Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Sunday, July 28, 2013

Dari AIDC: Orang Cina tunggu masa nak pancung Anwar


Bekas aktivis DAP, Shen Yee Aun (SYA) berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin dapat menyusup masuk ke dalam parti Pas yang kini dikenali sebagai kumpulan ‘Anwarinas’, namun tidak mungkin saama sekali Ketua Umum PKR dapat menembusi DAP.
“Anwar mungkin boleh melakukan perkara ini terhadap Pas tapi saya rasa dia tidak dapat menembusi Lim Kit Siang. Sebab cengkaman dan pengaruh Lim Kit Siang dalam DAP sangat kuat.
“Segala posisi dan turun naik seseorang dalam DAP adalah dalam tangan Lim Kit Siang.
“Saya rasa, Anwar tidak ada banyak pengaruh dalam DAP, “katanya.
Menurut SYA, DAP telah mencapai kejayaan paling maksima pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), maka parti cauvanis Cina itu tidak mampu lagi melebihi daripada tahap itu.
“Mana-mana parti politik atau syarikat ada graf pencapaian mereka yang mana graf itu sudah sampai ke satu tahap keuntungan maksimum.
“Jadi, DAP sudah sampai satu tahap yang paling maksimum, masyarakat Cina dah penuh dah, India dapat separuh.
“Sekiranya DAP tidak cuba untuk mendapatkan undi Melayu, mereka tidak akan dapat selama-lamanya memerintah negara ini. Daripada matematik mereka tahu, itu yang pertama,”katanya lagi.
Ikutilah wawancara SYA bersama AIDC bahagian akhir, di Petaling Jaya, 6 Julai 2013.
AIDC :Boleh ulas sedikit tentang tulisan saudara yang mengatakan Anwar melucukan apabila menuduh bermacam-macam, tapi apabila lapor polis hanya tentang isu dakwat kekal ?
Memang sangat melucukan. Bukan sahaja beliau mengangkat sumpah menjadi Ahli Parlimen, kita juga jangan lupa Anwar pernah membuat laporan polis dalam isu penipuan pilihanraya.
Tapi tiada satu pun yang dia laporkan. Dia tak buat laporan polis tentang blackout, tidak buat laporan tentang isu undi popular, tidak buat laporan polis tentang Bangladesh. Dia hanya buat laporan polis hanya tentang isu dakwat kekal yang sebenarnya mereka sendiri minta. Itu memang lucu dan kelakar.
AIDC : Mereka yang minta supaya dakwat kekal itu digunakan?
Sedangkan Malaysia tidak perlu sistem dakwat kekal, sebab kalau dikaji dalam sejarah demokrasi dunia hari ini, negara-negara yang tidak maju sahaja menggunakan dakwat kekal ini. Negara yang sudah maju guna biometrik.
Mereka nak perangkap BN guna dakwat kekal supaya ada isu macam ini yang boleh mereka politikkan.
Mana boleh mereka nak suruh kita ikut macam negara tidak maju. Takkan kita undi hari ini, dakwat itu nak hilang dalam masa 2 bulan.
Sebab itulah saya kata, inilah permainan Anwar yang kita asyik terperangkap. Saya bukan nak kata, ini jujur, BN pun lemah juga. Anwar minta dakwat kekal, bagi dakwat kekal. Terperangkap. Sebab Anwar sudah tahu permainan sedemikian.
Dakwat kekal yang mereka sendiri minta. Tapi dakwaan yang kat luar mereka buat, blackout, Bangladesh, isu popular vote, penipuan pilihanraya, undi hantu..kesemua tuduhan mereka tak pernah buat laporan polis. Itu yang kelakar.
AIDC : Seperti ada persamaan antara Anwar dengan DAP. Misalnya badan pemikir Penang Institute, Nurul Izzah dan fikiran-fikiran Anwar ada di situ. Seolah-olah macam selari ?
Sememangnya selari. Politik Pas pada hari ini, dihancurkan, ada orang mengatakan disebabkan Anwar. Mengapa Pas tidak menjadi selantang dahulu memperjuangkan Islam. Kita lihat Pas pun sudah banyak berubah.
