Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Friday, May 15, 2015

Parti untuk orang khatan ditubuhkan sebagai kuasa ketiga.

Setelah bertahun2 terumbang ambing. Kadir Nagaworld lancar parti kuasa ketiga.

Adakah ini projek Cikgu Bard seorang politikus umbang ambing yang meramalkan kuasa ketiga akan menjadi penentu dalam PRU14. Sama2 lah kita nanti kan.

Jangkakan satu scenario politik yang berbeza bila parti2 kuasa ketiga ini menjadi tumpuan anak2 muda.

Pakatan Trisakti akan diistiharkan tidak lama
lagi.
Kelibat Presiden I-Khatan ini pernah di lihat semasa satu seminar amjuram Kelab UMNO Alumni UK luar Negara bulan lalu di KDE Ampang.
__________________________________________________________________________
SERI KEMBANGAN: Bekas menteri penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini ‎melancarkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), yang didakwanya bukan pro-pembangkang atau kerajaan.
 
Berwajah baharu dengan lambang berwarna merah-putih, parti itu menggunakan simbol perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra mengangkat tangan semasa melaungkan kemerdekaan, di tengah bulatan berwarna kuning, dan bertemakan "Bersatu Maju Adil Bahagia".
 
"Alhamdulillah selepas bertungkus lumus lebih 2 tahun dan dengan bantuan suatu perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, akhirnya Ikatan sudah pun didaftar," kata Kadir merangkap presiden Ikatan, dalam ucapan perasmian di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, dengan kira-kira 300 hadirin.
 
Turut hadir beberapa tokoh politik dan pemerhati, termasuk Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, Tan Sri Robert Phang dan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A ‎Kadir Jasin‎.‎
 
"Kita bukan pro-Barisan Nasional dan kita bukan pro-pembangkang, tetapi kita pro roh pemimpin mulia yang sudah, pro-rakyat dan pro-generasi akan datang.
 
"Kita juga bukan parti untuk pilihan raya akan datang," kata Kadir.
 
Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu menubuhkan Ikatan pada Jun 2012, tetapi menunggu lebih 2 tahun mendapatkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
 
Pada Februari 2013, Kadir mengheret RoS ke ‎Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah mengarahkannya meluluskan pendaftaran parti berbilang kaum itu. – 15 Mei, 2015.
 

Friday, May 8, 2015

#PermatangPauh: PRK menunjukkan ada penurunan dari segi pengaruh PKR

PRU 13
PKR - 37090
BN - 25369

PRK2015
PKR - 30316
BN-21475

Ratio:
PRU13 37090/25369 = 1.46
PRK2015 30316/21475 = 1.41

Kesimpulan: Ada penurunan dari segi pengaruh PKR

Tuesday, May 5, 2015

Ketua Pemuda Orang Gila Terengganu: Siapa yang gila? Yang mengaku waras atau yang mengaku gila

Apakah gila itu hanya subjektif?

Dengarlah ucapan orang Terengganu ini yang dikatakan gila, namun hujahannya ada mendatangkan kebenaran. Itupun kalau pendengar berfikiran waras.
Hanya orang gila sahaja yang mengatakan dia gila atau sebaliknya?


Satu nama lagenda di Terengganu :)
Satu nama lagenda di Terengganu :)More : Sukan Star TVBy : Sukan Star .com @ sukanstar.com
Posted by Sukan Star TV on Thursday, 2 April 2015
 

Blog Archive