Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Thursday, August 28, 2014

Kerajaan Perpaduan Selangor: Hadi, Najib,Nik Aziz dan TDM, janganlah biarkan isu perpecahan umat Melayu berpanjangan dan dibawa ke liang lahad mu


Tersentuh jiwa saya sekiranya benar cerita Hadi Awang akhirnya mahu mencuba kerajaan perpaduan di Selangor kerana mahu menyelamatkan Melayu walaupun MB tidak dipilih dari kalangan ADUN PAS. Ini namanya, pengorbanan. Baca di sini lah

Teringatkan alkisah orang tetua yang sedang diselubungi masaalah anak2 yang bertelagah yang akan bertungkus lumus untuk menyatukan anak2 sebelum dia meninggal ke alam yg lain.

Adalah baik sekiranya Hadi, Nik Aziz, Najib dan Tun M membaikkan semula orang2 Melayu agar janganlah sudah masuk liang lahad, isu umat Islam di Malaysia masih bercelaru dan berpecah belah.

Jangankah kita sampai ke satu tahap sengketa seperti Syiah dan Sunni. Sampai ke hari ini tak sudah2.

Ada yang tidak tahu atau sudah lupa apa punca sebenarnya kerana pemimpin2 Islam ketika itu membiarkan sengketa itu berpanjangan sehingga mereka mati dan tiada usaha untuk bersatupadukan yang bersengketa.

Tengok lah Iraq, Syria. Umat Islam di ISIL dibunuh dan tiada umat Islam mahu ambil tahu.

Ya Allah, kami berdoa agar berikan jalan keluar kepada pemimpin kami dalam membaiki silatulrahim mereka ini.

2 comments:

  1. Amin, amin ya rabbal alamin.
    Satu permintaan yg elok.
    Wahai pemimpin2 semua, ketepikan lah ego tu.

    ReplyDelete
  2. Adam Adli Dipenjara - Bukti UMNO BENCI anak muda!!

    Tak perlu berdolak-dalik...

    Politik tetap politik. Kuasa bukan segala2nya.... Tetapi kenapa pemimpin UMNO perlu takut dengan bayang2???

    Adakah bila generasi tua UMNO mati, akan diganti dengan generasi datuk nenek UMNO???




    Kekejaman pemimpin UMNO yang dilakukan kepada anak muda bukti jelas mereka membenci dan menghina anak muda dan takut dengan bayang2 sendiri!!!



    Yang pasti, apabila pemimpin UMNO membuat sebarang hasutan dan kesalahan, mereka akan terlepas dan kalau didenda pun tidaklah setimpal...


    Sumber berita

    >>>> Klik Di Sini

    ReplyDelete

Blog Archive