Sebenarnya, Pas nak kata berubah pun ya. Yang berubah itu adalah pemimpin-pemimpin yang dicaturkan oleh Anwar dalam Pas. Pas sudah terbahagi kepada kumpulan yang pro-Anwar dan anti-Anwar. Kumpulan-kumpulan yang pro-Anwar itulah yang membawa fahaman-fahaman liberal itu.
Fahaman-fahaman liberal inilah yang cuba mencuci golongan ekstrem atau golongan ulama dalam Pas supaya mengikuti perjalanan orang-orang ini. Nak kata persamaan itu memang ada sehinggalah mereka menyamakan Pas itu sehaluan dengan mereka.
Saya melihat Anwar begitu yakin nak undi Melayu. Sebab itu mereka banyak bermain tentang isu Cina dan sebelum itu isu India.
AIDC : Anwar beralih isu dari Melayu kepada India dan Cina ?
Saya rasalah. Tapi lepas ni saya rasa mereka dah tahu dah, kemungkinan besar orang Cina dan India akan ditinggalkan mereka.
Ini adalah kebenaran berlandaskan sejarah. Kalau kita lihat kepada PRU 12, mereka main isu India. Lepas menang, mereka tinggalkan India. Sekarang mereka menarik pula undi Cina. Anwar atau DAP akan terus memerlukan undi Cina atau tidak lagi, kita akan lihatlah selepas ini sebab masih awal lagi untuk membuat rumusan.
Tapi kalau ikut perangai mereka, biasanya kalau sudah dapat undi mereka akan tinggalkan. Sebab itu saya rasa, sasaran mereka yang seterusnya adalah pengundi-pengundi Melayu. Ini adalah analisis peribadi saya.
AIDC : DAP juga mahu undi Melayu ?
DAP nak undi Melayu.
AIDC : Kenapa DAP perlu undi Melayu sedangkan parti itu bertanding di kawasan Cina ?
Mana-mana parti politik atau syarikat ada graf pencapaian mereka yang mana graf itu sudah sampai ke satu tahap keuntungan maksimum.
Jadi, DAP sudah sampai satu tahap yang paling maksimum, masyarakat Cina dah penuh dah, India dapat separuh. Sekiranya DAP tidak cuba untuk mendapatkan undi Melayu, mereka tidak akan dapat selama-lamanya memerintah negara ini. Daripada matematik mereka tahu, itu yang pertama.
Yang kedua, jika mereka tidak dapat undi Melayu, mereka selama-lamanya tidak akan dapat menjadi Menteri Besar seperti mana yang berlaku di Perak.
Sebab itu, DAP akan lebih lagi mendekati masyarakat Melayu. Selepas ini, kemungkinan besar itu adalah strategi yang akan mereka akan buat. Bukan untuk Melayu tapi untuk diri mereka sendiri.
Sebab itu saya beri amaran kepada masyarakat Melayu janganlah terjerat.
Mereka sangat bijak dalam politik yang jijik, licik dan keji.
AIDC : kembali soal pemilihan DAP. Saudara katakan tadi, pengundian ‘top 20′ bukan penentu jawatan dalam parti itu. Jadi siapa pencatur sebenar jawatan-jawatan DAP ?
Kalau tidak silap saya, Pas ada campur tangan Anwar. Kalau tidak silap saya lah. Tapi dalam DAP, tidak ada campur tangan (Anwar), memang diri sendiri.
DAP ini cengkaman dan pengaruh Lim Kit Siang adalah terlalu kuat. Bermakna Lim Kit Siang adalah segala-galanya.
AIDC : Bermakna Anwar tidak boleh campur tangan dalam DAP ?
Tidak. Anwar mungkin boleh melakukan perkara ini terhadap Pas tapi saya rasa dia tidak dapat menembusi Lim Kit Siang. Sebab cengkaman dan pengaruh Lim Kit Siang dalam DAP sangat kuat.
Segala posisi dan turun naik seseorang dalam DAP adalah dalam tangan Lim Kit Siang.
Saya rasa, Anwar tidak ada banyak pengaruh dalam DAP.
AIDC : Bermakna, pengundian dan pemilihan dalam DAP bukan penentuan jawatan dalam parti ?
Ya, betul, itu pandangan peribadi saya. Tapi tidak ada campur tangan luar, kalau tidak silap saya lah.
Dalam sejarah DAP lebih daripada 60 orang terkenal ataupun pahlawan DAP yang telah dipancung oleh Lim Kit Siang. Contoh Wee Chee Keong, Lee Lam Thye, Fan Siu Tien, dan yang paling terbaharu, Tunku Abdul Aziz .
