Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Thursday, April 16, 2009

1Melayu di tubuhkan

Pada 16 April 2009, adalah tarikh dimana teman telah putuskan hari dimana Melayu mesti bersatu. Tanggal 16 April adalah hari 1Melayu.
Kenapa teman kata begini. Teman sempat bersembang dengan seorang anak muda dalam bidang IT. Beliau sangat risau kerana kemungkinan Melayu akan hilang kuasa. UMNO dipinggirkan; PAS dan Melayu PKR akan di kudakan.
Teman sarankan Melayu harus bersatu. Melayu dalam PAS dan UMNO bersama kaum Bumiputera boleh memerintah walaupun dalam tanpa 2/3 majoriti. Kenapa dahulu Melayu mesti bergabung kuasa pada zaman pra 2008? Ini kerana Melayu berfikiran yang Melayu/Bumiputera tidak memmpunyai kemahiran memerintah negara.
Kalau kita teliti, apakah sekarang Melayu atau Bumiputera tidak mempunyai kemahiran dalam banyak bidang seperti ekonomi, sains, IT dan kedoktoran. Teman fikir sudah sampai masa 1Melayu berfikiran positif. 1Melayu boleh perintah Malaysia tanpa kaum China dan India.
Apa perlu UMNO buat? Keluar dari BN adalah 1pilihan .
Selepas analisa Bukit Gantang dan Bukit Selambau, kita sudah pasti bahawa 68% Melayu undi UMNO dan kemenangan PAS di bukit gantang adalah isyarat dan mandat kaum Bukan Melayu kepada Nizar untuk terus menderhaka terhadap Raja Melayu.
Sudah jelas UMNO tidak lagi mandapat mandat kaum China dan India. Tidak ada gunanya UMNO menjadi batu penghalang hukum Hudud lagi. UMNO harus kini mendokong Hudud dalam sistem syariah yang sedia ada. Kes Tutup.
UMNO mesti nampak bersih dan bergabung kuasa untuk perintah Malaysia.
Hidup 1Melayu Hidup 1Bumiputera.

Tuesday, April 14, 2009

DSAI umumkan seorang bukan Melayu mengganti Fairuz Mantan Timbalan Ketua Menteri P Pinang

Tidak hairan sekiranya DSAI atau brother Anwar Bin Ibrahim, akan mengumumkan seorang yang bukan bangsa Melayu sebagai pengganti kepada Fairuz yang telah meletak jawatan. Ini adalah taktik BABI kerana mahu menunjukan yang beliau berjiwa rakyat...
Tunggu......

Wednesday, April 1, 2009

Setelah berpolitik di masjid, Nizar kini di tuduh pencuri

Teman amat sedih bila dengar Nizar menjadikan masjid sebagai tempat perpecahan bukan sebagai tapak perpaduan bila mana teman diberitahu beliau telah di beri jalan oleh Imam untuk berucap dan ada juga mengatakan menjadi imam disebuah masjid di Bukit Gantang. tak patut lah Nizar berbuat demikian walau di beri jalan sedemikian memandangkan penyokong BN pun ada di sana. Nizar sepatutnya secara gentleman menolak pelawaan tersebut dengan alasan bahawa tidak molek buat begitu memandangkan dia sedang bertanding. Si imam harus yang membenarkan Nizar berucap harus di pecat untuk memelihara persaudaraan orang Islam di masjid itu. Kita malu bahawa kalau kita tidak dapat bersatu dibawah satu bumbung masjid macamana kita hendak bersatu dibawah satu negara wlahal kita tahu kini umat Islam tidak mengikut aliran keluarga. Satu keluarga ada yang PAS, PKR atau UMNO. Kita mesti mempunyai satu etika antara Melayu atau orang Islam agar kita sentiasa ada tempat untuk bersatu walaupunkita bercakar.
UMNO tidak anti PAS kerana itu bermakna bencikan saudara kita sendiri.

Kita tidak sukakan Nizar dalam rakusannya, dia telah menjadi tunggang Ngeh dan Ngah. Ibarat menang sorak kampung tergadai.

Kita dengar cara rhetorik kononnya beliau sentiasa membacakan Quran dalam mesyuarat. Soalannya masih sampai sekarang tiada dengar desas desus Ngeh Ngah masuk Islam.
Ngeh tesengih Ngah ternganga mendengar Nizar membaca. Apa mereka duli, janji mereka ini dapat 'main belakang' Nizar dan orang Melayu.

Kini Nizar digelar pencuri. Kalau ikut Islam menggunakan harta rakyat tanpa izin itu mencuri namanya.

Dulu Teman tidak kisah kalau sesiapa. PAS ke UMNO menang. Janji orang Melayu dan Islam. Dan kita dapat duduk bersama bermusyawarah bersama untuk kebaikan orang Islam. Tapi Nizar tidak membawa imej PAS sebagai Parti Islam.

Bukit Gantang harus memberi mesej keapda Nizar, bahawa tiada tempat si penderhaka dan mereka yang menghina masjid.

Blog Archive