"Mee banjir original Masjid Tanah cerita pengajaran yang baik.
Bermula oleh seorang wanita kematian suami yang dalam keadaan susah.
Kerana ingin mencari wang untuk memperbaikikan kesempitan wang untuk hantar anak ke sekolah, wanita ini telah berniaga dan perniagaan yang laris sehingga beliau dapat menunaikan haji. Dalam tahun 70'an ia bermula.
Resepinya sebenarnya rahsia melainkan pada mereka yang rapat kepadanya.
Arwah Ibu saudara saya, yang juga kematian suami dalam keadaan yang sama telah berjaya untuk mendapatkan resepi ajaib ini setelah merayu kerana ingin memperbaiki perniagaan kantinnya."
Ini adalah antara komen yang pernah saya berikan.
Ibu ini bernama Maznah dan beliau menjadi balu beberapa orang anak dan pandai mengandam.
Beliau sebelum itu memenangi tender kantin sekolah menengah di Masjid Tanah dan berjaya dalam hidupnya sehingga membuka sebuah gerai didepan masjid dekat pos ofis Masjid Tanah.
Dan saya bersekempatan untuk menjamahnya sekalai lagi di depan KFC Masjid Tanah. Saya percaya ini bukan yang asal.
Menurut pengusaha kedai itu, ada dua gerai mee banjir.
Walaupun tidak dapat merasa yang asli, rasanya masih sedap.
Mungkin, lain kali akan saya singgah dan cari mee banjir Ori Masjid Tanah, satu-satunya resepi yang berasal dari Masjid Tanah selain dari Assam Pedas Melaka Ramuan Asli Masjid Tanah.
Menurut seorang rakan, anaknya pernah mengusahakan Mee Banjir Ori di Puduraya sebelum ia berwajah baru.
Salam boss... Hebat blog boss... Mohon dapat dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com/ ke blog boss... Terima Kasehhh Boss....
ReplyDeletewaghih,
ReplyDeleteedan pulak tekonangkan mee kodai sarjan... tak tau lah samo ado kau ponah gaso!
tokeh dio cino tapi tukang masak eh melayu. dari tahun 70an lagi dah ado. lopeh apak eh mati, anak eh pulak ambek alih.
memang osah sodap eh!
Kek bolah mano kodai sarjan?
ReplyDeleteDopan taitong atau deret masjid lamo atau big ben?
Dokek dgn balai polis
ReplyDeleteBlh try mee banjir kat pengkalan balak.. kedainya selepas sek. men. adiputra.. x jauh dr sek tu.. tukang masaknya kawan sekolah saya...
ReplyDeleteUntuk pembaca dan penggemar mee banjir ori, kunjungi lah kantin sekolah sekolah rendah thambycik karim @ Masjid Tanag English school (MTES) , Anaknya berniaga di situ dan saya sudah rasa dan saya gerenti ORI.
ReplyDelete