Jadi, sesiapa yang menentang, dia dah ‘bunuh’ dah. Sesiapa yang menentang Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng akan ‘dibunuh’ karier politiknya dalam DAP.
Sebab itu, saya meramalkan keputusan Lim Kit Siang untuk bertanding di Johor sebenarnya bukan untuk menembusi kubu kuat BN di situ.
Pada analisis peribadi saya, dia lebih kepada mahu menghancurkan karier politik Boo Cheng Hau (Pengerusi DAP Johor). Boo Cheng Hau ini sudah lama tidak sehaluan dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
AIDC : Bermakna, kalau Karpal Singh sendiri menentang Lim Kit Siang, dia juga akan ‘dibunuh’?
Betul. Sesiapa sahaja. Kita lihat Tang Siew Gaw tiba-tiba kalah. Dia kan Naib Pengerusi DAP. Apa yang berlaku? Itu juga yang saya nak tahu, apa sebenarnya yang berlaku.
Jenice Lee ‘dipancung’. Jenice Lee dapat undi tertinggi di Selangor kena ‘pancung’ juga. Mana mungkin orang yang mendapat undi tertinggi DAP kat Selangor tak dapat bertanding di Teratai. Sedangkan Jenice menang pada tahun 2008, mengapa Jenice ‘dipancung’?
Jadi, sesiapa sahaja menentang Lim Kit Siang, Lim Guan Eng ‘dipancung’. Sesiapa sahaja menyebelahi atau membodek atau menyokong Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mereka akan ‘hidup’ dan mereka akan naik dalam politik DAP.
Tony Pua naik, Hannah Yeoh naik, Ong Kian Ming naik, Liew Chin Tong naik..semua orang itu adalah penyokong Lim Guan Eng.
Sampaikan pemimpin DAP yang tidak berkualiti, yang bermasalah, yang paling gangster, Ng Wei Aik kat Penang itu masih lagi diberi kuasa. Hanya kerana mendapat restu daripada Lim Guan Eng. Hanya kerana mereka berada dalam satu barisan yang sehaluan dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.
Itu cara DAP dan mereka kata mereka demokrasi. Kalau DAP kata mereka demokrasi, saya cabar mana-mana ahli DAP supaya cabar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mana mereka boleh naik ? Tak mungkin akan naik.
Tapi, kalau ikut kualiti, Teng Chang Kim dan Nga Kor Ming, sepatutnya Teng yang patut naik. Apa kurangnya Nga Kor Ming dengan Teng Chan Kim kualitinya dalam DAP ?
Mereka fasih pelbagai bahasa, berkepimpinan, berkarisma, boleh bertutur dengan baik, tapi mereka tidak ada peluang.
AIDC : Adakah ini sistem Godfather?
DAP tak boleh pakai sistem godfather lah, saya ingat ini adalah sistem “Lim family”. Semua Lim..Lim Kit Siang… Lim Guan Eng.. menjaga DAP seolah-olah parti itu hak milik mereka. Seolah-olah mereka memiliki hak monopoli dan hak eksklusif dalam DAP. Itulah cara mereka, anak-bapa memerintah DAP. Jauh lebih teruk daripada Anwar dan Nurul Izzah mencengkam PKR. Sebab Anwar dan Nurul Izzah pun tidak begitu kuat cengkaman mereka. DAP itu lebih kuat cengkamannya.
AIDC : Saya begitu hairan kenapa DAP, Lim Kit Siang bermati-matian mahu Anwar menjadi Ketua Pembangkang, sedangkan kedudukan kerusi di Parlimen, DAP – 38, PKR – 30 ?
Pakatan Rakyat ini sangat bijak bersandiwara. Ia mungkin banyak faktor, saya tidak pastilah. Tapi ada beberapa indikator yang boleh dijelaskan.
Pertama, kemungkinan besar seperti yang saya katakan tadi, DAP ataupun Pakatan Rakyat sekarang mahu undi Melayu. Kalaulah DAP, Lim Kit Siang itu Cina jadi Ketua Pembangkang, kemungkinan jadi liabiliti kepada pembangkang.
