Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Wednesday, September 12, 2012

What style you want? Kampung Baru Style?

Pagi ini terkenang pulak kampung halaman ku
Bagi sesetengah kawan kita, kampung mereka hanya sekadar satu balingan batu atau sepelaung sahaja.

Kampung Baru, adalah bandar yang dimaksudkan saya yang tidak sampai setanak nasi kalau ikut elevated highway, AKLEH dari Bukit Antarabangsa.

Saya sempat bersembang dengan seorang kawan lama yang kebetulan keluarga isterinya memiliki tanah pesaka di Kampung Baru. Saya pernah jadi pengapit kawan saya semasa beliau bertandang kerumah isteriya sebagai pengantin. Kini sedang menerima menantu, dan anaknya pula mendapat biasiswa kerajaan BN walaupun cacing dalam lubang tanah tahu bapanya bukan penyokong BN pun.

Adakah kerajaan BN kejam? PAS tidak akan sezalim itu, kerana PAS beri biasiswa cecelah gigi, takut mengikut arus pembangunan kerana takut buat silap. Sebab itu negeri Kelantan mundur tidak sepatutnya kerana memilih kerajaan yang tidak tahu mengimbangi dunia dan akhirat.

Semalam pulak saya juga telah termasuk ke Kg Baru kerana cuba buat U-turn selepas pulang dari SMEBank dan cuba masuk ke AKLEH.
Kerana lapar punya pasal, saya berhenti di kawasan Medan Selera Kg Baru. Apa yang saya nampak, kawasan ini tidak macam kawasan Kg Baru yang dulu. Tidak nampak kedai makanan Melayu kerana hampir kesemua kedai sediakan Bakso. Saya terpaksa makan dikedai jauh sedikit dari kawasan itu, itupun pseudo Melayu. Satu masakan macam makanan Melayu tetapi sebenarnya dimasak oleh orang Indon yang mungkin pernah bekerja sebagi pembantu rumah.

Balik kita ke soal Kampung Baru (tadi tersasul ke Kota Bahru), sebuah kampung dalam bandar. Persoalan yang banyak dan rebutan oleh pelbagai puak dalam mencari penyelesaian membangunkan Kampung Baharu.

Masaalah kampung Baru adalah banyak. Satu cubaan untuk memperbaiki keadaan akan di cuba untuk mengaibkan apa rancangan yang di utarakan.

Antaranya:
1. Kawasan Melayu dan Kerajaan Negeri Selangor ada hak diatas apa jua rancangan . Umpamanya, sekiranya tanah di bangunkan apa akan jadi pada status Tanah Bumiputeranya. Kerana bila di apungkan ke pasaran bebas, nilai tanah ini akan berlipat ganda dan Melayu2 (Indonpun dah ramai dah) disitu akan menjualnya kerana nilai mungkin berjuta2 ringgit. Persoalan untuk mengekalkan kawasan itu sebagai kawasan politik Melayu kerana kedudukan Kg Bahru terletak dalam kawasan Golden Triangle termasuk Bukit Bintang yang dikuasai oleh DAP.

2. Ramai yang ada nama dalam aset Kg Baru tidak dapat dikesan, jadi proses mencari akan membantutkan usaha apa jua rancangan yang telah diutarakan.

Pada saya, ini adalah faktor yang paling penting sebelum rancangan untuk membangunkan Kg Bahru.

Saya berpendapat salah satu cara untuk memajukan Kg Bahru adalah:

1. Kawasan Kg Melayu dijadikan satu Parlimen khas, dimana pemilik akan hanya dapat melantik wakil orang dari kaum Melayu sahaja.

2. Kg Bahru perlu digazettekan sebagai sebuah Flagship Corporation dimana kesemua tanah di terjemahkan sebagai saham dan diapungkan di BURSA. Ini membolehkan sesiapa yang ada tuntutan keatas tanah itu boleh disalurkan kepada lembaga yang dilantik oleh penduduk Kg Bahru dan kerajaan. Masaalah pemilik tidak dapat dikesan akan di selesaikan kerana yang akan dapat keuntungan adalah hanya berdasarkan lot2 tanah sahaja.

 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive