Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Saturday, June 4, 2011

Bekas dituduh penzina dan bermain isteri orang dan musuh ketat Anwar jadi Naib Parti Kebajikan! Adakah bala akan menimpa?

PAS akur taktik menggunakan Islam untuk berkuasa tidak di terima oleh ALLAH. Kini menggunakan taktik komunis untuk berkuasa bersama DAP dan PKR.
Kita tidak hairan mengapa PAS gagal dengan menggunakan ISLAM demi untuk berkuasa kerana kita tahu ALLAH maha berkuasa dan telahpun memberi pentunjuk kepada mereka bahawa perjuangan menggunakan nama Islam itu untuk tujuan politik tidak terima oleh orang2 Islam yang waras.
Kini mereka berubah taktik kebajikan pulak. Adakah mereka akan tukar nama kepada Parti Utama Kebajikan Islamiah SeMalaysia (PUKISem)? Kita hanya boleh menunggu dan lihat.
Apakah wadah yang akan dibawa oleh Parti kebajikan ini? Adakah dia akan bermiripkan parti Kebajikan ala di Turki yang kemudian di haramkan di Turki?
Dan apakah wadah akan di bawa oleh Mat Sabu yang sudah terbilang kononnya bermain dengan isteri orang dan pernah di tangkap atas tuduhan khalwat.
Kita juga tertanya2 adakah mantan Timbalan Hardy, Nash Yesus di buang kerana dikatakan cuba untuk menjadi seorang Islam yang mengutamakan perpaduan umat Islam sebagaimana yang dikehendakki oleh ALLAH. Sesungguhnya, yang menang adalah bagi mereka yang berteraskan perpaduan walaupun mereka kalah di kotak undi. Semoga ALLAH memberi kekuatan bagi mereka untuk meneruskan agenda perpaduan dan membalas jihad mereka di akhirat nanti.

___________________________________________________________
Tahniah kepada Mat Sabu, Husam Musa, Salahuddin Ayob dan Mahfuz Omar selain Abdul Hadi Awang kerana menjadi TOP 5 dalam barisan kepimpinan baru Parti Islam Se-Malaysia yang sepatutnya kini sudah bertukar menjadi Parti Islam-Melayu (Kebajikan-Cina India) Se-Malaysia.


Begitu juga dengan nama-nama lain yang menduduki kerusi AJK PAS Pusat selain Siti Zailah Yusoff yang berjaya menamatkan hanyir kangkang Elizabeth Wong yang masih melekap ke badan Nuridah. Tidak dilupakan juga kepada Nasruddin Tantawi yang menang tanpa bertanding, Nik Abduh anak lelaki Nik Abdul Aziz dan anak lelaki Hadi Awang yang melengkapkan ludah PAS kepada UMNO yang kini terpalit ke muka sendiri!

PAS sedang mengalami transformasi yang begitu besar. Ucapan Dasar Presiden telah pun diterjemahkan oleh perwakilan dengan pemilihan barisan baru kepimpinan. Mujur jugalah Dewan Ulama dan jawatan Mursyidul Am tidak dipertandingkan. Kalau tidak, mungkin juga nama Harun Din dan Nik Abdul Aziz bakal tercampak sama.

Tugas utama yang sedang menanti barisan kepimpinan PAS sekarang adalah mencari jalan dan alasan untuk mengatakan pelaku di dalam video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, bukanlah Anwar Ibrahim. Biarpun sebelum ini, ramai pemimpin PAS yang cuba berselindung di sebalik dalih-dalih agama dalam usaha membela Anwar Ibrahim daripada video lucah tersebut tetapi mereka gagal mengaitkan kepimpinan Anwar yang diragui berikutan ketiadaan moralnya serta hujah mereka sendiri ketika melakukan pendedahan yang mengaibkan apabila membabitkan pemimpin UMNO-BN.

Namun tugas yang paling utama ialah memastikan sokongan Melayu-Islam kepada DAP dan PKR. Atas nama kesetiaan kepada Pakatan Rakyat, barisan baru kepimpinan PAS yang dilihat bakal membawa PAS ke satu haluan yang lebih terbuka, mampu menjadikan PAS sebagai sebuah wadah berbilang kaum dengan menggunakan dua label berlainan iaitu Islam untuk Melayu dan Kebajikan untuk bukan Melayu.

Untuk khalayak Islam, ceramah-ceramah akan disampaikan dalam bentuk ceramah agama dengan menegaskan bahawa PAS adalah Islam dan memilih PAS bererti memilih untuk mengangkat martabat Islam di negara ini. Oleh kerana itu, memilih PAS adalah WAJIB SYARIE dan tidak boleh DIUZURKAN walau apa cara sekalipun.

Namun untuk khalayak bukan Islam pula, akan diberitahu tentang Kebajikan. Tentang tiadanya Negara Islam dalam al Quran. Tentang tidak perlu dibimbangi tentang Negara Kebajikan kerana Kebajikan lebih AD-DEEN berbanding Islam dan lebih syumul. Antara Negara Islam dan Negara Kebajikan, sebenarnya tiada beza kerana kedua-duanya adalah untuk kesejahteraan manusia sejagat. Islam juga seperti sistem-sistem ciptaan manusia yang lain, boleh diubah-ubah jenamanya mengikut kesesuaian.

Itu tugas-tugas yang menanti barisan kepimpinan baru PAS. Sokongan pasti akan bertambah hangat buat PAS yang beranjak keluar daripada garisan tradisional dan kejumudan mereka dari tahun 1951 sehinggalah sekarang!

Sumber: The FlyingKick

No comments:

Post a Comment

Blog Archive