Kalau Anwar menjadi Perdana Menteri (PM), Anwar Melayu lagi. Anwar juga mungkin masih ada pengaruh di kalangan masyarakat Melayu. Yang mungkin boleh mencaturkan masa depan Pakatan Rakyat untuk mencaturkan masa depan BN dalam pilihan-pilihan yang akan datang. Itu mungkin muslihatnya.
Kedua, mungkin sandiwara Anwar, kita pun tidak tahu. Anwar begitu bijak bersandiwara. Jangan lupa, Anwar pernah membuat janji bahawa jika dia kalah dalam PRU 13, dia akan bersara.
Sebab itu mereka buat seperti gentleman, bersara dan mahu beri tempat itu kepada Lim Kit Siang. Tapi mungkin mereka dah berbincang di belakang dah. Kita tidak pasti.
Tapi yang paling penting, apa sahaja jawapannya..jawapan ini paling penting, Anwar ke, Lim Kit Siang ke, Haji Hadi ke, Pas ke, DAP ke, PKR ke, Pakatan Rakyat ke, mereka saling mempergunakan di antara satu sama lain demi untuk mencapai agenda dan motif individu. Itu sahaja.
AIDC : Motif individu?
Saling mempergunakan antara satu sama lain demi kepentingan diri sendiri. Tidak kiralah Anwar ke, Lim Kit Siang ke. Itu yang paling penting.
Saya rasa jawapan itu lebih tepat, tidak kiralah siapa Ketua Pembangkang, tidak kisah apa sebab mereka, kita tahulah, mereka saling mempergunakan antara satu sama lain.
AIDC : Saudara katakan tadi, Anwar tidak boleh tembusi DAP kerana parti itu dikuasai oleh Lim Kit Siang. Kit Siang pula mahukan Anwar menjadi Ketua Pembangkang dan Ketua PR. Adakah bermaksud Kit Siang cuba membonekakan Anwar ?
Kemungkinan besar, tapi saya tidak pasti. Kita kena faham juga, Lim Kit Siang ini bukan calang-calang orang. Tapi kita kena sedar juga, Anwar juga bukan calang-calang orang.
Sama ada Lim Kit Siang boleh mengawal Anwar ataupun Anwar mengawal Lim Kit Siang, itu yang menjadi satu persoalan yang menarik.
Tapi yang menarik saya lihat, DAP lebih mahu “menampar” Pas.
“Menampar” itu orang kata satu metafora atau perlambangan. Mengapa? Sebab dari dahulu lagi, terdapat suara mahukan PM datangnya daripada Pas.
Dalam muktamar, mereka (Pas) mahu jawatan PM. Ada satu ketika juga, Haji Hadi Awang juga nak jadi PM. Tapi DAP tidak menyokong, DAP mahu Anwar. Kemungkinan besar, DAP juga risau kalau Pas menjadi PM.
Mungkin juga soal kompromi. Sebab kalau kita lihat di negeri Selangor, sepatutnya kalau ikut sistem merit pun, PKR..Khalid Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar kerana kerusi DAP dan Pas lebih banyak daripada PKR.
AIDC : Apa implikasi penolakan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU 13 ?
Ini analisis peribadi saya, mungkin masyarakat Cina akan menjadi jauh lebih susah daripada dahulu. Sebab ikut analisis saya, tidak ada Perdana Menteri di Malaysia yang paling berjasa, berkhidmat kepada masyarakat Cina selain YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Kita lihat banyak benda dilakukan selepas beliau menjadi PM, sekolah Cina mendapat RM 100 juta peruntukan, pembinaan sekolah Cina, tanah diberikan kepada orang Cina untuk pembangunan di negeri Johor, pelajar Cina dapat biasaiswa JPA, kemasukan ke IPTA 80 hingga 90 peratus yang dahulunya nak dapat 60 peratus pun susah.
PM sendiri meliberalisasikan ekonomi, memansuhkan DEB dan sebagainya. banyak..banyak sumbangan dan jasa PM terhadap masyarakat Cina tapi tidak dihargai.
AIDC : Akhirnya tidak dihargai?
Tidak dihargai. Saya tidak mahu menyalahkan masyarakat Cina sebab kita tahu mereka adalah pengundi, orang biasa, bukan orang politik dan minda mereka mudah dipengaruhi.
