Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Saturday, February 22, 2014

Perihal anti-hadis Kassim Ahmad: Kenapa kita asyik2 nak berdebat.

Kenapa mahu debat lak.
Bolehtak kita menggunakan istilah perbincangan...........?
_____________________________________________________
USTAZ EMRAN AHMAD
Pendapat saya tentang debat dengan Kassim Ahmad

1. Ramai benar yang hendak berdebat dengan Kassim Ahmad, namun yang lebih afdhal bagi para agamawan saat ini ialah untuk menghampirinya lalu menasihatinya secara sulit, jauh dari kamera, jauh dari popular dan jauh dari kaca mata manusia. Moga-moga dalam usia yang sudah tua ini, dia mahu bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH di bawah petunjuk al-Quran dan al-sunnah serta menyedari kesilapannya.

Kassim Ahmad bukan orang sembarangan, dia orang yang pernah masuk ISA dan penjara kerana mempertahankan pegangannya. Sedang pak Ustaz, dan sang pendakwah ahli sunnah pun belum tentu mampu bertahan dengan penjara.

2. Kalau mahu berdebat dengan alasan penting untuk mendedahkan kepada umum tentang kesesatan fahaman anti-hadith ini maka lebih baik dibuat dialog dan forum atau diskusi soal-jawab terbuka yang dikendalikan oleh agamawan yang mahir. Mungkin Datuk Dr Asri adalah orang yang sesuai dan lain-lain tokoh.

Kalau mahu berdebat juga dengan Kassim Ahmad, maka saya rayu dan mencadangkan agar orang yang berdebat dengannya itu ialah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Ini kerana beliau berupaya menangkis hujah Kassim Ahmad dari sudut sejarah, psikologi dan pemikiran di samping mengetengahkan jalan damai yang mampu memujuk Kassim Ahmad beralah secara sukarela dan memujuk hadirin yang menyebelahinya memahami hujah-hujah agama. Insya-ALLAH.

Hujah yang bertubi-tubi dengan dalil, tidak berkesan buat golongan ini yang cara berfikirnya berbeza.

3. Golongan seperti Kassim Ahmad terhasil dalam masyarakat akibat kelemahan institusi agama dan dakwah serta cara fikir agamawan yang suatu ketika dahulu amat kolot, jumud dan tertutup. Membaca buku-buku beliau akan menyebabkan kita memahami bahawa beliau bukan watak jahat atau pembelit yang sengaja mencari pasal tetapi seorang yang tersesat dalam mencari jalan kebenaran.

Jangan dilupa juga tentang hidayah ALLAH yang hanya menjadi milik-Nya, diberi kepada siapa yang Dia suka.

4. Doa saya, moga al-sunnah dan dakwah Islam ditegakkan dengan benar, tertib dan caranya memenuhi maqasid serta tujuan syarak yang mulia. Moga para pendakwah menyampaikan agama ini dengan ikhlas dan benar caranya.

Sekadar pendapat yang boleh diterima dan ditolak.

Blog akarimomar: Kalau mahu bukti pasal muslihat dakyah puak kristian

Saya sudah letih dengan sikap sesetengan intelektual Melayu kononnya dakwaan sesetengan blog itu adalah propaganda menakut2kan orang Melayu terhadap rakan sekutu mereka yang mendepankan DAP  dalam usaha menyelinap masuk kekawasan Melayu untuk di Kristiankan.
Banyak2 bukti dikumpul dan boleh ditatapi diblog beliau.
Saya pun sedang memerhato pergerakan mereka di Ampang. Kita umat Islam boleh membuat citizen's arrest terhadap mereka yang menyerbu masuk kedepan rumah untuk mendakyah kerana tidak menjalankan aktiviti2 mereka dalam harmnoni, dan aman damai/

Ini adalah Cebisan dari blog beliau :
Kali ini diaporkan mereka berkeliaran di Pinggiran USJ pula. Yang ditahan kali ini merupakan sepasang warga asing (kemungkinan berasal dari Amerika Syarikat) bersama seorang berbangsa Cina. Menurut para sukarelawan pemantauan, mereka ini cuba menyebar risalah Kristian mereka sambil berhelah untuk diberikan kepada orang-orang Cina dan India.
Mereka tidak dapat memberi jawapan apabila sukarelawan pemantauan kita menanyakan kepada mereka jika mereka ingin mengedarkan risalah ini kepada orang-orang Cina dan India kenapa perlu risalah tersebut diterbitkan dalam bahasa Melayu? Dan jika mereka ingin mengedarkan risalah tersebut dalam bahasa Melayu, apakah mereka sendiri boleh berbahasa Melayu?
Sungguh aneh dan licik helah penipuan penjenayah Kristian ini.
Kita seru pihak berkuasa agar dikenakan tahanan agar kedua-dua warga asing tersebut dihalang untuk masuk ke Malaysia (Not-To-Land -NTL) di masa akan datang. Kita tidak perlu orang sebegini.
Di bawah adalah beberapa keping gambar yang sempat dikongsikan kepada saya sebentar tadi. Ada videonya sekali – mungkin perlu diedit dahulu bagi mengelakkan identity sukarelawan kita didedahkan. Kita usahakan untuk kongsikannya jika dapat.
Syabas kepada para sukarelawan yang peka dan sentiasa memantau suasana kemasyarakatan kita. Semoga Allah membalas usaha saudara sekalian.
Inilah yang disebut sebagai “sadduz zara’i” – menyekat segala punca dan pintu untuk berlaku sebarang pemurtadan.

