Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Wednesday, March 13, 2013

Senarai Semi-FInal Winnable Candidate: Lupa kah kita pada akujanji

Hari ini adalah 13 Mac 2013, 5 hari selepas 8hb March. Sudah genap 5 tahun berlalu selepas PRU12.
UMNO / BN kalah beberapa kerusi di Selangor termasuk di Ampang.
Salah satu sebab kekalahan adalah kerana calun yang dipilih bukanlah calun yang dijanji oleh PM ketika itu, Tun Abdullah, dan ada juga disebabkan calun yang dipilih bukan dari seorang yang dikenali oleh masyarakat di Ampang walaupun yang
dipilih oleh UMNO/BN seorang dalam barisan AJK.
Mungkinkah perkara ini akan terjadi lagi.

Pisang AKAN berbuah dua kali.

Dalam pemilihan calun, proses sudah lama dikenalpasti. Calun2 akan di senaraikan kepada PM melalui beberapa saluran termasuk secara formal dari Bahagian. Adalah tugas Ketua memastikan senarai yang disampaikan adalah senarai mereka yang
layak bukan dari senarai yang sekadar melepas batuk ditangga. Ada senarai dari Bahagian-Bahagian ditolak dan tidak dapat diterima oleh Pusat kerana senarai yang diberikan tidak memuaskan kriteria Winnable Candidate yang ditetapkan oleh
PM. Maka senarai kedua di kehendakki dihantar oleh pihak bahagian kepada Pusat setelah senarai pertama di tolak.
Bila ada Bahagian yang degil yang masih menghantar senarai yang serupa maka Pihak PM akan mengarahkan beberapa saluran di buka yang akan di ketuai oleh beberapa individu.
Bila berlakunya sedemikian maka akan ada beberapa potential atau secara perasan Winnable candidate yang akan lobi dan bergiat menaikkan nama mereka untuk berada dalam senarai tersebut. Ada pula yang bersikap kurang aktif kerana tidak ada
Dana persendirian maklumlah dana ini bukanlah kecil. Mereka ini kadang2 layak namum kerana kurang aktif maka mereka kurang kenal dan kalah semasa nanti di PRU akan datang.
Namun mereka yang mendapat Dana dari sumber ketiga atau yang kurang kita tahu sumbernya tidak semestinya boleh menang. Tetapi akan dinilai dari segi perwatakan yang ditampil dikacamata TV ataupun dalam berita utama.
Ada juga yang akan dipilih dari segi setiakawan. Ada juga dipilih dari segi pakatan antara Parti-parti. Dan tidak mustahil orang yang dilihat sebagai 'kusut dan lemah canguk' dalam parti akan dipilih menjadi calun UMNO/BN.
The underdog rupanya superdog di Alam lain dan kini kembali untuk merampas kembali kerusi dari musuh.

Setiap WC ini akan ada pengikut2 yang akan berkempen dan sanggup berdemonstrasi didepan pejabat PM bila namanya tidak naik ke atas.
Ini pernah terjadi dan akan terjadi bila ada mereka2 yang sudahpun berlobi dan berkempen sejak 2008 lagi. Tidak hairanlah sekiranya pengikut2 mereka ini akan berkampung kalau perlu bila calun mereka tidak dipilih.
Untuk mengelakkan atau meminimakan perkara ini dari berlaku maka satu akujanji diadakah beberapa kali. Didepan pucuk pimpinan PM sudah dilakukan. Dan juga di depan Ketua Bahagian, depan barisan pimpinan negeri sudah juga didirikan.
Akujanji tinggal akujanji.
Bila nama tidak naik maka selagi masa masih ada aktiviti2 bakal WC akan dipertingkatkan dan the last ringgit in the bank or other people's bank akan dibank roll kan. Kuda menguda akan kiat dilakukan. Pakatan Calun Winnable Candidate akan
di terus mempertingkatkan pakatan mereka yang pernah diadakan semasa mereka diluar UMNO. \
Ada pula ketua2 yang akan lupa akujanji mereka untuk tidak memsabotajkan senarai calun yang sudah diturunkan nama2nya walaupun nama Calun ini belum lagi di pilih secara rasmi.
Jangan bila kita sangka nama kita naik kita sokong akujanji, tetapi bila tidak naik kita cuba sedaya upaya untuk 'sabotaj' atau cah keting.
Kita mesti sokong senarai semi final yang telah diturunkan dan janganlah sibuk mengadakan the Last Mile atau membuat progaram tanpa kira samada apa2 yang dibawa itu akan backfire kepada calun yang akan dipilih kemudiannya.

Sebagaimana yang pernah disebutkan oleh seorang Dato' Ketua Bahagian dan mantan PM, Tun Mahathir, "sesiapa yang ingin menjadi calun sekiranya dipilih kita harus menyokongnya walaupun kita tidak sukakannya."
Sekarang ini kita mahu menangkan BN, maka kita mesti sokong mereka yang ada nama dalam senarai.

1 comment:

Blog Archive