Yang saya persalahkan adalah ahli-ahli politik DAP yang meracuni pemikiran masyarakat Cina demi kuasa mereka tanpa memikirkan masa depan masyarakat Cina. Bermakna, mereka merisikokan orang Cina sehingga lebih 95 peratus (Cina) menentang kerajaan. Akhirnya masyarakat Cina sekarang terhimpit dan terjerat dalam situasi yang begitu susah hendak dijelaskan. Mengapa ?
Apa yang hendak dibanggakan menjadi suara Ketua Pembangkang Cina yang paling hebat di Malaysia, sedangkan tiada lagi suara dalam kerajaan.
Kedua, dalam sejarah penubuhan Malaysia sehingga ke hari ini, walaupun DAP cuba memutarbelitkan bahawa masyarakat Cina ditindas dan sebagainya, namun statistik dan kebenaran adalah masyarakat Cina merupakan bangsa kedua yang memiliki kuasa politik di negara ini.
MCA memiliki kouta Menteri yang paling banyak. Suara Cina lebih didengari berbanding dengan masyarakat India dan Sabah-Sarawak. Ini realitinya.
Disebabkan permainan jijik dan kotor Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, DAP dan Red Bean Army meracuni pemikiran masyarakat Cina akhirnya dulu Cina nombor dua, sekarang sudah jadi nombor empat dah.
Melayu tetap nombor satu, Menteri yang paling banyak berada dalam Kabinet sekarang adalah Menteri daripada Sabah dan Sarawak (Pribumi) dan ketiga adalah masyarakat India dan keempat Cina. Hanya ada dua sahaja Cina.
Siapa yang hendak kita persalahkan. DAP? DAP yang memberitahu masyarakat Cina, ada atau tiadanya Cina dalam Kabinet, tiada bezanya. Sebenarnya bezanya sangat banyak.
AIDC : Apa perbezaannya ?
Banyak. Sebab seorang Menteri itu boleh memberi peruntukan yang banyak kepada tokong, organisasi Cina, pendidikan Cina..banyak. Beribu-ribu pelajar Cina yang dapat matrikulasi, biasiswa..ini semua MCA yang bantu.
Tanpa wakil Cina dalam Kabinet sekarang, apa lagi masa depan Cina, saya tidak lagi dapat bayangkan. Mereka merisikokan masa depan ini.
Sekarang masyarakat Cina dibenci pula oleh Melayu. Ada segolongan Melayu yang seolah-olah menyalahkan Cina. Tapi sepatutnya mereka menyalahkan ahli-ahli politik yang kat atas tu, Cina bawah ni pun minda mereka diracuni.
Sehingga sekarang ini ada kempen untuk memboikot barangan Cina. Sedangkan Cina yang biasa ini tidak memboikot barangan Melayu. Yang lancarkan boikot itu adalah Red Bean Army yang akhirnya membangkitkan kemarahan NGO Islam untuk membuat serangan hendap.
Ini akhirnya silap siapa? Ahli politik, Red Bean Army yang mengkambinghitamkan masyarakat Cina yang tidak berdosa.
AIDC : Dalam keadaan sekarang, adakah masyarakat Cina tidak gembira apabila DAP berjaya memenangi 38 kerusi di parlimen ?
Ya, terdapat beberapa kategori orang Cina yang tidak gembira. Yang pertama, mereka tidak gembira kerana BN-UMNO tetap berkuasa dan DAP kalah, tak dapat jadi kerajaan.
Yang kedua, yang tidak gembira adalah mereka yang sudah sedar akhirnya bahawa mereka ditipu oleh DAP. DAP kata mereka boleh ubah kerajaan, mereka boleh menang, ini kalilah dan akhirnya tidak menang yang mengkorbankan undi mereka menyebabkan orang lebih benci kepada masyarakat Cina.
Ada juga di kalangan masyarakat Cina yang tidak gembira dan ada yang gembira sebab menang. Ada juga yang tidak gembira sebab DAP menipu mereka.
AIDC : Walaupun masyarakat Cina tetap menang di Selangor dan Pulau Pinang, adakah itu tidak boleh menggembirakan mereka ?
Tidak. Sebab persepsi yang diberikan oleh DAP seolah-olah mereka boleh menakluk Putrajaya. Itulah persepsi yang mereka berikan. Itulah janji yang diberikan kepada penaja mereka, kepada masyarakata Cina, kepada penyokong mereka, mereka akan tawan Putrajaya dan akhirnya mereka gagal

