ADUN Salor bersama-sama dengan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang langsung tidak berkutik dan bersuara mengulas kegagalan PAS menyediakan plan kecemasan untuk membantu penduduk Kelantan yang terjejas banjir sehinggakan Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai Ahmad Yaakob terpaksa mengakui mereka gagal, lemah dan tidak berkeupayaan untuk menyelamatkan penduduk di negeri sendiri.

Sehingga setakat ini, hampir 98% bantuan datangnya daripada Kerajaan Pusat, UMNO-BN, agensi-agensi awam, sukarelawan dan sebagainya.

Hanya selepas seminggu banjir besar melanda, dan pada ketika bantuan mulai mencurah-curah masuk serta diedarkan, barulah ada suara dari puak DAP dan Pakatan Rakyat serta makhluk-makhluk PASMA seperti Husam Musa.

Menariknya, Lim Kit Siang yang begitu bersungguh-sungguh sebelum ini mengutuk, mencerca dan mengeji Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia kerana banjir besar di Kelantan, Terengganu dan Pahang, SECARA MENDADAK dan tiba-tiba membuat pusingan U sebaik-baik sahaja pecah berita tentang anaknya, Lim Guan Eng dan keluarganya bercuti di Eropah.

Seperti mahu menyembunyikan cerita berkenaan, Kit Siang tiba-tiba sahaja menjadi ketua rombongan ke Kota Bharu untuk menyampaikan beberapa barangan keperluan yang katanya, berharga RM10,000 tetapi hanya termuat di atas dua troli lapangan terbang.
Selebihnya di sini The Flying Kick

Sunday, December 28, 2014

Punca SOP tidak mantap kerana pegawai kerajaan orang PAS, PR yang memang kerja mereka untuk sabotajpun

Bala yang menimpa Kelantan adalah datang dari doa sesat mereka menmohon agar UMNO dan kerajaan yang dilantik di KO kan.

Sudah terang lagi bersuluh, doa2 sesame Islam seperti itu tidak dibenarkan dalam Islam.

Kini bila PM pergi keluar negara hanya dua hari dah tak tahan mengambil tanggungjawab lalu meroyan minta PM balik.

Bila banjir di Kajang tidak adapun mereka2 ini meroyan panggil Zizah balik. Ada yang kata dia pergi NZ lalu di spin blogger bodoh PR dia pergi Felda New Zealand.

Lepas ini adalah pulak macai PAS yang sesat suruh UMNO dibubarkan.

Kenapa tidak PAS yang tidak ada jalan tuju.

Mengata orang kafir kerana berkawan dengan kafir, walhal mereka berkawan dengan kafir. Maknanya, mereka ini mengkafirkan diri sendiri.

Tak ke BEBAL pengupah tentera Siber bodoh ini, kesian mak bapak dia. Menyusahkan orang2 Islam sahaja. Kalau nak berbakti dengan Islam, itu kes spender putih , masih dalam pucuk pimpinan PAS. Bila lagi nak di keluarkanlah. Bersihlah rumah sendiri. Memberi rasuah kain pelikat semasa pemilihan PAS sama sahaja dosa dengan yang memberi rasuah berpuluh ribu ringgit. BAHALOL.

Kini AirAsia lak hilang. Bala yang didoakan oleh PAS nampaknya dibayar cash,


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin (pic) wants the standard operating procedures on national disaster management reviewed to reduce burdens and losses in the future.
The Deputy Prime Minister said this included the need to have a more efficient weather forecast system.
He said he was informed that the weather forecast issued by the Meteorological De­­partment was based on the previous year’s weather pattern.
“As we enter the month of December, the weather condition changes and becomes more and more challenging.
“So, the weather forecast must be accurate for a period of three or four days, so that we can have a better disaster management plan,” he told reporters after a briefing at the National Disaster Command Centre here today.
Muhyiddin also said that Malaysia should learn more about other countries’ disaster management systems especially Japan and South Korea – said to have the best disaster management systems in the world.
In a bid to reduce the burden of long-term management cost, he called for more ‘special waterways’, including canals and drains that could hold water at a larger scale, to be built in flood-prone states.


For more Read Here

Tuesday, December 9, 2014

Permata Ampang yang hilang: Fuad Hassan Azahari.


Setelah hilang permata,  baru ku tahu nilai arwah ini yang sebenar kepada Ampang.

Aku telah menziarah ke rumah Arwah walaupun hanya beberapa kali pernah bersua dan berkata2 dengan arwah ini.

