Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Wednesday, April 1, 2009

Setelah berpolitik di masjid, Nizar kini di tuduh pencuri

Teman amat sedih bila dengar Nizar menjadikan masjid sebagai tempat perpecahan bukan sebagai tapak perpaduan bila mana teman diberitahu beliau telah di beri jalan oleh Imam untuk berucap dan ada juga mengatakan menjadi imam disebuah masjid di Bukit Gantang. tak patut lah Nizar berbuat demikian walau di beri jalan sedemikian memandangkan penyokong BN pun ada di sana. Nizar sepatutnya secara gentleman menolak pelawaan tersebut dengan alasan bahawa tidak molek buat begitu memandangkan dia sedang bertanding. Si imam harus yang membenarkan Nizar berucap harus di pecat untuk memelihara persaudaraan orang Islam di masjid itu. Kita malu bahawa kalau kita tidak dapat bersatu dibawah satu bumbung masjid macamana kita hendak bersatu dibawah satu negara wlahal kita tahu kini umat Islam tidak mengikut aliran keluarga. Satu keluarga ada yang PAS, PKR atau UMNO. Kita mesti mempunyai satu etika antara Melayu atau orang Islam agar kita sentiasa ada tempat untuk bersatu walaupunkita bercakar.
UMNO tidak anti PAS kerana itu bermakna bencikan saudara kita sendiri.

Kita tidak sukakan Nizar dalam rakusannya, dia telah menjadi tunggang Ngeh dan Ngah. Ibarat menang sorak kampung tergadai.

Kita dengar cara rhetorik kononnya beliau sentiasa membacakan Quran dalam mesyuarat. Soalannya masih sampai sekarang tiada dengar desas desus Ngeh Ngah masuk Islam.
Ngeh tesengih Ngah ternganga mendengar Nizar membaca. Apa mereka duli, janji mereka ini dapat 'main belakang' Nizar dan orang Melayu.

Kini Nizar digelar pencuri. Kalau ikut Islam menggunakan harta rakyat tanpa izin itu mencuri namanya.

Dulu Teman tidak kisah kalau sesiapa. PAS ke UMNO menang. Janji orang Melayu dan Islam. Dan kita dapat duduk bersama bermusyawarah bersama untuk kebaikan orang Islam. Tapi Nizar tidak membawa imej PAS sebagai Parti Islam.

Bukit Gantang harus memberi mesej keapda Nizar, bahawa tiada tempat si penderhaka dan mereka yang menghina masjid.

3 comments:

  1. SAYA KATAKAN APA YANG TUAN KATA DAN TULIS DALAM BLOG INI AKAN MENAMBAHKAN LAGI UNDI UNTUK DS NIZAR, ORANG SEKARANG TIDAK PERCAYA LAGI APA YANG DISIARKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA, SUMBER INTERNET MENGATASI SEGALANYA.

    ISU DERHAKA TAK PAYAH CAKAPLAH, ORG UMNO PUN APA KURANGNYA SEJARAH DENGAN RAJA2 MELAYU. BILA KUASA PENUH SULTAN DAN RAJA DIKETEPIKAN TETAPI BILA TERSEPIT SULTAN JUGA DICARI OLEH MEREKA. OLEH ITU UMNO-BN BUATLAH DAN BERLAKU ADILAH KEPADA SULTAN HORMATI MEREKA, MEREKA SEMUA SULTAN YANG MEMPUNYAI ILMU DAN KEBIJAKSANAAN YANG TINGGI TERHADAP TUGAS MEREKA.

    CUBA TUAN2 BACA APA YANG MEDIA DAN PEMIMPIN KERAJAAN PADA MASA ITU MENGULAS ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN SULTAN DAN RAJA. MALU SAYA NAK MENGAKU SAYA ORANG MELAYU YANG SAYANG DAN HORMATI SULTAN MEREKA PADA MASA ITU. TETAPI SEKARANG SAYA SUDAH TAHU SIAPA YANG PENDERHAKA TULEN SEBENARNYA.......!

    ReplyDelete
  2. TAK SUKA MENDERHAKA.


    KALAU TUAN BLOG TAKUT NAK VIEW PANDANGAN YANG SEHALUAN DENGAN HATI TUAN, SAYA CABAR TUAN TAK PAYAH LAH BUKA BLOG UNTUK BACAAN UMUM KHUSUS KAN SAHAJA ATAU COP AJA BLOG TUAN HANYA UNTUK PENGAMPU UMNO-BN SAHAJA. SEKIAN TERIMA KASIH. SAYA CABAR TUAN VIEWKAN PENDAPAT SAYA INI JIKA TUAN MAHU DIHORMATI LAWAN DAN KAWAN DALAM POLITIK.

    ReplyDelete
  3. Pada anonymous yang penakut nak berikan namanya,

    Pendirian saya adalah konsisten saya tidak menyokong pada semua penderhaka yang terang2 seperti Idris Jusoh dan juga Nizar yang terang2 telah mohon menderhaka. Isu nya pada saya simple saje. Kalau si Nizar telah mengatakan bahawa beliau telah memohon perkenan perbubaran DUN dan telah berkata 'terpulang pada Sultan samada baginda hendak terima nasihatnya atau tidak. Jadi bila Nizar bertukar fikiran dan mohon derhaka maka beliau telah menjatuhkan airmuka baginda. Pada hemat saya walaupun Sultan bersalah mentafsirkan adalah kewajipan bagi seorang Melayu melindungi keaiban Raja2 Melayu.

    Kita mesti ingat bukan mubaligh yang menjadikan Melayu itu Islam tetapi adalah kerana keislaman Institusi Raja telah mendorong ramai rakyat jelata masuk Islam.

    Kita perlu ingat kerajaan Perak adalah Kerajaan Tuanku dan tidak tertubuhnya kerajaan disebabkan pilihanraya kerana Kerajaan Tuanku sentiasa ada.

    ReplyDelete

Blog Archive