Sumber: Disini

Thursday, July 25, 2013

Juadah berbuka untuk Parti Pembangkang di Kuala Besut : Damia Izara

Dah berapa kali ini minah nymphomaniac-streaker berjanji untuk berbogel,
Ini namanya Janji di Capati seperti janji YB Zuraidah dan Azmin Ali untuk penduduk Bukit Antarabangsa,


Berita selanjut-lanjutnya disini ...

Tuesday, July 23, 2013

Barisan AIR: Razali Ibrahim tidak mahu kacau daun, dodol OK, Ku Li bila lagi hendak istihar masuk gelanggang?

Adakah Razali ini menyertai AIR dalam pemilihan UMNO kali ini?
Tidak mahu kacau daun tetapi sekadar kacau dodol sahaja?

Barisan Asalkan Ia Razali mengalu2kan pencalunan YB Datuk Razali sekiranya beliau mahu bertanding.
Penemuan saya dengan beliau membuktikan 'character'nya yang amatlah mesra dan tidak sombong.
Kita masih ternanti2 hasrat dari Tengku Razaleigh samada beliau akan bertanding dan amatlah potong setim sekiranya beliau tidak bertanding kali ini.
Corak permainan sudah bertukar kepada kemahuan Ku Li, Bila beliau hendak masuk gelanggang.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
MUAR 21 Julai - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim tidak akan menentang Khairy Jamaluddin sekiranya Ketua Pemuda itu mahu mempertahankan jawatan tersebut yang dipegang sejak 2008 dalam pemilihan parti hujung tahun ini.
Menurutnya, perkara itu telah dinyatakannya kepada pergerakan berkenaan sebelum ini.
"Itupun kalau Khairy nak bertanding, kalau dia tak nak bertanding itu sudah soal lain," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Rakan Muda di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, di sini hari ini.
Malah beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, soal mencabar jawatan Ketua Pemuda itu sebenarnya pun belum difikirkan kerana masih terlalu awal.
"Saya belum fikir untuk terus bersama Pergerakan Pemuda UMNO atau memberi tumpuan di kawasan saya iaitu UMNO Bahagian Muar.
"Buat masa ini saya masih terlalu memikirkan keputusan pilihan raya umum lalu dan mencari kaedah yang terbaik untuk kukuhkan parti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Pemuda UMNO Johor dalam mesyuarat khasnya kelmarin, yang mahu pemilihan Pemuda UMNO pada perhimpunan agung parti akan datang dibuat secara terbuka dengan mempertandingkan semua jawatan.
Khairy dalam reaksinya semalam turut menyokong cadangan itu dan jika majoriti anggota parti mahukan demikian, pemilihan terbuka wajar diadakan bagi menghormati suara dan kehendak mereka.
Razali pula berkata, semua ahli pergerakan sepatutnya tidak dihalang untuk bertanding jika mereka memenuhi syarat dan mendapat sokongan.
Namun katanya, calon-calon perlu mengenal pasti keupayaan dan kemampuan masing-masing untuk memimpin selain sumbangan yang mampu diberi dan bukan semata-mata bertanding atas alasan mahu menyuburkan demokrasi dalam parti atau meningkatkan penyertaan.
Namun katanya, beliau menghormati keputusan mana-mana pihak untuk bertanding kerana perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan parti dan tidak ada keistimewaan bagi sesiapa pun yang mahu mengekalkan jawatan.
Mengenai cadangan Pemuda UMNO Johor itu, katanya, beliau percaya mereka menyuarakan pendirian tersebut kerana mahu melihat UMNO kembali kukuh dan diyakini orang Melayu serta rakyat secara keseluruhannya dan tidak mempunyai niat lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130722/po_04/Razali-tidak-akan-lawan-Khairy#ixzz2ZsjtBkaC
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday, July 21, 2013

Only in Malaysia: Cara nak makan free di kedai mamak.

Teringat buku tiga lima satu, satu tradisi  menghutang yang kian pupus, lebih lebih lagi selepas ada maha sewel bahalol yang akan demo apa jua isu yang Pakatan Gila Babi akan bawa untuk berkuasa.