 Aku berdoa agar roh arwah ini berada di kalangan mereka yang beriman dan dicusuri rahmat Allah.
ALFATIHA
_____________________________________________
Fuad bin Hassan Azahari 
Anak seorang ahlul quran,guru segala qari 
Tertanam nur alquran dalam empunya diri 
Di zaman muda bangkit dia membela pertiwi 
Ketika remaja lainnya mabuk tari menari

Ketika teman sebaya berkereta dan berjas lawa 
Dia melempar ijazah membuka sekolah swasta 
Menolong anak Melayu tercicir tidak terbela 
Meski terpaksa bersarapan jam dua Di warung sekolah yang di dirinya,Yayasan Anda

Fuad Hasan mungkin tidak terkenal 
Sepertinya Anwar ibrahim teman seperjuangan asal 
Namun sumbangannya jangan dipersoal 
Kerna kita sendiri pun belum tentu dapat kekal 
Dapat Terus berjuang sepertinya sampai ajal

Warga PKPIM mustahil tidak tahu,
Fuad Hasanlah penghulu mereka sewaktu waktu 
Ke hulu ke hilir membuang waktu
Tanpa meminta upah,tiada diberi wang saku 
Tetap tegar berjuang tidak sekadar guru 
Membela generasi pelajar agar maju 
Mengerah anak muda bangkit bersatu 
Memurni peribadi umat,hidup harus berilmu

Pendokong ABIM mustahil lupa, 
Fuad Hasanlah sekretaris mereka 
Mengilik fail merata rata 
Menyiap laporan membentang kertas kerja 
Menghantar ABIM ke persada dunia 
Bekerja dia dan terus dia bekerja 
Tak tahu mana yang ABIM mana Yayasan Anda 
Semua kerja di pulun belaka 
Kerna cintanya mendakwah Agama 
Memertabat bangsa mengharumkan negara

Warga MBM tentu masih ingat 
Betapa Fuad Hasan menumpahkan keringat 
Mengemudi gerakan belia agar bersemangat 
Berpidato berhujjah berdialog hangat Memprotes kezaliman di seantero tempat 
Dengan hasrat dan cita cita tersemat 
Martabat insan harus diangkat 
Misi keadilan harusnya misi keramat 
Generasi muda mesti di angkat darjat 
Jangan dibiar pemimpin belia kepala berulat 
Kerna nantinya umat akan tersesat Minda terjajah hidup melarat.

Fuad Hasan adalah pejuang masyarakat 
Di gelanggang politik terus berkhidmat 
Tak kiralah wadah apa yang dia minat 
Bukankah tampak dia terus berbuat 
Membawa kebaikan mendatangkan manfaat 
Usahlah diungkit caranya yang kita tak minat 
Kerna kita pun bukanlah sempurna amat
Fuad Hasan sejak dulu memang Perkasa

Nampak macam sombong,tapi sangat berbahasa
Tiada lain dalam dirinya selain menumpah jasa.

Pada agamanya,negaranya dan bangsa bangsa 
Kerrna itulah ... Dia disayangi Tuhan Yang Maha Esa 
Memanggilnya pulang tepat masa 
Ketika dia menjadi khalifah qabilah BerJASA

Zulldaud Kajang 8 Disember 2014.

AL-FATIHAH...

SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT...

Monday, December 8, 2014

MCOBA Annual Dinner special. Gambar2 dulu2 pada tahun 1955 ...

 
MCOBA Annual Dinner 2014 is in Royal Chulan 13/Dec/2014.
The dinner will be graced by four sultans from the four Federated Malay States whose Rulers were the founders of Malay College Kuala Kangsar.
The four states are Pahang, Perak, Negeri Sembilan and Selangor. The states colours were  later used to represent the four houses, Ahmad (Black), Idris (White), Sulaiman(Red) and Mohd Shah (Yellow).
Have a guess  the handsome man sitting on the right. Clue: Current and Previous Ruler of Malaysia.

Friday, December 5, 2014

Anwar Ibrahim: Gelaran Brother pun kini di tarik balik ?

Dengan ini teman pun nak Tarik balik gelaran Brother kepada Encik Anwar Ibrahim
----------------------------------
SHAH ALAM 4 Dis. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim berkuatkuasa 3 November lepas. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memberitahu, gelaran itu ditarik balik berikutan tindakan dan perlakuan Ketua Pembangkang itu sejak akhir 2013 mempersoalkan kuasa dan kewibawaan Sultan Selangor dan institusi raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar. Anwar dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 1992. - UTUSAN ONLINE - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-selangor-tarik-balik-gelaran-datuk-seri-yang-diberi-kepada-anwar-1.32451#sthash.CA5hsAsV.dpuf

Di sini:http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-selangor-tarik-balik-gelaran-datuk-seri-yang-diberi-kepada-anwar-1.32451

Blog Archive