Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Tuesday, November 17, 2009

Apa yg x kena di White Fort? Speaker Dewan berniat jahat dan kejam tidak terima Sijik Sakit ADUN Kota Siputih .

Pada teman ada yang tidak kena dengana keputusan Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Pertama, sebab yang di beri oleh nya adalah subjektif. Interpretasi tidak konsisten, kerana persidangan pada April 19 dan Ogos 9 adalah pada tempoh yang panjang.

Kedua, pengistiharan kekosongan sesuatu kerusi perlu ada check and balance. Speaker DUN Kedah boleh berat sebelah dalam pertimbangannya.EC adalah check and balance-nya.

Ketiga, aturcara cuti sakit tidak dikhususkan dalam perlembagaan. Speaker enggan terima sijil sakit kerana sijil itu di beri pada hari berikutnya. Maka persoalannya, Speaker mahu Abu Hassan yang di aniayai itu memberi sijil sebelum beliau jatuh sakit. Abu Hassan kata beliau tidak boleh ramalkan dirinya jatuh sakit.Speaker harus juga temuduga doktor yang memberi sijil sakit itu. Dan adalah kejam sekiranya Speaker, Dr Abdul Isa Ismail tidak berbuat demikian. Beliau juga menghina institusi perubatan.

Keempat, Malafide atau bad faith. Speaker ada niat jahat. Ini kerana tidak ada orang yang boleh mengingati dan mengkaitkan peristiwa yang berlaku2 dalam tempuh hampir 4 bulan melainkan dengan tujuan jahat.

Tuesday, November 3, 2009

Wal Asri, Demi Maza - antara penceramah2 Al-Azhar Sekolah Pondok, YB Zuraida, YB Saari Sungib dan Xavier


Courtesy: Utusan Malaysia and Wikipedia
Dalam sibuk isu penahanan Ustaz Maza, ada juga yang sempat mengambil kesempatan untuk melambungi beberapa khabar angin yang di tiup dari Kelantan melalui Bukit Antarabangsa dimana Ustaz Maza dikatakan memberi ceramah tanpa tauliah.

Berkenaan tauliah, apa yang dimaksudkan oleh JAIS? Adakah seseorang itu mesti mendapat sijil kebenaran dari jabatan itu? Atau mestkah mereka mempunyai sijil dari Universiti Al-Azhar Kaherah atau sijil kolej ugama yang di iktirafkan? Kita tahu ada penceramah2 dari PAS yang sekadar mempunyai sijil Pondok tradisional Siam. Dan kita tahu juga ada pengikut Ayah Pin yang berkelulusan Al Azhar yang telah diistiharkan keluar dari Islam.
Masaalah definisi tauliah ini haruslah di tangani dengan lebih serius dan kita harus menyelesaikan masaalah ini dengan lebih tangkas dan bijak.

Kita juga telah di kejutkan dengan adanya penceramah di masjid yang bukan berugama Islam seperti Xavier yang telah mencemari kesucian tempat beribadat sebagaimana yang telah di bongkarkan oleh satu laman blog baru-baru ini.

Bila berlakunya satu cerita yang sensai maka tiuplah khabar-khabar angin dari seorang pengikut PAS di bukit ini dengan kononnya Maza lebih bermirip kepada PAS.

Teman tidaklah mahu menyebelahi sesiapa pun. Tapi apabila cerita ini tersebar dan YB Zuraida dan YB Saari Sugib pun ada hadir sama dalam majlis ini di Taman Sri Ukay (kawasan dimana Maza dikatakan juga bermaustatin)teman merasa hairan kerana pada tanggapan teman penulisan Maza lebih mirip bebas dan banyak kali memberi komen terhadap Nik Aziz yang di gagumi ramai dengan kelebihan yang boleh menentukan siapa yang masuk syurga atau neraka.

Sekiranya beliau masuk PAS Bukit Antarabangsa(dimana keanggotaannya adalah 5 ahli sahaja), maka dengan pendekatan beliau yang lebih berteraskan penyelidikan dan fakta itu, maka beliau sebenarya lebih layak menjadi mursyidul am PAS. Perbezaan keupayaan beliau dengan Nik Aziz adalah bagai langit dan bumi. Sekiranya ini berlaku maka akan nampakla kita perubahan dalam dasar PAS dengan tumbangnya berberapa pemimpin lama seperti Mat Sabu, Hadi Awang, Nasharudin, dll.

Sekiranya Maza sayangi ummah, maka Maza harus mendengar nasihat Tun Mahathir dan bersikap berkecuali kerana ini adalah ciri-ciri ulamak yang sebenar.

Isu penahanan Maza oleh JAIS di bukit ini telah menutup buat seketika akan rancangan pihak tertentu untuk menyalahguna kuasa dalam mendapatkan tanah bagi pembinaan sekolah di bukit ini yang telahpun di luluskan belanjawannya sebanyak RM 38 juta oleh kerajaan pusat.
Isu ini telahpun sedikit sebanyak memecah belah lagi PKR kepada dua puak, dimana satu menyebelahi Azmin dan satu lagi pihak Zuraida.
Ada ahli-ahli menyatakan bahawa rasuah di PKR adalah lebih teruk dari apa yang berlaku didalam UMNO.

Blog Archive