Saturday, July 20, 2013

Beberapa ahli MT akan dilarang bertanding kerana disyakki membeli data?@NajibRazak

Dalam kesibukan peringkat persidangan cawangan yang telahpun bermula pada 15hb Julai lalu sehingg 31 Ogos, beberapa SMS ucapan selamat persidangan telah diterima oleh pelbagai ahli.
Beberapa kemusykilan telah di tanya oleh penerima SMS ini:
  1. Siapakah yang menghantar SMS itu,
  2. Siapakah yang mengupah servis penghantaran SMS
  3. Mengapa orang lain tidak dapat data ini
  4. Tidakkah ini melanggar tatasila berkempen
Semua calun sepatutnya di benarkan ases cawangan kepada data-data di Pusat.
Namun didengar data dijual oleh pihak tertentu kepada pihak tertentu.
Saya merayu agar siasatan dijalankan dan sesiapa yang bersalah harus di hukum oleh JK Disiplin UMNO dan tidak di benarkan bertanding.

 

Monday, July 15, 2013

Cara Cina Kiasu wannabe Singaporean meminta maaf kepada orang Muslim

 

Penggunaan S.M.A.R.T Objectives patut di luaskan di semua peringkat Bahagian

Dari international hill:
Seharusnya, setiap peringkat bahagian dilatih dalam bidang professional dan akademik agar kita dapat memenuhi kehendak rakyat.
Misalan-misalan objektif untuk meningkatkan kepuasan rakyat, Kriteria yang perlu di ukur dalam setahun ke setahun adalah:
  1. Kenampakan ketua bahagian dipelusuk kawasan (Visibility)
  2. Bantuan-bantuan (Number of Helps given)
  3. Layanan pengunjung ke pejabat bahagian melalui borang maklumbalas yang mesti disediakan (Service Quality at Counter)
  4. Kecepatan maklumbalas (Speed of response)
  5. Bilangan Titik sentuh ( Nos of Touch points)
  6. Bilangan Program
  7. Penambahan Pengundi Baru ke kawasan
  8. Perhubungan dengan Pengundi Luar
--------------------------------------------------------------------------------------------
The concept of S.M.A.R.T objective is best described from the term’s initials:

1.       S for Specific

2.       M for Measurable

3.       A for Attainable or achievable

4.       R for Realistic

5.       T for Timely (and better if it also Traceable)

Specific

A specific  goal has a much greater chance of being accomplished than a generic goal. A goal can be checked to be specific If can meet these criteria and answer the six “W” questions:

·         Who is involved? (Who)

·         What do we want to accomplish? (What)

·         Identify a location (Where)

·         Establish a time frame (When)

·         Identify requirements and constraints (Which)

·         Specific reasons, purpose or benefits of accomplishing the goal (Why)

Measurable

A goal shall establish concrete criteria that can be measured it s progress towards the attainment of the goal set. A goal can be determined to be measurable if it can be counted and can give an indication when it is accomplished.

Attainable

A goal set shall be planned with the necessary steps to achieve the goal. These steps may be change of attitudes, improvement of skills and financial capability to reach the goal.

Realistic

A realistic goal  means that the objective set is not impossible to be achieved and shall correspond to the team’s willingness to push itself and make the goal to work. A goal can be both high and realistic but must be determine by the goal setter willingness and motivation to achieve  

Timely

A goal shall be bound with a time frame, to create a sense of urgency.

Traceable means that the objective can be traced to another higher level of objective or be broken down to lower level of objective.  A departmental objective shall be able to be traced to a divisional objective in a hierarchy.

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menunaikan ibadah puasa dan muhasabah diri

Saya ingin mengucapkan selamat kepada semua muslimin yang akan menunaikan ibadah puasa.
Janganlah kita lupa akan nikmat yang diberikan ALLAH dimana kita dapat menunaikan ibadah ini dengan penuh keamanan.
Ingatkan orang Islam di Syria, Mesir, Palestine yang kini sedang mengalami suasan yang tidak stabil atas nama demokrasi.
Doakanlah agar mereka menemui keamanan dan kesejahteraan hidup sebelum aidil fitri tahun ini. Amin.
 

Monday, July 8, 2013

Halal bercium mulut antara lelaki, biar betul?