Selebihnya di sini:
 

Saturday, February 15, 2014

Mengapa Theresa tidak di tangkap walhal YAM Sultan Melaka di tangkap. Ini Jawapan Zahid

Sultan Melaka , baru 8 aduan sudah di tangkap masuk ke lokap polis.
Theresa, yang aduan sudah menlangkau 300 masih belum di bawa masuk ke balai.
Apa jawapan Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri.
"Theresa ada Cock sebab itu kami takut nak  tangkap dia"
 

Thursday, February 13, 2014

TS Adenan Satem dikatakan sama species dengan Anwar?

Apabila diumumkan perlantikan Tan Sri Adenan, maka ramai kawan2 saya yang terlampau percaya dengan pembangkang KM Sarawak yang baru ini adalah puppet atau patung untuk mantan KM yang sudah pun diwar2 kan menjada Gabenor Sarawak yang baru.
Pada saya, perkara pepatung nampaknya sudak menjadi sebati dengan politik Malaysia.
DSAI di katakan pula amat menyukai patung Cina iaitu Cina Doll yang banyak juga berkeliaran di Sarawak.
Presiden PKR yang kini dilapurkan menuntut cerai sudah hamper tidak Nampak dikhalayak umum. Adakah ini sati kebenaran dan akan mengukiri lakaran politik PKR dan Malaysia amnya dipilihan parti tahun ini?
Kita nantikan dan lihat samada ini adalah satu tsunami dalaman atau storm in a tea cup, ribut dalam satu cawan Azizah.

Wednesday, February 12, 2014

TS Adenan Satem dilantik mengganti Taib Mahmud

Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud has announced that his successor is to be Tan Sri Adenan Satem, after he announced that he has handed over his resignation letter to the TYT dated Feb 28.
Dalam pilihan raya 2011, beliau bertanding mewakili BN dan mendapat 4218 undi dengan majoriti 3216. Lawan beliau ialah Gilbert Asson Anak Kulong dari parti Bebas mendapat 215 undi. Calon lain ialah Nani Bt Sahari-(PR-1002) .

Monday, February 3, 2014

Ketua Menteri Pulau Pinang letak jawatan. Anwar Ibrahim tidak jadi tanding di Kajang akan bertanding di Pulau Pinang pula.

Disebabkan Anwar, anak Pulau Pinang, kemaruk hendak jadi Menteri Besar maka Khalifah Umar al-kotamelaka akan letak jawatan dan menawarkan Anwar jawatan Ketua Menteri .
Ini baru betul, Kalau nak jadi MBpun jadilah ditempat sendiri. Bukankah Guan Eng orang Melaka.
Tidakkah pelik kalau negeri sendiri di uruskan oleh orang asing mahu pulak menjadi MB di Selangor.
Melain Anwar telah nampak kuasa PKR dikalangan orang Melayu kini hanya 10% sahaja, maka sebagai rakan kerdil dikalangan rakan yang bersuara besar maka DAP mungkin terlebih besar kepala. Dan Azmin pula lebih berjiwa Melayu dari Anwar yang lebih suka memberi nikmat kepada orang2 Cina dan mereka yang berpluralkan agama dan citarasa seks.
Kalau Azmin layak menjadi MB kenapa perlu dia bertanding,
Walhal DSAI sudahpun berjawatan sebagai penasihat ekonomi Selangor.
Adakah beliau lagi layak dari Khalid yang pernah menjawat jawatan korporat?

Di Ampang, PKR menang dengan undi pengundi luar berbangsa Cina dan kalah di peti undi tempat mengundi Melayu.

Adakah PKR kini sudah hilang kepercayaan untuk memenangi kerusi Melayu dan terpaksa pergi kepada kawasan Cina?

Kalau sudah dasar jual bangsa pantun ini amat sesuai untuk Bang Non kita.

Kajang Pak Malau Kajang berlipat
Kajang saya mengkuang layu
Dagang Pak Malu dagang bertempat
Dagang Anwar Jual Melayu.
 

Blog Archive