Saya tidak mahu banyak komen pasal isu Syiah, tetapi hari demi hari isu Syiah ini nampaknya telah mengugat kestabilan politik didalam Malaysia. Lebih2 lagi Mat Sabu dikatakan di tunduk di Pending kerana anutan Syiah nya (Darulehsan today).
Kalau ditengok dalam video DarulEhsan, ungkapan terakhir tidak salah saya menrungkaikan selawat keatas Ali yang memang tidak di terima oleh pegangan Sunni.
Juga anda dapat melihat seorang rakyat Iran mengambil video menunjukkan acara ini mungkin disokong oleh kedutaan Iran.
Pegangan Syiah dikatakan darah orang Sunni itu halal.
Mengikut darulehsan perang saraf antara Syiah dan Sunni kini sedang berlangsung didalam PAS.

Friday, July 5, 2013

Kes Isteri di ganggu Anwar - Ada udang sebalik mee?

Kenapa ya......hmmmmm. Tuduhan moral tetapi saman di tarik balik.

---------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim menarik balik saman fitnah RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Luar
Datuk Hamzah Zainuddin.
Peguam Anwar, R.Sivarasa dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin,
yang mewakili Hamzah, berkata dalam satu kenyataan bersama hari ini bahawa saman
itu diselesaikan secara baik berdasarkan terma-terma sulit antara kedua belah
pihak.
“Kedua-dua pihak memutuskan bahawa meneruskan tindakan undang-undang adalah
tidak perlu dan tidak produktif dan perlu diingat mengenai senario politik pada
masa ini dan tanggungjawab politik semasa mereka.
Sivarasa berkata sepanjang pengetahuan plaintif, kenyataan yang
dipertikaikan telah tidak diulang dan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak
membangkitkan lagi perkara ini.
Anwar memfailkan saman itu terhadap Hamzah pada 22 Ogos, 2008, yang pada
ketika itu merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mendakwa
dia mengeluarkan perkataan fitnah mengenainya yang disiarkan dalam satu artikel
bertajuk "Anwar Mengganggu Isteri Saya" dalam akhbar harian berbahasa Cina,
Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos, 2008.
Saman itu ditetapkan untuk pendengaran hari ini di hadapan Hakim Mahkamah
Tinggi Rosilah Yop.
-- BERNAMA
BHA ZMN MOK NH

Wednesday, July 3, 2013

KEMASKINI: Tanah runtuh di ukay perdana kawasan Azmin

LATEST:
4 Myanmar citizens died after hit by a landslide.
More news to come
,,,,
Baru tadi Slopewatch telah mengesahkan bahawa kejadian itu bukan punca dari tanag runtuh tetapi akibat binaan runtuh.
Sekian.

Tuesday, July 2, 2013

Hung DUN: Peluang untuk UMNO dan PAS tubuh kerajaan perpaduanG..



MunkinG sudah ditakdirkanG Allah bahawa UMNO danG PAS kali ini menGdapat ruan untuk menimbankanG kerajaanG perpaduanG.
Saya berpenGdapat kali ini adalah peluan terakhir yang diberikanG oleh Allah unGtuk kita sebagai umat Islam bersatu dalam satu payun yan dipimpini baginGda SultanG Terengganu.
UMNO boleh memberi tawaran fardhu kifayah  kepada PAS bahawa sekiranya menang atau kalah, kalau diperintah oleh SultanG maka mereka akanG bersetuju unGtuk menubuhkanG kerajaanG perpaduanG.

Dah cukup dengan loghat ganu kite.

Pelbagai sudut telah kita lihat. Bila disebut kerajaan perpaduan maka melentinglah puak PKR dan DAP dan ada telah menerima hukuman bila mulut mereka dibuka. Di caci dihina oleh juak Anwarista. Isu Nasharudin Mat Isa, Hassan Ali dan lain-lain lagi.
Sudah berpuluh tahun kita  bermusuh dan ini telah menjadi punca bumiputera semakin lemah dalam arena politik semasa.

Saya kira dengan adanya kerajaan perpaduan ini maka satu jalan telah ditunjukkan bagi umat Melayu dan Islam merapatkan saf, dan harus digunakan dengan sebaik2nya.

Sekiranya, kedua-dua parti ini buat tidak tahu, maka tunggulah nanti akan bencana lebih besar sebagaimana yang telah datang kepada orang-orang Arab dan bangsa-bangsa yang lain di benua Hindi utara. Islam bunuh Islam.

Percaya lah.......

Lagi disini

Blog Archive